Hakikat Fasa Terakhir Ramadhan
Tarbiyyah Ramadhan
mendidik kita untuk menjadi insan bertaqwa telah membuatkan kita melazimi
tadarus dan membaca Al-Quran. Sejarah telah membukti kebangkitan pemuda bermula
dari asas kefahaman al-Quran yang tinggi. Selain dari Rasulullah S.A.W dan para
sahabat r.hum, contoh pemuda yang hatinya dekat dengan Al-Quran ialah Sultan
Muhammad Al-Fateh pembuka kota Constantinople yang khatam Al-Quran seawal usia
mudanya. Kecintaan terhadap Rasulullah S.A.W dan rasa kebertanggungjawaban
beliau pada hadis pembukaan Constantinople membuatkan beliau bersama tenteranya
berjaya membuka Constantinople pada usianya selaku pemuda. Seorang lagi ialah Salahuddin Al-Ayubi
pembebas Palestin, ini juga pemuda quran yang seharusnya dijadikan model
ikutan kita. Salahuddin pernah berkata,
"Ketika Allah
menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin DIA juga bermaksud Palestin untukku.
Ini menyebabkan DIA memenangkan perjuangan Islam".
Pemuda & Al-Qadr
Alhamdulillah dalam
kesibukan kita seharian,akhirnya kita tiba pada 10 hari terakhir di bulan
Ramadhan. Fasa inilah terdapat malam yang dikatakan Allah S.W.T melipat
gandakan pahala menyamai 1000 bulan seperti mana firman Alah S.W.T dalam surah
Al Qadr ayat 1-3 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami
telah menurunkan (Al-Quran) ini pada (malam) Lailatul Qadar. Dan apa jalannya
engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar itu?. Lailatul Qadar
itu adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Perbahasan yang panjang
tentang tarikh bila berlaku Lailatul Qadr ini, namun tidak juga kita ketahui tarikh
sebenarnya, akan tetapi Rasulullah S.A.W bersabda:
“Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam
ganjil dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.”- (Hadis riwayat
Bukhari)
Isyarat dari Rasulullah
S.A.W itu menggambarkan kemungkinan tarikh lailatul qadar itu pada malam 21,23,25,27
atau 29. Wallahualam.. Yang pasti seharusnya hadis tadi cukup menaikkan
semangat kita selaku pemuda untuk memenuhi masjid dengan beriktikaf dan
qiamulail serta istiqomah membaca al-quran agar berjaya mencapai malam al-qadr.
Inilah generasi pemuda yang diharapkan lahir hasil dari madrasah Ramadhan.
Lailatul Qadr vs
Lailatul Kamdar

Tidak
salah untuk membeli pakaian raya, akan tetapi utamakan ibadah terlebih dahulu.
Selesai solat isya' dan tarawikh berjemaah serta tadarus, pergilah membeli
belah. Akan tetapi janganlah bercampur di antara lelaki dan perempuan. Juga
yang penting selepas membeli ingat untuk beriktikaf di Masjid serta bersahur
dan melakukan solat sunat dan subuh secara berjemaah. Daripada Uthman Bin Affan
r.a berkata, Sabda Rasulullah S.A.W:
"Barangsiapa
yang solat isyak berjamaah maka seakan-akan dia telah solat sunat setengah
malam. Dan barangsiapa solat subuh secara berjamaah maka seakan-akan dia telah
melaksanakan solat malam satu malam yang penuh." (Hadis riwayat Muslim).
Juga daripada Saidatina Aishah r.ha,Rasulullah S.A.W bersabda:
Juga daripada Saidatina Aishah r.ha,Rasulullah S.A.W bersabda:
"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih
baik daripada dunia dan segala isi buminya" (Hadis riwayat Muslim)
Kesimpulan
Akhirnya saya mengingatkan buat diri juga sahabat2 agar sama2 kita
manfaatkan fasa terakhir Ramadhan ini dengan pertingkatkan amalan-amalan soleh
agar berjaya mendakap lailatul qadr dan sekaligus berjaya merealisasikan
falsafah Ramadhan yang dipegang dengan tercapainya KPI Ramadhan itu sendiri.
0 ulasan:
Catat Ulasan