Memaparkan catatan dengan label kampus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kampus. Papar semua catatan

TERIMA KASIH GAMIS!!!


Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T atas rahmatNya maka pd 9/10/2010 tamatlah taklifan saya selaku Majlis Dakwah & Kebajikan GAMIS bagi kepimpinan 2009/2010. Terima kasih kepada semua terutamanya MT GAMIS yang banyak berkongsi ilmu dan bekerjasama dengan saya. Ilmu yang antum kongsikan akan saya manfaatkan. TAHNIAH buat semua sahabat-sahabat MT GAMIS Pusat dan GAMIS Negeri atas perjuangan kita bersama.

Dalam masa yang sama, ingin saya memohon seinfiniti kemaafan kepada MT GAMIS dan semua mahasiswa sepanjang kita bekerjasama andai ada yang terguris dengan kata-kata dan tingkah laku saya. Insan yang hina di sisi Allah ini mendamba keampunan Allah dan kemaafan antum demi keberlangsungan hidup yang bermanfaat untuk Islam.

Akhir kalam dari saya, Tahniah dan takziah di ucapkan kepada MT GAMIS yang baru atas taklifan antum. Pikullah tanggungjawab ini seaadanya dan jadikan ayat dari surah As-Soff : 2-3 sebagai galasan. Tatkala kita memimpin janganlah kita rasa bersendirian kerana Allah sentiasa bersama dengan kita dan jadikan surah Muhammad : 7 dan surah Al-Hujurat : 15 sebagai pegangan dalam kepimpinan.

JAZAKALLAH WA ASIF JIDDAN...
BARAKALLAHUFIKUM
Read More

Air Mata Terakhir di UTMKL


Salam Ukhwah, Salam Mahabbah, Salam Ziarah…
Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan untuk saya up-date blog ni. Lama juga tidak di up-date. Sibuk dengan final exam dan beberapa program yang di atur selepas exam. Sedar tak sedar sudah tiba sem akhir saya di bumi UTMKL. Sebelum kaki melangkah keluar dari UTMKL, sempat juga buat program terakhir untuk adik-adik di sini. Hati rasa tak tenteram jika tinggalkan adik-adik ni macam tu je sebelum selesai masalah. Alhamdulillah program yang kami buat untuk adik-adik ni memberi kesan positif kepada mereka. Malam terakhir program sangat menyentuh hati saya. Jarang saya menangis depan adik-adik ni. Malam tu menjadi saksi ukhwah di antara kami, malam tu juga menjadi saksi semangat adik-adik untuk berubah dan semakin laju dalam bergerak kerja. Alhamdulillah air mata terakhir saya di bumi UTMKL membolehkan saya melangkah keluar dengan syukur, lega dan bersemangat. Keyakinan saya kepada adik-adik mula bertambah dan saya dapat rasakan roh baru mereka untuk bergerak kerja. Alhamdulillah syukur kepada Allah atas semua yang ditentukannya. Perit maung, mehnah dan tribulasi dihadapi bersama-sama akhirnya membuahkan hasil. Terima kasih kepada semua ajk, penceramah, penta’aruf dan peserta kerana menjayakan program ini dengan jayanya.

Bumi UTMKL yang dicintai kini tinggal kenangan terindah dalam ingatan. Keputusan exam walaupun tidak sehebat mana,tetapi saya yakin dengan bantuan Allah. Sekarang ni fokus saya akan diberikan kepada GAMIS dan anak negeri yang rasanya banyak tanggungjawab tidak terbuat sebelum ni. Walaupun kini jadi pengangur terhormat tetapi tugas sebagai da’I tetap akan diteruskan. Tiba masa untuk berkhidmat di lapangan ummah sepenuh masa disamping berbakti buat ayahanda dan bonda. Akhir kalam, semoga segala gerak kerja, ukhwah, mehnah, tribulasi dan pengalaman serta perkongsian bersama tetap tersemat di kalbu dan dijadikan iktibar dalam meneruskan ranjau kehidupan akan datang.

Ukhwah Fillah Abadan ‘Abada.
Read More

Imtihan Menguji Kesabaran


Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan dan kesedihan melahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.” Riwayat Sunan Bukhari dan Muslim.
Seringkali ujian datang melanda. Baik ianya langsung dari Allah mahupun dizahirkan melalui makhlukNya.Ujian yang berat datang menimpa menyebabkan hati selalu bermonolog duka. Syaitan,iblis tidak pernah leka menghasut, nafsu serakah,amarah juga mendesak supaya menyalahkan takdir dari tuhan. Tidak cukup dengan itu, kata-kata sindiran dari kawan-kawan juga lagaknya membuat hati semakin panas. Lantas mencabar keimanan dengan hilangnya konsep sabar. Perkara ini sering berlaku, terkadang ianyanya memberi tekanan yang mendalam sehingga kemurungan, kurang keyakinan dan sering menyalahkan. Persoalannya,adakah ini akhlak islami? Ujian yang melanda. seharusnya mendidik jiwa untuk tabah, sabar dan bersyukur. Malahan Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang berbunyi:

“Menakjubkan urusan seorang mu’min, jika ia mendapatkan ni’mat maka ia bersyukur dan syukur itu sangat baik baginya. Dan jika ia ditimpa musibah maka ia bersabar dan sabar itu sangat baik baginya.” (HR Muslim & Tirmidzi).

Islam agama yang indah, malahan dengan Islam juga membawa kepada kejayaan. Allah juga tidak akan menguji seseorang itu melainkan mereka mampu menghadapi ujian Allah. Akan tetapi Allah sentiasa akan menguji makhluk ciptaanNya bagi melihat siapa yang benar-benar beriman kepadaNya. Ini dibuktikan dalam Ayat Al-Quran:

"Dan sesungguhnya Kami tetap akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang yang berjuang dan bersabar daripada kalangan kamu dan agar Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita mengenai keadaan kamu." (Surah Muhammad: ayat 31)

Firman Allah lagi bermaksud: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan." (Surah Al-Ankabut: ayat 2)
Juga bila direnung kembali pada permulaan penulisan ini, hadith tadi cukup jelas menyatakan bahawa salah satu dari kelebihan ujuian Allah di dunia ini adalah bagi mengurangkan azab kita di akhirat kelak.

Sahabat-sahabat Yang Dirahmati Allah sekalian;
Ketibaan final exam kali ini mungkin sekali menguji kesabaran, keimanan juga tahap kesyukuran kita kepada Allah S.W.T. Semoga kita berjaya memperolehi kejayaan pada peperiksaan akhir yang sudah kunjung tiba ini. Akhir nukilan dari saya, saya memohon ampun atas segala dosa yang dilakukan. Juga mengharapkan doa ikhlas dari sahabat-sahabat buat diri ini dan sahabat-sahabat di sini agar mendakap kejayaan
Rabbi Yassier Wala tu a'ssir wa tammim bi khoir waj a'lna minan najihin fid dunia wal akhiroh..amiin
Read More

Mahasiswa Agen Perubahan


TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!!!
Tahniah diucapkan buat GAMIS kerana berjaya menggegarkan dunia dan mencipta sejarah di Malaysia. Alhamdulillah berkat usaha dan doa kepada Allah S.W.T dua program besar GAMIS iaitu KO-SPIN dan KAD’09 telah berjaya di adakan. Penghargaan tinggi harus diberikan kepada seluruh ahli jawatan kuasa pelaksana, mahasiswa, penganjur dan penaja yang bertungkus lumus berusaha menjayakan program ini. Dengan pembawakan yang berbeza dari program NGO dan yang lainnya, program yang di anjurkan GAMIS ini telah membuka lambaran baru dakwah dari Mahasiswa. Bermula dengan KO-SPIN yang menitik beratkan tentang kepentingan sistem pendidikan Islam di amalkan di Malaysia, Kongres pendidikan pertama ini adalah muqadimah dari mahasiswa yang melihat kecelaruan dan permasalahan yang berpunca dari sistem pendidkan Negara yang tidak berlandaskan Islam. InsyaAllah hasil daripada kongres tersebut, satu sekretariat rejuvenasi pendidikan Islam akan ditubuhkan bagi memantau dan memastikan pelaksaan hasil dari perbincangan yang mantap di dalam kongres tersebut untuk di realisasikan. Selesai kongres, mahasiswa beraksi lagi di medan dakwah yang berbeza. Penganjuran konsert antara dunia bersama dengan Rabbani telah menyaksikan satu kejutan di kalangan penonton. Kehadiran 5 bintang gergasi dunia iaitu Raihan, Rabbani , Hijjaz dan penampilan khas Shaotul Harakah serta Nibras telah menggamatkan stadium melawati dengan persembahan ynag mantap. Susunan plot konsert yang cantik bermula dari kelahiran serta berakhir dengan kematian dan harapan ini telah menyentuh hati para penonton. Selingan sajak, tazkirah dan pentomen melengkapkan lagi pembawakan konsert dakwah yang berhemah dan mengkagumkan. Masya Allah.. Allah mengatur dengan baik dan mahasiswa melaksana dengan mantap.
Dikesempatan ini sekalung tahniah juga di ucapkan kepada Persatuan Mahasiswa Islam UTMKL kerana telah berjaya tampil kehadapan. Bukan hanya telah menjadi ajk pelaksana konsert, malahan bersungguh-sungguh membuka gerai dan menjayakan jualan dalam karnival konsert. Usaha gigih antum untuk memantapkan ekonomi PMI hanya Allah S.W.T yang mampu membalasnya. Juga tahniah kepada mahasiswa PMIUTMKL yang menggalas cabaran dalam Pentas Anak Muda dan perlawanan Street Soocer pada hari karnival. Tampilnya antum membawa nama baik PMIUTMKL itu sendiri.
MAHASISWA ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN
Read More

AMANAH : Pengajaran Dari Isra' wa Mikraj


Salam Kunjungan,Salam Mahabbah,Salam Ukhwah...
Tanggal 27 Rejab meninggalkan sejarah penting untuk umat Islam keseluruhannya. Pada tarikh inilah Nabi Muhammad S.A.W di isra’kan dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa dan kemudiannya mikraj yang mana Rasulullah S.A.W naik ke Hadhratul-Qudus menemui Allah S.W.T. Selepas dari itu maka solat yang difardhukan kepada kita ada 5 kesemuanya. Dalam peristiwa ini jugalah Rasulullah S.A.W telah diperlihatkan dengan pelbagai perkara aneh dan ganjil. Hakikat Ketelusan kali ini membawakan salah satu daripada perkara yang diperlihatkan kepada baginda iaitu mengenai AMANAH. Dalam ketika nabi di isra’kan, baginda telah diperlihatkan akan lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Lalu Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
Amanah berasal dari akar kata bahasa Arab daripada perkataan iman. Ini bermakna bahawa sifat amanah mempunyai hubungan yang amat rapat dengan iman seseorang. Dalam erti kata lain, orang yang beriman pasti memiliki sifat amanah, manakala orang yang tidak amanah bererti tidak ada kesempurnaan iman dalam dirinya walaupun lidahnya menyatakan beriman kepada Allah. Dalam hal ini, Allah berfirman maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya). (Surah al-Anfal, ayat 27)
Dalam pada itu, Rasulullah S.A.W juga menegaskan dengan sabdanya yang bermaksud:
Tiada iman (sempurna) bagi orang yang tidak memegang amanah dan tiada agama bagi orang yang tidak dapat dipegang janjinya. (Hadis riwayat Ahmad & Dailami)
Maka jelaslah kita bahawa amanah adalah satu perkara yang sangat besar dan berat. Seperti yang diperlihatkan kepada Rasulullah S.A.W tentang orang yang tidak memikul amanah dengan baik, amat besar kemukaan Allah S.W.T kepada mereka. Akan tetapi budaya meminta-minta amanah tetapi tidak dilaksanaklan ini semakin menular. Budaya ini bukan sahaja berlaku di arena politik negara, malahan di syarikat-syarikat dan terus menular ke dalam kampus meresapi jiwa mahasiswa. Persoalannya mengapa jawatan ini diminta? Adakah diri yakin dengan kebolehan atau kerana ada kelebihan disebalik jawatan yang disandang? Dimana ketelusan sebuah sifat kepimpinan yang bertunjangkan amanah dengan berpaksikan keimanan?

Saya kecilkan skop di dalam kampus. Apabila ada pilihanraya kampus, banyak manifestor-manifestor yang dicanangkan oleh para calon. Akan tetapi apabila sudah menang tidak pula dilaksanakan, kalau diusahakan tetapi tidak berjaya kita faham la,tapi dah la tak usaha, tidak berfikir untuk melaksanakan pun. Hanya bertanding sebab ingin dapat kelebihan yang akan diberikan oleh pihak Universiti, bukan berniat untuk menegakkan Islam. Bukan setakat MPM sahaja, malahan persatuan-persatuan lain turut tidak terkecuali termasuklah PMI. Andaikata didalam diri pimpinan PMI itu sendiri tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan maka perlulah dia mengkaji balik dasar Islam. Seharusnya PMI inilah lebih faham tentang amanah dan mereka inilah yang menjadi penerang kepada masyarakat kampus. Pada kebiasaanya kita akan mendengar kenyataan bahawa “saya tidak layak, saya tak de bakat memimpin” Saya juga pernah berkata sedemikian dulu, tapi cuba kita susuli peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar a.s ketika beliau menggantikan tampuk pemerintahan peninggalan Rasulullah S.A.W beliau turut berkata yang beliau tidaklah yang terbaik tetapi beliau tetap berusaha untuk yang terbaik dalam memgang amanah. Persoalan layak atau tidak sememangnya bergantung kepada diri, kalau diri rasa yakin maka boleh lah dia. Akan tetapi pandangan dari orang sekeliling juga adalah penentu kelayakannya. Andaikata orang sekelililng menyatakan dia layak, maka orang yakin dengan kebolehan dia untuk memegang amanah. Peringatan juga ingin saya berikan kepada diri dan sahabat-sahabat, jangan kita perbanyakkan bebanan amanah sedangkan amanah yang ada belum lagi kita selesaikan. Akan tetapi andaikata kalau tiada pilihan lain dan terpaksa untuk kita memikulnya pikullah ia dengan bertunjangkan keimanan. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang menjaga amanah dan mendapat rahmatNya sentiasa.Amiin
Read More

Usrah Memperingati Rasullullah S.A.W


Salam Ziarah..Salam Ukhwah ..Salam Mahabbah

“Kat cafe???” Terperanjat adik IGG saya ketika saya beritakan tentang perjumpaan usrah kami. Beliau adalah adik usrah yang baru saya ajak menyertai usrah saya. Selepas saya menceritakan bahawa usrah ini bukan di surau sahaja, kami pernah juga buat usrah di Tasik Titiwangsa dan jamuan usrah terakhir di Pizza Hut, adik tadi bertambah terperanjat. Selepas itu dia datang menyertai usrah kami di café pada hari Khamis yang lepas. Alhamdulillah tugasan yang saya berikan kepada mereka untuk mengkaji perang-perang di zaman Rasullullah berjaya disiapkan dengan baik oleh semua ahli usrah termasuk adik tadi. Pada malam itu kami bincangkan tentang perang Badar,Uhud,Mutah,Tabuk,Hunain dan perang Jamal.. Perbincangan yang pada kiraan saya memberi kesan kepada hati kami semua apabila menyusuri perjuangan Rasulullah S.A.W dan para sahabat dalam memperjuangkan Islam.

Kenapa ye pilih peperangan Rasullullah? Sebenarnya kita ni kurang maklum tentang perjuangan Rasullullah S.A.W. Ini memang terbukti apabila usai usrah kami adik-adik ini menyatakan sangat kagum dengan topik usrah pada hari itu. Banyak input baru yang kami dapat. Ok sekarang mari kita kaji sedikit siapa itu baginda. Hanya sedikit pengkajian kerana banyak juga blog menceritakan tentang baginda dengan lebih mendalam.Seperti yang kita sedia maklum tarikh 12 Rabiulawal adalah tarikh keramat yang mana tarikh bersejarah ini lahirlah seorang junjungan yang memberi rahmat ke seluruh dunia. Baginda ialah Nabi Muhammad S.A.W nabi untuk umat akhir zaman ini. Sejauh mana kenalnya kita kepada baginda? Adakah cukup hanya kita tahu lahir baginda,ayah,ibu,tempat lahir dan riwayat umur baginda? Hmm..tetapi jangan cakap sirah nabawi, soalan asas yang tadi pun kalau kita tanya kepada remaja diluar sana pasti ada yang tidak tahu nak jawab. Sungguh besar kesan perlaksanaan Maulud Nabi ni disambut. Akan tetapi ada juga golongan yang menentang perkara ini,dengan menganggap ianya bid’ah maka mereka menghukum penyambut Maulud nabi ini sebagai ahli neraka! Pada pandangan saya ianya hanyalah bid’ah hasanah yang paling bagus dilaksanakan dan bukan neraka tempatnya bagi penyambutnya. Kesan yang paling besar ialah, pada maulidurrasul inilah orang banyak berselawat ke atas nabi dan pada hari ini juga ramai golongan remaja mula ingat semula siapa Rasullullah S.A.W. Hakikat Ketelusannnya ialah sejauh mana kita kenal Rasullullah baik dari segi peribadi baginda, prinsip hidup,peperangan malah seluruh aspek mengenai Baginda. Semoga kita akan mendapat syafaat baginda di akhirat kelak!.
Read More

Pilihan raya kampus: Mahasiswa bantah di Kementerian Pengajian Tinggi

PUTRAJAYA, 10 Okt (Hrkh) - Lebih 100 mahasiswa berhimpun di pekarangan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi bagi menyampaikan tuntutan mereka khususnya mengenai Pilihan Raya Kampus (PRK) tidak lama lagi.

Iklan

Antara fokus utama perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM) pada kali ini adalah untuk mendesak KPT mengumumkan segera tarikh PRK secara rasmi.

Dengan laungan 'student power' yang bergema di seluruh parcel E, Putrajaya tersebut cukup untuk menggambarkan amarah dan semangat anak-anak muda di menara gading yang menuntut pilihan raya kampus dijalankan dengan suasana demokrasi yang sebenar.

Hujan yang turun rintik-rintik pada peringkat permulaan perhimpunan tersebut sedikitpun tidak mematahkan semangat mereka dengan kain rentang dan poster yang berbunyi ' Jangan permainkan kami', 'Kami mahu pilihan raya kampus telus', PRK : Kami demokrasi mahasiswa tidak rela diperbudakkan',

ImageMereka juga menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung pelaksanaan pengundian secara online menerusi sistem pengundian e-voting dalam PRK akan datang yang dipercayai merupakan taktik untuk mengaburi keputusan PRK sebenar.

"Kami percaya sistem e-voting digunakan untuk menipu mahasiswa kerana mahasiswa tidak dibenarkan untuk melihat pengiraan undi dijalankan sedangkan berdasarkan peraturan pilihan raya, agen tempat pengiraan undi yang dilantik seseorang calon berhak untuk melakukannya," kata wakil Gamis dalam ucapannya.

Mahasiswa juga katanya, meminta agarpihak KPT khususnya pihak yang menguruskan PRK agar memindahkan pusat pembuangan undi daripada kolej kepada fakulti sepertimana yang pernah dibuat suatu ketika dahulu.

Perubahan pusat pengundian adalah dipercayai berpunca daripada kesukaran mereka untuk mencipta 'ruang' bagi melakukan penipuan terutamanya proses pengiraan yang kelihatan lebih mudah untuk diselia -sekaligus memberikan kebaikan kepada pihak pro mahasiswa.

wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia, Hafizudin Abireirah pula menyifatkan PRK Imageyang dilaksanakan tidak ubah seperti pemilihan ketua kelas di sekolah dan tadika.

Sementara itu, menurut Koordinator Pendidikan Pengguna dan Masyarakat, Teras Pengupayaan Melayu, Zulzaidi Mahmud pula mahasiswa di kampus kini memerlukan keadilan dilaksanakan di dalam kampus tanpa perlu mengikut sahaja telunjuk pihak pentadbiran universiti.

"Mahasiswa perlu dibebaskan daripada kongkongan pentadbiran universti, bagi melaksanakan idealisme dan keadilan yang dituntut supaya dapat terlaksana sistem demokrasi tulen dalam masyarakat terpelajar.

"Ianya sekaligus menuntut agar perubahan dilakukan dalam sistem pemilihan pemimpin mahasiswa sperti mana yang berlaku dalam politik semasa tanah air pada masa sekarang," tegasnya.

Perhimpunan tersebut turut mengalami kekecohan selepas pihak keselamatan, Imageanggota polis serta sebuah trak kecil anggota simpanan Persekutuan atau FRU bertindak ganas untuk menyuraikan mahasiswa terbabit.

Pegawai Polis berpakaian preman serta pegawai-pegawai KPT pula ligat menjalankan peranan untuk merakamkan setiap aksi dan wajah mahasiswa yang turun menyertai perhimpunan tersebut untuk tujuan dokumentasi dan tindakan susulan selepas ini.

Walau bagaimanapun, ianya dapat dikawal sepenuhnya apabila Pegawai Khas Menteri KPT, Mohd Arif Adenan turun bagi menerima memorandum setebal 20 mukasurat itu.

Ianya disampaikan oleh wakil-wakil mahasiswa yang hadir di lobi bangunan KPT sambil disaksikan menerusi pintu kaca oleh kumpulan mahasiswa daripada luar.

Setelah selesai memorandum tersebut dicop sebagai tanda penerimaan secara rasmi oleh KPT, Mohd Arif menyatakan komitmennya kepada Harakah untuk Imagemenyerahkannya terus kepada menteri KPT, Dato' Seri Khaled Nordin yang kini berada di Johor Bahru.

"Saya akan terus menyampaikannya kepada dato' menteri memandangkan saya mengira hal ini adalah serius apabila mahasiswa datang beramai-ramai ke KPT menuntut hal ini diselesaikan dengan seberapa segera," katanya.

Ditanya mengenai tempoh untuk KPT memberikan maklum balas tersebut, beliau enggan mengulas sebaliknya menasihati mahsiswa agar menumpuhkan perhatian kepada akademik daripada melibatkan diri dengan urusan pemilihan MPP.

Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu negaraku sebelum sidang media oleh Pro Mahasiswa.

Turut disertai Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysiaa (Gamis), Dema,Persatuan Bahasa Tionghua Universiti Putra Malaysia, JKMI, Teras Pengupayaan Melayu dan Imagebeberapa front mahasiswa yang lain.

Tarikh PRK kini menjadi suatu teka-teki apabila ianya hanya digembar-gemburkan oleh media tertentu serta kata-kata tidak rasmi beberapa pimpinan tertinggi pentadbiran beberapa universiti.

Maklumat yang diterima Harakah, bahawa PRK kali ini akan dilaksanakan pada 12 hingga 17 Oktober bagi IPTA Pantai Timur dan Universiti Perguruan Sultan Idris, manakala bagi IPTA yang terletak di Lembah Klang pula akan dilaksanakan pada bulan Januari.

Bantahan terhadap tindakan KPT yang melambatkan tarikh tersebut timbul memandangkan kebanyakan MPP telah dibubarkan setelah ianya telah cukup tempoh 'pemerintahannya' selama setahun daripda tarikh PRK sesi lalu.

Untuk itu, mahasiswa juga meminta KPT melantik Mafrel, Suhakam, SPR dan NGO bagi memantau perjalanan PRK akan datang bagi mengelakkan berlakunya campurtangan selain memastikan perjalanan PRK kali ini berlangsung dalam suasana yang telus dan demokratik
Read More

Hakikat Post Terbaik


Sahabat

Hakikat Media