Air Mata Terakhir di UTMKL

Salam Ukhwah, Salam Mahabbah, Salam Ziarah…
Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan untuk saya up-date blog ni. Lama juga tidak di up-date. Sibuk dengan final exam dan beberapa program yang di atur selepas exam. Sedar tak sedar sudah tiba sem akhir saya di bumi UTMKL. Sebelum kaki melangkah keluar dari UTMKL, sempat juga buat program terakhir untuk adik-adik di sini. Hati rasa tak tenteram jika tinggalkan adik-adik ni macam tu je sebelum selesai masalah. Alhamdulillah program yang kami buat untuk adik-adik ni memberi kesan positif kepada mereka. Malam terakhir program sangat menyentuh hati saya. Jarang saya menangis depan adik-adik ni. Malam tu menjadi saksi ukhwah di antara kami, malam tu juga menjadi saksi semangat adik-adik untuk berubah dan semakin laju dalam bergerak kerja. Alhamdulillah air mata terakhir saya di bumi UTMKL membolehkan saya melangkah keluar dengan syukur, lega dan bersemangat. Keyakinan saya kepada adik-adik mula bertambah dan saya dapat rasakan roh baru mereka untuk bergerak kerja. Alhamdulillah syukur kepada Allah atas semua yang ditentukannya. Perit maung, mehnah dan tribulasi dihadapi bersama-sama akhirnya membuahkan hasil. Terima kasih kepada semua ajk, penceramah, penta’aruf dan peserta kerana menjayakan program ini dengan jayanya.
Bumi UTMKL yang dicintai kini tinggal kenangan terindah dalam ingatan. Keputusan exam walaupun tidak sehebat mana,tetapi saya yakin dengan bantuan Allah. Sekarang ni fokus saya akan diberikan kepada GAMIS dan anak negeri yang rasanya banyak tanggungjawab tidak terbuat sebelum ni. Walaupun kini jadi pengangur terhormat tetapi tugas sebagai da’I tetap akan diteruskan. Tiba masa untuk berkhidmat di lapangan ummah sepenuh masa disamping berbakti buat ayahanda dan bonda. Akhir kalam, semoga segala gerak kerja, ukhwah, mehnah, tribulasi dan pengalaman serta perkongsian bersama tetap tersemat di kalbu dan dijadikan iktibar dalam meneruskan ranjau kehidupan akan datang.
Ukhwah Fillah Abadan ‘Abada.
Read more!
























