IKHLAS RAHSIA ALLAH



Demikian ketentuan Allah.Satu ketentuan yang pasti kita akan hadapi satu hari nanti.Batas di mana manusia tidak dapat berdalih lagi.Hari di mana kita terpaksa menerima akibat dari usaha kita di dunia.Di hari itu orang yang tidak ikhlas akan melolong,memekik dan menyesal amalannya tertolak.Dia sangka dapat membohongi Allah,rupanya tidak.Allah lebih tahu darinya tentang gerak hatinya sendiri.

Marilah kita insaf dari sekarang,betulkan niat kita ketika melakukan suatu amalan.Mohon dari Allah agar diberiNya hati yang ikhlas,sebab ikhlas anugerah daripada Allah.Dalam satu hadis Qudsi Allah berfirman yang bermaksud:

“ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia- Ku”Aku titiskan ia dalam hati hamba- hambaku yang Aku mangasihinya” (Riwayat Abu Hasan Al Basri)

Kerana ikhlas satu rahsia Allah tentu tidak mungkin kita dapat mengetahui siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak.Malah diri kita sendiri pun mungkin kadang-kadang susah untuk dipastikan apakah amalan kita itu ikhlas atau sebaliknya.Kita tidak boleh mengatakan diri kita ikhlas “saya ikhlas”.

Walaupun ikhlas adalah rahsia Allah namun Islam membuat satu garis panduan unutk mengukur hati kita dan membentuknya supaya benar-benar ikhlas.Di antara tanda-tanda ikhlas dalam satu amalan apabila orang memuji atau mencaci amalan kita,kita rasa sama saja.Pujian tidak membanggakan kita dan kejian tidak menyusahkan. Itulah tanda ikhlas.Maknanya amalan itu betul-betul dibuat kerana Allah.Kerana itu kalau manusia cerca,caci atau hina,hati pun tidak cacat,tidak timbul perasaan marah,dendam atau ingin membela diri atau melawan orang yang menghina itu.

Begitu juga,kalau orang puji,pujian itu tidak membekas di hatinya.Tidak timbul rasa bangga ,puas hati dan juga dan juga tidak bertambah kasih sayangnya pada orang yang memuji itu,disebabkan oleh pujiannya.Bagi orang-orang yang ikhlas,pujian dan kejian tidak pernah di fikirkan apalagi hendak di harapkan.Mereka sangat takut kalau-kalau Allah menolak amalan dan memurkai mereka.Sebaliknya mrreka sangat ingin Allah menerima baik amalan-amalan mereka serta meredhai mereka.Mereka sanggup mengetepikan kepentingan sendiri dalam usaha mencari keredaan Allah.Mereka tidak bimbang nasib diri,rugi atau untung,orang keji atau puji,menang atau kalah,yang penting supaya Allah menerima baik amalan mereka.Rasulullah SAW kerana menganjurkan sifat ikhlas telah bersabda yang bermaksud:

“Berbuat baiklah pada orang yang berbuat jahat kepada kamu”

Seseorang yang mencari keredaan Allah ,akan sentiasa mencari peluang untuk berbakti kepada-Nya.Ketika orang lain bertindak jahat pada mereka,mereka akan merasa berpeluang untuk mendapat pahala dan kasih sayang Allah.Sebab itu kejahatan orang diterima baik dan dibalas dengan kebaikan pula.

Hal itu benar-benar berlaku di kalangan orang-orang soleh dan muqarrobin.Ketika mendengar orang menghina mereka,langsung dihantarnya hadiah pada orang itu.Bila di Tanya apa tujuan hadiah itu,jawapan mereka adalah,”Orang yang menghina kita sebenarnya memberi pahala kepada kita.Memberi pahala sama seperti memberi syurga.Jadi untuk membalas pemberian yang begitu besar pada kita,memang patutla kita menghadiahkan sesuatu kepadanya”.Begitulah hati yang ikhlas.Dia tidak melatah kalau orang menggugat,malah gugatan itu mendekatkan dirinya pada Allah Taala


Dipetik dari buku ILMU DAN HIKMAH karangan Dr Ing Abdurrahman dan Dr. Ing Gina Puspita terbitan Minda Ikhwan.(RawangSelan gor)
Read More

Darah PALESTIN


Assalamuailaikum..
Slm ukhwah,slm mahabbah dan slm jihad buat shbt2 yg drahmati Allah sekalian.lama sungguh xupdate blog sy ni.cukup sebulan! Kesibukan bekerja ketika cuti sem ditambah dengan PRK lepas mula sem buatkn masa nak buka blog pun terbatas.Dalam masa itu,banyak peristiwa yg berlaku.1peristiwa yg masih lg panas yg baru nak suam ialah isu Palestin. Hampir 1300 orang gugur shahid.DARAH ibu,bapa,abang,kakak dan adik kita tidak pernah kering menitis di Palestin.Ketika ini kita pula hanya menggeleng kepala bersetuju dgn pandangan lemah pemimpin kedua negara yg menyatakan'Israel sudah melampau, hanya Amerika mampu menghalang Israel'. Itupun selepas mendapat tentangan hebat dari rakyat Malaysia, baru bertindak membuat hubungan diplomatik dengan kerajaan Arab untuk Palestin. Tetapi ingin sy bangkitkan disini, dimanakah kita wahai saudara sedarah rakyat Palestin? Kita jangan lagi berdiam diri.Mungkin sekarang Israel berhenti menyerang,tetapi mungkin selepas genap sebulan Obama menjadi Presiden Amerika, mereka akan menyerang kembali."Apa yg kita boleh buat? Kita di Malaysia.Jauh sangat dgn Palestin" ayat2 biasa dari orang yg xsayang Palestin.Ketika demo dibuat bagi menyatakan bantahan keatas penyerangan Palestin,golongan ini xturun padang tapi bila ada konsert AF mereka berada di tempat penonton depan sekali.ketika duit sumbangan derma ke Palestin disalurkan mereka menyatakan keengganan menderma kerana bimbang duit sumbangan xsampai ke Palestin tetapi bila undian SMS Geng Starz hantar msg banyak kali tanpa mengira duit yg keluar. Ketika doa utk Palestin di tagih, golongan ini madah berhelah, tiba-tiba selesai sahaja solat lantas bangun tanpa membaca doa utk Palestin atas alasan xde masa.Ketika Qunut Nazilah di baca,golongan ini memaki,mengutuk tok iman sebab buat solat lama sangat. Ketika laungan 'Boikot Israel' dilaungkan golongan yang sama juga menyatkan Xnak boikot barangan Israel sebab dah biasa makan,minum,pakai dan guna produk Israel dan U.S.
Si Mahasiswa pula sibuk belajar sampai tidak tahu perkembangan di Palestin. Tidak berani menyatakan ketidakpuasan hati kepada Israel kerana mereka ada kepentingan dalam U.Takut dilabel pembangkang walaupun yg di bangkang perkara betul. MasyaAllah! Bagaimanakah hati insan-insan ini? Tanpa memikir keadaan saudara di Palestin. Bangkitlah wahai shbt2.. Bersama kita berdoa dan solat hajat bagi keamanan Palestin dan kemenangan Islam.Moga kita dijauhkan dengan sifat yg sy nyatakan tadi..
BERSAMA BERJIHAD DEMI ALLAH UNTUK MANUSIA..
Read More

Hakikat Post Terbaik


Sahabat

Hakikat Media