Ahad, 5 Oktober 2008

AIDILFITRIKU


ASSALAMUALAIKUM…

Meriam buluh mercun papan;

Mainan adik di malam lebaran;

Maaf dipohon atas kekhilafan;

Moga aidilfitri mendapat keberkatan.

SALAM AIDILFITRI…

Sayu terasa diambang Ramadhan, selepas pengumuman raya diucapkan di TV, macam-macam perasaan muncul di benak minda ana. Terkadang ana merasa sangat gembira kerana Syawal kian menjelma. Akan tetapi kegembiraan itu terpadam kerana hati ana bermonolog ‘Adakah aku di ampunkan tuhan? Adakah aku keluar dari madrasah Ramadhan dengan berjaya? Adakah tarbiyah Ramadhan ini akan ku istiqomahkan? Adakah diriku akan ketemu ramadhan akan datang??? ’ persoalan demi persoalan timbul menyebabkan detik-detik terakhir Ramadhan ana lebih sayu berbanding kegembiraan Syawal yang akan menjelang esok pagi.

Laungan takbir memuji ALLAh ditambah dengan Solat Aidilfitri dan khutbah menjadi lambang dan tanda kemenangan selepas sebulan berpuasa. Seperti biasa adatmenziarahi kubur kunjung mengunjungi dan maaf bermaafan menjadi kelaziman di aidilfitri menambah seri dan merapatkan ukhwah diantara diri. Mungkin agak terubat kedukaan hati selepas Ramadhan meniggalkan diri, tetapi keceriaan ana tercalar sedikit selepas melihat rancangan yang di tontonkan di kaca TV. Syawal yang hadir seharusnya meraikan pembebasan dari berpuasa telah bertukar kepada meraikan SYAITAN yang baru dibebaskan dari dibelenggu. Mereka seperti meraikan sahabat-sahabat (syaitan) mereka dengan menyanyi, menari dan berpakaian tidak menutup aurat. Adakah ini Aidilfitri yang kita raikan? Cukup mudah untuk mendapat dosa selepas bersusah payah membersihkannya di bulan Ramadhan. Seharusnya Aidilfitri haruslah diisi dengan cerita memuji kebesaran Ilahi dan cerita serta filem yang lebih Islamic dan terjaga kemuliaan Islam itu sendiri.

Dalam kegelisahan dan kekecewaan diri ini, timbul rasa simpati dan terfikir di dalam diri ‘apa yang kita boleh lakukan untuk menyedarkan masyarakat tentang kemuliaan Islam?’ dalam sibuk berfikir ana masih tidak ketinggalan untuk meraikan Aidilfitri. Aktiviti menziarahi sahabat-sahabat tetap ana laksanakan. Alhamdulillah selepas beraya di kampong ana di Perak ana pulang ke rumah di Puchong dan kemudian bersama dengan sahabat-sahabat beraya di rumah sohabiah kami di negeri Tok Gajah iaitu Pahang. Alhamdulillah keindahan di negeri Pahang menyerikan lagi Aidilfitri ana. Keutuhan ukhwah di antara kami menyebabkan ana terasa sungguh bahagia ukhwah kerana ALLAH. Kegembiraan ana menyebabkan minda, hati dan jiwa berkata ‘ INDAHNYA HIDUP DI DALAM PERJUANG ISLAM ’

Alhamdulillah dengan nikmat yang ALLAH kurniakan kita dipanjangkan umur untuk mengakhiri karnival Ibadah Ramadhan dan nikmat kemenangan di Aidilfitri. Marilah kita sama-sama berdoa agar kita di ketemukan dengan Ramadhan akan datang dan marilah kita berdoa agar kita sentiasa istiqomah dalam perjuangan Islam dan berdoa agar hati-hati mereka yang masih tidak bersama kita ini agar terbuka pintu hati mereka oleh ALLAH S.W.T . Ameen….

0 ulasan:

Hakikat Post Terbaik


Sahabat

Hakikat Media