Hakikat Kebenaran Rejab

Salam ukhwah,salam ziarah
Menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Ummu Hafsin dalam komen posting lepas,membuatkan saya berusaha untuk mencari dalil yang sahih tentang sunat puasa di bulan Rejab. Terlebih dahulu ingin saya jelaskan sekali lagi bahawa saya tidak melarang akan perlaksanaan puasa di bulan Rejab tetapi apa yang ditegah ialah kebergantungan dengan fadhilat-fadhilat yang melampau mengenai puasa bulan ini. Menyingkap kata-kata wali Allah Rabiatul Adawiyyah r.hu bahawa tidak sempurna iman seseorang itu beribadat hanya kerana fadhilat. Kita harus sedar bahawa segala amal ibadat kita hanyalah mengharap keredhaan Allah. Begitu juga dalam kita mendambakan syurga Allah, hanya dengan keredhaan dan kerahmatan Allah sahaja jalan kita ke sana. Disini Hakikat Ketelusan membawakan hadith dan kenyataan ulama’ mengenai puasa di bulan Rejab.


Menurut Al Allamah Ibnu Hajar,

Beliau menjelaskan mengenai terdapatnya Hadis-hadis yang bertaraf Sahih sebagai pegangan Para Ulamak yang memfatwakan Puasa Rejab adalah SUNAT:

Telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi s.a.w memandubkan berpuasa di BULAN-BULAN HARAM . Pada hal Rajab adalah sebahagian dari bulan-bulan Haram. Riwayat dari Abi Daud dan lainnya dari Urwah , Bahawa beliau telah bertanya Abdullah bin Umar “ Adakah Rasululah s.a.w berpuasa dibulan Rejab?. Beliau menjawab: Ya dan Baginda melebihkannya . Ibnu Umar mengatakannya sampai tiga kali”.

Dan sesungguhnya Abu Qilabah telah meriwayatkan “Sesungguhnya dalam Syurga ada sebuah Mahligai bagi sesiapa yang berpuasa di bulan Rajab”. Imam Al Baihaqi mengulas “ Abu Qilabah salah seorang Tabi’in yang tidak akan berkata mengenainya melainkan diambilnya dari seorang Penyampai (Sahabat).

Maka sabit lah Sunat berpuasa di Bulan Rajab , bukan Makruh. Sesungguhnya pendapat yang mengatakan Makruh adalah Fasid bahkan Salah sebagaimana yang telah engkau ketahui Kelebihan/Fadhilat puasa Sya’ban , padahal puasa Rajab terlebih afdhal darinya. Kerana seafdhal-afdhal bulan selepas Ramadhan ialah Bulan Muharam , kemudian baki-baki bulan Haram , akhirnya barulah Sya’ban.

Cuba lihat ini , satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim , satu lagi hadis yang mana tidak disangsikan lagi kesahihan nya:

Usman bin Hakam Al Ansori berkata: Saya telah bertanya Sa’id bin Jubair berkenaan Puasa Rejab sedangkan kami ketika itu masih berada di Bulan Rejab. Beliau (Sa’id ) menjawab : Saya telah mendengar Ibnu Abbas Radiallahu an’hu berkata: Adalah Rasulullah s.a.w Berpuasa sehingga kami mengatakan (menyangka) beliau tidak berbuka (tidak berhenti puasa) , dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan (menyangka) beliau tidak berpuasa “. Riwayat Muslim.

Kita susuli pula kata-kata ulama’ besar : (http://www.ibnuyusofaljohori.blogspot.com)

Shaikh Yusuf al-Qaradhawi:
a) Fadilat Rejab adalah sama dengan fadilat bulan-bulan haram yang lain. Beliau berkata:[4]
Tidaklah ada kesahihan (fadilat-fadilat) di dalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram yang disebut oleh Allah di dalam kitabnya (surah al-Taubah, ayat 36), iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Inilah bulan-bulan yang mempunyai fadilat. Tidak terdapat hadis sahih bahawa yang mengkhususkan Rejab sebagai bulan yang yang memiliki keutamaan.
b) Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakannya adalah dha‘if dan maudhu’. Shaikh al-Qaradhawi menyambung:
Hadis ini dimaklumi sebagai sebuah hadis fadilat Rejab: “Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku", namun hadis ini mungkar dan sangat dha‘if, bahkan sebahagian besar ulama' mengatakan hadis ini maudhu’, yakni dusta. Maka tidak ada baginya nilai saintifik mahupun agama. Selain itu terdapat juga hadis-hadis fadilat Rejab yang menerangkan sesiapa bersolat sekian-sekian maka dia mendapat ganjaran sekian-sekian, sesiapa beristighfar sekali maka baginya sekian-sekian ganjaran…..semua ini adalah satu pelampauan dan pendustaan. Malah termasuk isyarat bahawa sesuatu hadis adalah dusta adalah bahawa ianya bersifat melampau dan berlebih-lebihan. Berkata para ilmuan, janji mendapatkan ganjaran yang besar terhadap amalan yang biasa atau azab yang berat untuk kesalahan yang ringan termasuk isyarat bahawa hadis tersebut adalah dusta.
c) Oleh itu, lanjut Shaikh al-Qaradhawi, kita sebagai orang Islam wajib mengetahui darjat hadis yang didengar atau dibaca. Tidak boleh bersikap remeh dalam hal ini kerana sudah sedia terdapat buku-buku di pasaran yang menerangkan sumber dan darjat hadis, berbanding buku-buku yang hanya mengemukakan hadis tanpa menerangkan sumber dan darjatnya.

Shaikh al-Sayid Saabiq:
Shaikh al-Sayid Sabiq dalam karyanya yang masyhur, Fiqh al-Sunnah menyebut:[5]
Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yang melebihi bulan-bulan lain melainkan sesungguhnya ia daripada bulan-bulan Haram.
Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram semuanya memiliki fadilat yang sama darjatnya.

Shaikh Mutawalli al-Sya’rawi

Apabila ditanya, selain bulan Ramadhan, bulan apakah yang afdal untuk berpuasa,
menjawab dengan mengemukakan sebuah hadis daripada ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh, bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:[6]
Wahai Rasulullah! Apakah bulan yang engkau perintahkanku berpuasa selepas Ramadhan?” Rasulullah menjawab: “Jika kamu ingin berpuasa selepas Ramadhan, maka berpuasalah pada bulan Haram kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah dan padanya terdapat satu hari yang terima taubat daripada satu kaum dan diampunkan padanya kaum (yang lain).”
Berdasarkan hadis ini, dianjurkan berpuasa sunat pada bulan-bulan Haram tanpa dikhususkan kepada bulan Rejab sahaja.


Shaikh Abdul Aziz bin Baz,
mufti besar Arab Saudi pernah juga dikemukakan soalan yang seumpama. Beliau menjawab:[7]
Dari sudut syara’, dibolehkan berpuasa (sunat) pada bulan Muharam dan demikian juga bulan Sya’ban. Adapun berpuasa pada 10 hb Zulhijjah, tidak ada dalil ke atasnya, akan tetapi jika seseorang ingin berpuasa tanpa beriktikad bahawa ia adalah puasa yang khusus, ia tidak mengapa. Adapun bulan Allah al-Haram, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda: “Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah al-Haram.” Maka apabila berpuasa pada bulan-bulan tersebut maka ia adalah baik, atau berpuasa pada 9, 10, 11 hb itu adalah baik juga, demikian juga dibolehkan berpuasa pada bulan Sya’ban.


Shaikh Yusuf al-Qaradhawi menulis:[8]
Berpuasa di dalam bulan Haram adalah maqbul (diterima) dan mustahab (sunat hukumnya). Akan tetapi tidaklah diriwayatkan daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bahawa baginda berpuasa pada keseluruhan bulan-bulan Haram tersebut. Baginda hanya berpuasa penuh satu bulan (yakni) dalam bulan Ramadhan. Selain itu baginda banyak berpuasa pada bulan Sya’ban tetapi tidak berpuasa sepenuhnya dalam bulan tersebut. Inilah sunnah Nabawiyah.
Pada bulan-bulan yang lain (selain Ramadhan dan Sya’ban), baginda berpuasa dan berbuka sehingga dikatakan oleh para sahabat dalam sebuah riwayat: “Baginda berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, baginda berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Maka apa yang dilakukan oleh sebahagian manusia dengan berpuasa pada bulan Rejab seluruhnya sebagaimana yang kita lihat sebelum ini, malah aku telah lihat sebahagian manusia berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban, Ramadhan dan 6 hari di dalam bulan Syawal dan menamakannya "Al-Ayam Al-Baidh" selepas berbuka, (lalu) mereka membuat satu perayaan pada hari ke 8 bulan Syawal. Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling secara berterusan. Mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari Id (1 Syawal). Amalan seperti ini tidak datang daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mahupun para sahabat dan generasi al-Salaf al-Salih (generasi awal umat Islam).
Maka sebaik-baik puasa (sunat) ialah puasa sehari dan berbuka sehari, bukan berterusan di dalam berpuasa. Setiap kebaikan ialah pada mengikuti generasi awal dan setiap keburukan ialah pada rekaan generasi terkemudian. Barangsiapa yang ingin mengikut dan memperoleh ganjaran yang sempurna, maka ikutlah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dengan tidak berpuasa pada bulan Rejab dan Syaban seluruhnya. Inilah sebaik-baik (bentuk puasa sunat). Wa Billahi Tawfiq.[9]

Kesimpulan
1. Hadis-Hadis keutamaan (fadilat) bulan Rejab kebanyakannya adalah dha‘if (lemah) dan maudhu’ (palsu). Berterusan menyampaikan hadis-hadis ini adalah satu bentuk pendustaan terhadap Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.[10]
2. Kita dilarang mengkhususkan hari atau malam tertentu melainkan jika pengkhususan tersebut berasal daripada Allah (al-Qur’an) dan Rasul-Nya (hadis-hadis yang sahih).
3. Tidak ditemui dalil bahawa bulan Rejab memiliki fadilat yang khusus, yang ada cuma fadilat umum keempat-empat bulan haram.
4. Demikian juga, tidak ditemui dalil bagi melakukan solat, puasa, zikir, ziarah kubur dan sebagainya yang khusus bersempena bulan Rejab.
_____________________________________
Nota Kaki:
[1] Budiman Radzi - Fazilat bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadzan. Alor Setar: Muzakkir Enterprise, 1990.
[2] Tafsir al-Jalalain. Harf.com. (URL: http://quran.al-islam.com/arb/Default.asp)
[3] Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab.
(URL: http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=10249)
[4] Fatwa IslamOnline - Kesahihan Fadilat Rejab.
(URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1308)
[5] Fiqh al-Sunnah (Beirut: Al-Fath Lil'alam Al-Arabi, 1995. Cetakan khas dari manar Al-Dauliyah), jld. 1, ms. 596.
[6] Al-Fatawa (Kaherah: Dar Al-Fath Lil-A'lam Al-Arabi, 2000), ms. 371
Sanad hadis ini dha‘if, rujuk Musnad Ahmad yang disemak oleh Shaikh Syu‘aib al-Arna’uth dan rakan-rakan, hadis no: 1322 (Musnad ‘Ali bin Abi Thalib). Walaubagaimana ia memiliki penguat daripada apa yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1163 (Kitab Puasa, Bab Keutamaan Puasa pada bulan Haram) daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh, maksudnya: “Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah al-Haram.” (Hafiz Firdaus)
[7] Majmu' Fatawa (Riyadh: Dar Al-Watan, 1996) ms. 269
[8] Fatwa IslamOnline - Puasa Rejab
(URL: http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1310)
[9] Untuk memudahkan kefahaman para pembaca, orang-orang yang berpuasa pada bulan

Rejab boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan:

1. Mereka yang memperbanyakkan puasa sunat pada bulan-bulan Haram, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab tanpa melakukannya secara berterusan. Ini adalah sunnah.
2. Mereka yang berpuasa sunat Isnin, Khamis dan sebagainya dalam bulan Rejab. Mereka berpuasa sunat bukan kerana fadilat Rejab tetapi kerana hadis-hadis yang menganjurkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Ini adalah sunnah.
3. Mereka yang berpuasa sunat dalam keseluruhan bulan Rejab kerana fadilat Rejab. Ini bukanlah sunnah.
4. Mereka yang berpuasa secara berterusan daripada bulan Rejab, Syaban, Ramadhan dan enam hari bulan Syawal. Mereka tidak berhenti kecuali pada 1 Syawal. Ini bukanlah sunnah.
5. Mereka yang melarang apa-apa bentuk puasa sunat dalam bulan Rejab. Ini tidak benar. Boleh berpuasa sunat dalam bulan Rejab sebagaimana yang disebut dalam kategori pertama dan kedua di atas. Yang dilarang ialah puasa sunat kerana fadilat Rejab.
6. Mereka yang mengqadha puasa Ramadhan yang lepas dalam bulan Rejab. Ini dibolehkan selagi mana dia tidak beriktikad adalah lebih utama untuk mengqadha dalam bulan Rejab kerana fadilat-fadilatnya. (Hafiz Firdaus).
[10] Kenapakah ia satu bentuk pendustaan? Rujuk risalah berikutnya berjudul Hadis Dha‘if: Hukum dan Syarat Pengamalannya.
Read More

Hakikat Rejab Yang Palsu


Bulan Rejab adalah salah satu bulan haram dalam Islam.Dalilnya terdapat di dalam Firmah Allah swt di dalam Surah Al-Taubah ayat 9: "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa." Menurut Tafsir Jalalain, yang dimaksudkan dengan "di antaranya empat bulan yg dihormati" ialah: "Empat bulan Haram - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab". Malah selain dari itu banyak yang kita dengar mengenai kelebihan-kelebihan bulan Rejab. Tatkala Rejab kunjung tiba, maka ramailah orang mula untuk melaksanakan puasa sunat, dengan memikirkan fadhilat-fadhilat yang banyak. Alhamdulillah 1 anjakan perubahan yang baik dari tidak berpuasa kepada suka berpuasa sunat. Akan tetapi benarkah kita mukmin sejati hanya beribadat kerana fadhilat? Hakikat Ketelusan mengajak kita mencari dimana ketelusan mukmin sejati. Mungkin ada yang kecewa apabila mengetahui bahawa dalil-dalil yang digunakan pada kebiasaanya fadhilat bulan Rejab ini adalah hadith palsu, dhoif dan maudhu'. Malahan pasti ada yang terperanjat besar apabila mengetahui tidak terjumpa dalam dalam hadith-hadith yang sohih tentang fadhilat puasa di bulan Rejab.Hadith yang selalu kita dengar "Rejab bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku" ini merupakan hadith maudhu' tetapi ada juga segelintir ulama dan penceramah mengunakannya dalam sesi ceramah mereka. Disini ana mengambil intipati blog yang ana kaji tentang hadith-hadith yang lain.Oleh
Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas
http://www.almanhaj.or.id/content/1523/slash/0
HADITS PERTAMA
Ertinya : Rajab bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku�
Keterangan: HADITS INI MAUDHU’
Kata Syaikh ash-Shaghani (wafat th. 650 H): Hadits ini maudhu’ (Lihat Maudhu’atush Shaghani (I/61, no. 129))
Hadits tersebut mempunyai matan yang panjang, lanjutan hadits itu ada lafazh:
Ertinya : Janganlah kalian lalai daripada (beribadah) pada malam Jumaat pertama di
bulan Rajab, kerana malam itu Malaikat menamakannya Raghaaib…�
Keterangan: HADITS INI MAUDHU’
Kata Ibnul Qayyim (wafat th. 751 H): Hadits ini diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Mandah dari Ibnu Jahdham, telah menceritakan kepada kami Ali bin Muhammad bin Said al-Bashry, telah menceritakan kepada kami Khalaf bin Abdullah as-Shanany, dari Humaid Ath-Thawil dari Anas, secara marfu�. (Al-Manaarul Muniif fish Shahih wadh Dha’if (no. 168-169))
Kata Ibnul Jauzi (wafat th. 597 H): “Hadits ini palsu dan yang tertuduh memalsukannya adalah Ibnu Jahdham, mereka menuduh sebagai pendusta. Aku telah mendengar Syaikhku Abdul Wahhab al-Hafizh berkata: “Rawi-rawi hadits tersebut adalah rawi-rawi yang majhul (tidak dikenal), aku sudah periksa semua kitab, tetapi aku tidak dapati biografi hidup mereka.” (Al-Maudhu’at (II/125), oleh Ibnul Jauzy)
Imam adz-Dzahaby berkata: “ ’Ali bin ‘Abdullah bin Jahdham az-Zahudi, Abul Hasan Syaikhush Shuufiyyah pengarang kitab Bahjatul Asraar dituduh memalsukan hadits.”
Kata para ulama lainnya: “Dia dituduh membuat hadits palsu tentang shalat ar-Raghaa’ib.” (Periksa: Mizaanul I’tidal (III/142-143, no. 5879))
HADITS KEDUA
“Ertinya : Keutamaan bulan Rajab atas bulan-bulan lainnya seperti keutamaan al-Qur’an atas semua perkataan, keutamaan bulan Sya’ban seperti keutamaanku atas para Nabi, dan keutamaan bulan Ramadhan seperti keutamaan Allah atas semua hamba.”
Keterangan: HADITS INI MAUDHU’
Kata al Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalany: “Hadits ini palsu.” (Lihat al-Mashnu’ fii Ma’rifatil Haditsil Maudhu’ (no. 206, hal. 128), oleh Syaikh Ali al-Qary al-Makky (wafat th. 1014H))
HADITS KETIGA:
“Ertinya : Barangsiapa shalat Maghrib di malam pertama bulan Rajab, kemudian shalat sesudahnya dua puluh raka’at, setiap raka’at membaca al-Fatihah dan al-Ikhlash serta salam sepuluh kali. Kalian tahu ganjarannya? Sesungguhnya Jibril mengajarkan kepadaku demikian.” Kami berkata: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui, dan berkata: ‘Allah akan pelihara dirinya, hartanya, keluarga dan anaknya serta diselamatkan dari adzab Qubur dan ia akan melewati as-Shirath seperti kilat tanpa dihisab, dan tidak diseksa.’”
Keterangan: HADITS MAUDHU’
Kata Ibnul Jauzi: “Hadits ini palsu dan kebanyakan rawi-rawinya adalah majhul (tidak dikenal biografinya).” (Lihat al-Maudhu’at Ibnul Jauzy (II/123), al-Fawaa’idul Majmu’ah fil Ahaadits Maudhu’at oleh as-Syaukany (no. 144) dan Tanziihus Syari’ah al-Marfu’ah ‘anil Akhbaaris Syanii’ah al-Maudhu’at (II/89), oleh Abul Hasan ‘Ali bin Muhammad bin ‘Araaq al-Kinani (wafat th. 963 H).)
HADITS KEEMPAT
“Ertinya : Barangsiapa puasa satu hari di bulan Rajab dan shalat empat raka’at, di raka’at pertama baca ‘ayat Kursiy’ seratus kali dan di raka’at kedua baca ‘surat al-Ikhlas’ seratus kali, maka dia tidak mati hingga melihat tempatnya di Syurga atau diperlihatkan kepadanya (sebelum dia mati)”
Keterangan: HADITS INI MAUDHU’
Kata Ibnul Jauzy: “Hadits ini palsu, dan rawi-rawinya majhul serta seorang perawi yang bernama ‘Utsman bin ‘Atha’ adalah perawi matruk menurut para Ahli Hadits.” (Al-Maudhu’at (II/123-124).)
Menurut al-Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalany, ‘Utsman bin ‘Atha’ adalah rawi yang lemah. (Lihat Taqriibut Tahdziib (I/663 no. 4518))
HADITS KELIMA
“Ertinya : Barangsiapa puasa satu hari di bulan Rajab (ganjarannya) sama dengan berpuasa satu bulan.”
Keterangan: HADITS INI SANGAT LEMAH
Hadits ini diriwayatkan oleh al-Hafizh dari Abu Dzarr secara marfu’.
Dalam sanad hadits ini ada perawi yang bernama al-Furaat bin as-Saa’ib, dia adalah seorang rawi yang matruk. (Lihat al-Fawaa-id al-Majmu’ah (no. 290))
Kata Imam an-Nasa’i: “Furaat bin as-Saa’ib Matrukul hadits.” Dan kata Imam al-Bukhari dalam Tarikhul Kabir: “Para Ahli Hadits meninggalkannya, kerana dia seorang rawi munkarul hadits, serta dia termasuk rawi yang matruk kata Imam ad-Daraquthni.” (Lihat adh-Dhu’afa wa Matrukin oleh Imam an-Nasa’i (no. 512), al-Jarh wat Ta’dil (VII/80), Mizaanul I’tidal (III/341) dan Lisaanul Mizaan (IV/430).)
HADITS KEENAM
“Ertinya : Sesungguhnya di Syurga ada sungai yang dinamakan ‘Rajab’ airnya lebih putih dari susu dan lebih manis dari madu, barangsiapa yang puasa satu hari pada bulan Rajab maka Allah akan memberikan minum kepadanya dari air sungai itu.”
Keterangan: HADITS INI BATHIL
Hadits ini diriwayatkan oleh ad-Dailamy (I/2/281) dan al-Ashbahany di dalam kitab at-Targhib (I-II/224) dari jalan Mansyur bin Yazid al-Asadiy telah menceritakan kepada kami Musa bin ‘Imran, ia berkata: “Aku mendengar Anas bin Malik berkata, …”
Imam adz-Dzahaby berkata: “Mansyur bin Yazid al-Asadiy meriwayatkan darinya, Muhammad al-Mughirah tentang keutamaan bulan Rajab. Mansyur bin Yazid adalah rawi yang tidak dikenal dan khabar (hadits) ini adalah bathil.” (Lihat Mizaanul I’tidal (IV/ 189))
Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albany berkata: “Musa bin ‘Imraan adalah majhul dan aku tidak mengenalnya.” (Lihat Silsilah Ahaadits adh-Dha’ifah wal Maudhu’ah (no. 1898))
HADITS KETUJUH.
“Ertinya : Barangsiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rajab, dituliskan baginya (ganjaran) puasa satu bulan, barangsiapa berpuasa tujuh hari pada bulan Rajab, maka Allah tutupkan baginya tujuh buah pintu api Neraka, barangsiapa yang berpuasa lapan hari pada bulan Rajab, maka Allah membukakan baginya lapan buah pintu dari pintu-pintu Syurga. Dan barang siapa puasa nishfu (setengah bulan) Rajab, maka Allah akan menghisabnya dengan hisab yang mudah.”
Keterangan: HADITS INI PALSU
Hadits ini termaktub dalam kitab al-Fawaa’idul Majmu’ah fil Ahaadits al-Maudhu’ah (no. 288). Setelah membawakan hadits ini asy-Syaukani berkata: “Suyuthi membawakan hadits ini dalam kitabnya, al-Laaliy al-Mashnu’ah, ia berkata: ‘Hadits ini diriwayatkan dari jalan Amr bin al-Azhar dari Abaan dari Anas secara marfu’.’”
Dalam sanad hadits tersebut ada dua perawi yang sangat lemah:
(1). ‘Amr bin al-Azhar al-‘Ataky.
Imam an-Nasa-i berkata: “Dia Matrukul Hadits.” Sedangkan kata Imam al-Bukhari: “Dia dituduh sebagai pendusta.” Kata Imam Ahmad: “Dia sering memalsukan hadits.” (Periksa, adh-Dhu’afa wal Matrukin (no. 478) oleh Imam an-Nasa-i, Mizaanul I’tidal (III/245-246), al-Jarh wat Ta’dil (VI/221) dan Lisaanul Mizaan (IV/353))
(2). Abaan bin Abi ‘Ayyasy, seorang Tabi’in shaghiir.
Imam Ahmad dan an-Nasa-i berkata: “Dia Matrukul Hadits (ditinggalkan haditsnya).” Kata Yahya bin Ma’in: “Dia matruk.” Dan beliau pernah berkata: “Dia rawi yang lemah.” (Periksa: Adh Dhu’afa wal Matrukin (no. 21), Mizaanul I’tidal (I/10), al-Jarh wat Ta’dil (II/295), Taqriibut Tahdzib (I/51, no. 142))
Hadits ini diriwayatkan juga oleh Abu Syaikh dari jalan Ibnu ‘Ulwan dari Abaan. Kata Imam as-Suyuthi: “Ibnu ‘Ulwan adalah pemalsu hadits.” (Lihat al-Fawaaidul Majmu’ah (hal. 102, no. 288).
Sebenarnya masih banyak lagi hadits-hadits tentang keutamaan Rajab, shalat Raghaa’ib dan puasa Rajab, akan tetapi kerana semuanya sangat lemah dan palsu, penulis mencukupkan tujuh hadits saja.
[Disalin dari kitab Ar-Rasaail Jilid-1, Penulis Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Pustaka Abdullah, Cetakan Pertama Ramadhan 1425H/Oktober 2004M]
_________
Foote Note
[1]. Zaadul Ma’aad (I/375) cet. Muassasah ar-Risalah.
Read More

HAKIKAT NIKMAT BERPROGRAM




Salam ukhwah,salam sayang,salam mahabbah.

Susah betul nak balik rumah? Tak pernah la mama dengar kau tak de program. Sibuk mengalahkan Perdana Menteri”. Bondaku mengomel. Hmm…sering kali dia mengeluh. Mana tidaknya, habis sahaja exam jadual program dah tersusun banyaknya. Alhamdulillah dalam banyak sangat program ni, walaupun letih dan memenatkan, tetapi ianya tidak terasa. Malahan saya rasa lebih gembira, seronok, dan rasa nak berprogram lagi. Setiap insan mempunyai rasa nikmat kepuasan masing-masing. Begitu juga dengan saya, pada saya salah satu nikmat kepuasan hidup ialah apabila kita mengadakan progam yang memberi manfaat pada orang lain sekaligus pada diri sendiri. Sabda Rasulullah S.A.W “ Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari” (Riwayat Al-Tabrani). Berikut adalah gambaran program-program yang saya sertai sepanjang bulan ini. Bermula dengan program

Kem Remaja Islam (KERIS) di Masjid Kota Damansara pada 9.05-10.5.09 dengan taklifan pengarah program, gerak kerja program ni kami telah laksanakan seawal final exam lagi. Alhamdulillah Allah memberi first lesson kepada kami dengan hanya 28 orang peserta sahaja yang menyertai. Pada mulanya agak sedih sebab penyertaan sedikit tetapi bila difikir balik kami cukup bersyukur, sebab dengan tidak ramai ini boleh membuat kami belajar pengalaman menguruskan program luar sendiri.

Gathering Expidisi Nurani (GEN’09) di Pulau Pinang dan Kedah seminggu selepas tamrin. Program ini merupakan program yang paling best pernah saya ikuti sepanjang dalam UTMKL. Dengan matlamat ukhwahfillah dan penghargaan kepada sahabat-sahabat, program ini telah berjaya dilaksanakan. Tahniah kepada pengarah merangkap bestsohabah saya akhi syukri. Keterangan lanjut jemput la baca dalam blog dia.

KERIS 2 di Masjid Al-Azim Pandan Indah pada 1 dan 2 Jun. Kali ini ditugaskan selaku ko-ordinator program oleh pengarahnya Akhi Zaki. Komitmen daripada pengarah program dan pihak masjid memang best. Hasilnye peserta kem ini telah melebihi jangkaan asal. Penyertaan bagi kem kali ini seramai 167orang. Memang pening kepala fasi dibuatnye. Teringat respon adik-adik yang aktif bertanya di dalam setiap slot yang diadakan. Rasa ingin buat KERIS 3 pula lepas ni. (siapa la pengarah lepas nie ye)

Diteruskan dengan Muktamar DPP Pusat sebagai pencatit minit muktamar dan Muktamar Agung PAS Pusat pada 4.06-7.06.09 (selaku pemerhati je) –saya sudah ceritakan dalam posting yang lepas.

Program diteruskan dengan Muktamar Agung ISIS Pusat pada hari 13 dan 14 Jun lepas yang mana saya di taklifkan untuk menjadi pengarah program. Kagum sungguh dengan kerjasama daripada panitia dan MT ISIS. Hasil gigih mereka walaupun dalam masa 2minggu lebih program diadakan dengan jayanya. Mantap dan panas. Terutamaya ketika pembentangan perlembagaan dan perbahasan. Dengan peranan Pengerusi Tetap Akhi Merico UNISEL yang tidak jemu buat hadirin berfikir dan ketawa ,muktamar kelihatan begitu rancak. TAHNIAH dan TAKZIAH kepda semua pimpinan baru dan lama.

Akhir program yang baru saya sertai ialah KEM GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM yang baru selesai bermula dari 19.06 hingga 21.6.09. Kali ini lagi menakutkan, rekod pertama menjadi kem komandan. Tak la kejam mana pun, terkadang modul tamrin juga dijadikan bahan. Tetapi program ini sangat menyetuh hati saya. Dengan keadaan pelajar sekolah yang kurang pendidikan agama, program ini betul-betul telah mengetuk pintu hati peserta. Kata-kata yang tidak saya lupakan lebih kurang bunyinya “terima kasih abang farhan,abang dan kakak banyak tolong saya. Saya akan cuba berubah” ketika malam muhasabah. Saya juga nak berterima kasih kepada Ukhwah.com amnya dan KAK SHIDA kerana sudi menjemput saya jadi facilitator program ini.

Nikmat berprogram ini memang sangat bernilai bagi saya. Didalam berprogram kita berukhwah, didalam berprogram kita belajar, malahan yang paling utama di dalam berprogram kita dapat mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T. Banyak lagi kelebihan berprogram jika ianya dilandaskan dengan Islam. Syukran Jazilan kepada semua ajk,panitia, fasilitator, abang dan kakak yang banyak membantu saya dalam mengisi 1bulan program ini. Jasa antum amat besar bagi saya. Andaikata saya melukakan hati,terkasar bicara, terkhilaf perbuatan mohon dimaafkan. Semoga ALLAH menemukan kita di dalam program lain dan yang paling utama semoga kita semua ditempatkan dengan orang yang mendapat lindungan arasy ALLAH yang mana bertemu dan berpisah,berkasih-sayang kerana ALLAH dan seterunya mendapat Syurga ALLAH. Ameen…

Read More

Dr.Fathi Yakan Mujahid Agung


Dunia kini menangisi pemergian mujahid ulung yang baru sahaja pergi menuju ilahi pada 14/06/2009. Mujahid agung ini telah menempa nama di seluruh dunia dengan penulisan dan ceramah serta tindakan-tindakan beliau yang menakutkan pihak lawan dan kawan.Lahirnya buku "I Am Muslim" dan "Apa Erti Saya Menganut Islam" telah mencetuskan revolusi dalam penyampaian usrah di kampus. Malahan PAS dan gerakan-gerakan Islam di dunia juga mengambil buku hasil tulisan beliau sebagai rujukan. Beliau ialah Al-Fadhil Syeikh Dr.Fathi Yakan. Berikut sedikit biodata mengenai beliau, diambil dari http://azhari4ummah.blogspot.com/2008/03/biodata-ringkas-berkenaan-syeikh-fathi.html
Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari / Syabat (kiraan bulanan kuno di negara Lubnan) 1933 di Tarablus Lubnan. Telah berjaya memperolehi Phd di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Telapun berkahwin dengan Puan Dr. Mona Haddad Yakan dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki). Beliau merupakan diantarakan tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam bahkan beliau merupakan diantara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba’ie Rahimahullahu di Syria.Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab dan beliau juga telah menyebarkan risalah-risalah dan tulisan-tulisan yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam dan kebanyakan daripada tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan di dalam banyak bahasa. Di antara tulisannya yang terkenal adalah ماذا يعنى إنتمائى للإسلام (Apa ertinya saya menganut agama Islam), مشكلة الدعوة والداعية (Masalah yang berkaitan dengan Dakwah dan Pendakwah) dan banyak lagi.Beliau juga pernah memenangi kerusi pada pilihanraya Lubnan pada tahun 1992. Beliau juga pernah menyertai Perhimpunan Islam Antarabangsa (International Islamic Conference). Fakta lain:- Beliau pernah menolak amalan pilihanraya kerana berpendapat ianya merupakan perkara baru yang tidak di lakukan di zaman Nabi Muhammad saw, tetapi akhirnya beliau akur dengan hanya menyertai pilihanraya sahajalah negara Islam mampu ditegakkan.
Segala jasa beliau tidakkan dilupa dan ilmu yang dicurahkan dari pena yang tidak bersuara akan ditinba dan digunakan dalam menempuh hidup dan cabaran liku-liku kehidupan. Semoga roh belaiu di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang orang-orang soleh. AL-FATIHAH
Read More

Muktamar Medan Muhasabah


Salam zirah salam kunjungan…
Terlebih dahulu ingin saya memohan seribu kemaafan kepada pengunjung blog saya kerana agak lama juga tidak “up date” blog ini. Titipan kali ini ingin saya isi dengan pengalaman menghadiri 2muktamar. Pertamanya muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat dan kemudiannya di Muktamar Agong PAS ke 55. Segala pandangan dan komentar diberikan oleh para perwakilan yang menyatakan hasrat untuk memantapkan lagi agenda jemaah khususnya diperingkat nasional dan diperingkat antarabangsa amnya. Usul-usul serta perbahasan yang diketengahkan bolehlah sahabat-sahabat perolehi melalui laman web http://muktamar55.pas.org.my. Disini saya juga menyenaraikan kesemua ahli jawatankuasa yang baru bakal menerajui PAS akan datang Medan muktamar adalah medan terbaik dalam kita bermuhasabah tentang sejauh mana perlaksanaan atas apa yang kita rancangkan. Terkadang kita terlampau banyak bercakap akan tetapi kerja tidak dilaksanakan. Perbuatan ini telah dikutuk oleh Allah dalam firmannya yang bermaksud “ Wahai orang-orang beriman, mengapa kamu mengatakan tetapi tidak kamu laksanakan. Amat besar kemurkaan Allah bagi orang berkata tetapi tidak laksanakan” (As-soff :1-2).
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Marilah kita merenung kembali sejauh mana usaha yang telah kita jalankan untuk memartabatkan Islam. Berdakwah dan berislah. Adalah satu perkara yang sangat malang apabila kita hanya menjadi penyokong dan bukan pendokong untuk menggerakan Islam. Jangan kita hanya menyerahkan tugas-tugas memberi kefahaman siasah syarieyah, fiqhul haraki dan daulah islamiah kepada pimpinan PAS sahaja. Seharusnya kita menjadi agen penyebaran kepada agenda-agenda tersebut. Kitalah yang bangkit menjadi naqib/ah di tempat yang mana usrah tidak hidup. Kitalah yang patut merangka program untuk kefahaman Islam dan kita jugalah pemikir dan penggerak kepada gerak kerja dakwah non-musim. Dari muktamar ini dapat kita sedari bahawa perjuangan kita belum selesai. Masih banyak lagi langkah yang perlu di atur. Moga-moga kita lebih belajar dari kesilapan yang lalu dan mengatur langkah mara mendepani isu, menerjah ruang menghitung kemenangan.

SENARAI KEPUTUSAN PIMPINAN DEWAN ULAMAK PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011

KETUA
Ustaz Harun Taib(MTB)

TIMBALAN
Ustaz Tuan Ahmad Yaakob (MTB)

NAIB KETUA
Dr Mahfodz Mohamad (MTB)


AHLI JAWATANKUASA

1. Ustaz Husin Awang (193)
2. Ustaz Abdul Ghani Shamsudin (186)
3. Ustaz Nik Zawawi Salleh (186)
4. Ustaz Saleh Sani Harun (156)
5. Ustaz Abu Bakar Abdullah (153)
6. Dato' Ustaz Mohd Daud Iraqi (152)
7. Ustaz Abdullah Abd Razak (152)
8. Ustaz Hasan Mohamad (143)
9. Ustaz Ismail Noh (138)
10. Ustaz Mohd Zain Abd Rahman (138)
11. Ustaz Mohamad Mustafa (131)
12. Ustaz Abdullah Husin (129)


PEMERIKSA KIRA-KIRA
Hj Ibrahim Omar (188)


SENARAI KEPUTUSAN PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011

PENGERUSI TETAP
Misbahul Munir Masduki (Menang Tanpa Bertanding)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Aris Awang (Menang Tanpa Bertanding)

KETUA
Nasrudin Hassan (Menang Tanpa Bertanding)


TIMBALAN KETUA
Azman Shapawi Abd Rani (Menang Tanpa Bertanding)


NAIB KETUA
Ahmad Sabki Yusof (Menang Tanpa Bertanding)


AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN (23 bertanding - 12 kerusi)

1. Riduan Mad Nor (197 undi)
2. Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (194)
3. Mohd Firdaus Jaafar (176)
4. Mohd Nazri Chik Zain (176)
5. Suhaizan Kaiat (165)
6. Nasir Zakaria (152)
7. Kamal Ashaari (145)
8. Kamaruzaman Mohamad (139)
9. Khairul Faizi Ahmad Kamil (139)
10. Mohd Adram Musa (135)
11. Abdullah Abdul Karim (127)
12. Dr. Rosli Allani Abd Kadir (126)


PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Jamel Saring
2. Muzammil Hafiz

SENARAI KEPUTUSAN PIMPINAN DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011


PENGERUSI TETAP (154)
Nor Hashimah Deraman

TIMBALAN PENGERUSI TETAP (162)
Wan Hamidani Wan Ahmad

KETUA (136)
Nuridah Mohd Salleh, Ustazah


TIMBALAN KETUA (142)
Siti Zailah Mohd Yusoff, YB.


NAIB KETUA (MTB)
Mumtaz Md Nawi, YB.

AHLI JAWATANKUASA KERJA (23)

1. Wan Ubaidah Omar, YB.(196)
2. Halimah Ali, YB. Dr. (173)
3. Mastura Hj Mohamad (173)
4. Aiman Athirah Al Jundi (162)
5. Najihatussalehah Ahmad, Dr.(158)
6. Siti Mariah Mahmud, YB. Dr. (156)
7. Rosni Adam, Dr. (155)
8. Azizah Khatib Mat, Ustazah (147)
9. Salbiah Abd Wahab (147)
10. Nurul Huda Yusof Rawa (135)
11. Wardatul Jannah As Sofea (125)
12. Fatimah @ Zainab Ibrahim, To' Puan (122)


PEMERIKSA KIRA-KIRA (2)

1. Basmatul 'Uyun Yusof
2. Wan Hasna Wan Ismail



SENARAI KEPUTUSAN JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011


PENGERUSI TETAP (MTB)
Abu Kasim Bin Abdullah, Ustaz Haji


TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Hussin Bin Haji Ismail, Haji


PRESIDEN (MTB)
Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji


TIMBALAN PRESIDEN
Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji


NAIB PRESIDEN

Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz(877)
Salahuddin Ayub, YB (824)
Mahfuz Omar, YB Dato' Haji (663)


AHLI JAWATANKUASA KERJA

Mohamad Nizar Jamaluddin, YAB Dato' Seri Ir (854)
Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji (799)
Kamarudin Jaffar , YB Dato’ (769)
Azizan Abd Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz (653)
Hasan Mohd Ali , YB Dato' Dr Hj (642)
Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. Haji (638)
Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Haji(637)
Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz Haji (622)
Mohamed Hanipa Maidin, Sdr (619)
Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir. (606)
Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali, YB Dr. (589)
Ab Ghani Abdul Rahman, Ustaz Haji (584)
Dzulkefly Ahmad, YB Dr. (576)
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr. (530)
Hashim Jasin, YB Ustaz Haji (522)
Mazlan Aliman, Sdr (513)
Taib Azamudden Md Taib, YB Ustaz Haji (508)
Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. (488)


PEMERIKSA KIRA-KIRA

Mohd Rashidi Bin Hassan
Musaniff Abd Rahman
Read More

MAAF

Salam Ziarah sahabat-sahabat.. Tetapi ingin saya nyatakan bahawa blog saya hanya akan di 'up-date' selepas muktamar agong PAS kali ke-54 nanti. maaf atas sebarang kesulitan. Teruskan perjuangan memartabatkan Islam. TAKBIR!
Read More

Hakikat Post Terbaik


Sahabat

Hakikat Media