X-Plorace Bersama Raihan



Kuala Lumpur: Jabatan Sukan dan Kebudayaan, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur telah berjaya menganjurkan sebuah program iaitu X-plorace Bersama Raihan di Taman Metropolitan, Kepong Selangor pada 22 Februari 2009 yang lalu.. Program yang diadakan khas buat julung kalinya oleh Jabatan Sukan dan Kebudayaan, Persatuan Mahasiswa Islam kepada seluruh lapisan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur ini bertujuan memberi peluang kepada mahasiswa untuk bersemuka dan beramah mesra secara lansung dengan kumpulan nasyid tersohor tanah air iaitu kumpulan Raihan. Selain itu ia adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai perjalanan dan diari kehidupan kumpulan Raihan dalam menempuh kehidupan sebagai sebuah kumpulan nasyid yang membawa mesej dakwah kepada semua. Pengalaman mereka ini boleh dijadikan iktibar oleh semua mahasiswa yang hadir dan dijadikan sebagai satu azimat dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa di kampus. Ia juga bertujuan menyemai jalinan Ukhuwah Fillah di antara seluruh mahasiswa Islam dengan Pimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur sesi 09/10.

Program yang bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang ini diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya ialah senam robik dan X-plorace. Seramai 55 orang peserta yang terlibat dalam program ini. Peserta-peserta yang terlibat telah dibahagikan kepada kumpulan masing-masing untuk melalui check point yang telah ditetapkan. Ahli kumpulan Raihan sendiri turut terlibat dalam X-plorace ini sebagai Fasilitator di check point yang tertentu. Sebelum bersurai, semua peserta dan AJK berpeluang untuk bersoal jawab dan mengambil autograf dengan kumpulan Raihan.Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Saudara Mazuwan Bin Mat Kasim selaku pengarah program X-plorace Bersama Raihan dan turut diserikan lagi dengan kehadiran Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur sesi 09/10 iaitu saudara Mohd Syafiq Bin Ghazali.
Read More

Wajib ke???

salam ukhwah,salam mahabbah

'Anda semua diwajibkan untuk memakai baju kemas setiap hari Isnin' ini adalah dialog untuk smartday di kampus UTM. Hmm bunyi macam ngerikan? Tapi kenapa ye ade orang tak pakai? Hari Khamis lepas saya telah mengahantar mesej yang tak la kejam sangat..just mewajibkan semua pimpinan tahun3 untuk mendapat pointer 3.0 keatas bagi sem akhir ni. Alhamdulillah niat murni di sambut dengan baik oleh semua pihak. Akan tetapi tiba-tiba ada beberapa muslimat yang 'reply' mesej dan bagi 'respon' atas penggunaan perkataan wajib dalam mesej tu. Mereka mempersoalkan kenapa wajib?tidak ke nanti menjadi masalah lari niat dari belajar kerana Allah kepada lepas 3.0pointer sebab lujnah kebajikan suruh. Hmm... teguran membina dan niat untuk menegur itu baik tetapi lantaran mesej yang diterima itu saya jadi tidak senang duduk. tiba-tiba takde mood nak study.Jumaat ade test.tapi mesej tadi tidak saya 'reply' terus.Ini kerana saya ingin mengambil inisiatif untuk terangkan dalam blog agar semua yang mendapat mesej saya faham kenapa perkataan wajib digunakan.

WAJIB ALLAH, WAJIB INSAN
Terdapat perbezaan diantara apa yang diwajibkan oleh Allah dengan apa yang diwajibkan oleh insan. Allah telah mewajibkan untuk insan melaksanakan solat lima waktu sehari, seandainya tidak dilaksanakan maka jatuh hukum berdosa, selepas itu Rasullullah S.A.W pula meletakkan hukum sunat untuk melakukan solat-solat lain seperti sunat tahajjud,sunat hajat dll.Hukum bagi perlaksanaan ini mendapat pahala jika tidak dilaksanakan maka tidaklah mendapat dosa.Berlainan pula dengan kewajiban yang insan biasa lafazkan. Ianya lebih bermaksud penting atau sangat digalakkan. Contoh saya berikan pada permulaan penulisan tadi. Jadi disini saya lebih gemar menulis perkataan 'WAJIB'untuk menyatakan kepada semua pimpinan yang kita semua sangat digalakkan, sangat dituntut dan sangat-sangat penting untuk mendapatkan pointer 3.0 keatas bagi sem akhir ini. Saya rasa agak tidak releven untuk mengunakan perkataan sunat.Salah satu faktornya ialah memang tidak digunakan perkataan itu oleh insan biasa bagi menyatakan perkara yang sangat dituntut. Suka untuk saya nyatakan bahawa tidak jatuh hukum dosa dan tidaklah dikenakan hukuman bagi mereka yang tidak berjaya untuk mendapatkan pointer 3.0 keatas bagi sem akhir ini. Jadi disini saya mengucapkan terima kasih kepada sahabiah yang prihatin tersebut dan saya ingin meminta maaf seandaikata saya menguris hati sesiapa yang membaca blog ini. Teruskan memberi komen membina.

SYUKRAN JAZILAN WA MARHABAN BIKUM.....
Read More

12/02 vs 14/02

Salam Ukhwah, Salam Jihad Salam Mujahadah..
Bulan februari ini banyak peristiwa menarik yang belaku dalam kehidupan kita. Dalam kita seronok menghitung hari bahagia terkadang kita lupa peristiwa hitam dalam bulan ini. Hari ini penulisan saya berkisarkan 2 tarikh keramat. Seandainya ada kekurangan sila komen ye!

St.Valentine Dalam Kenangan
Acapkali bila sampai bulan Februari,pasti hangat dibincangkan tentang pemergian St.Valentine. Malahan ramai yang menyambut hari kematiannya sempena hari kekasih. Maka tepat pada tarikh 14/02 setiap tahun berbondong-bondong pasangan kekasih keluar bermadu asmara, bertukar bunga dan hadiah, menempah restoran-restoran mahal dan tidak tertinggal hotel-hotel turut penuh tanpa kosong pada hari tersebut. Bulan menjadi saksi pesta seks yang dilakukan pada malam itu. Maka bagi membendung gejala itu banyak ceramah-ceramah, blog-blog, surat khabar dan risalah dikeluarkan bagi menceritakan peristiwa di sebalik 14/02 ini. Akan tetapi sejauh mana keberkesanannya? Mungkin blog lain ada jawapannya. Pada penulisan kali ini, saya lari sedikit dari kejelikan "Hari Kekasih" ini. Bukan tidak penting, tetapi ada isu tenggelam yang ingin diimbau bersama.


Siapa Dia???
Dilahirkan pada 14 Ogos 1906 di Mesir,insan ini yang berusaha menghimpunkan zikir-zikir Rasullullah S.A.W dan dibukukan dan dibaca oleh kita setiap selepas solat subuh dan asar, insan ini antara pengasas dan merupakan Mursyidul Am pertama Ikhwan Muslimin dan insan ini juga merupakan mujaddid abad ke 20. Insan yang dimaksudkan ialah As-syahid Iman Hasan al-Bana. Beliau merupakan insan yang dipilih oleh Allah bagi menghidupkan sistem khilafah yang sudah hilang. Tetapi sejauh mana insan ini di ingati? Jika ditanya kepada 10 orang remaja zaman sekarang tentang as-syahid hasan al-bana, hampir pasti hanya 2 orang sahaja yang mengenali beliau. Cerita tentang beliau telah cuba ditutup oleh kaum kafir dan yahudi laknatullah. Maka tidak hairanlah jika hari ini orang tidak mengetahui sejarah hitam perginya insan agung ini. Pada waktu Zohor bertarikh 12/02/1949 beliau telah ditembak oleh SB kerajan Mesir di bawah pemerintahan Raja Farouk selepas keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin, tetapi syahidnya beliau bukan disitu, beliau dibawa ke hospital dan di sanalah beliau dibunuh dan telah syahid untuk bertemu Allah. Solat jenazah beliau hanya di imamkan oleh bapanya dan bermakmumkan anaknya kerana rumah beliau dikawal ketat oleh tentera Mesir dan tiada seorang pun dibenarkan untuk menziarahi rumah beliau. Pusaranya telah disembunyikan dan tidak diketahui dimana terletaknya sehingga kini.

Antara 12/02 dan 14/02
Antara 2 tarikh keramat ini, kedua-duanya membawa makna penting bagi umat Islam dan bagi penentang Islam. Tarikh 12/02 golongan menentang Islam ini bersukara ria, bergelak ketawa kerana perginya seorang peniup dan pembakar semangat Islam dan pada tarikh 14/02 mereka juga berpesta ria menyambut kemenangan tentera Salib yang menewaskan Islam. Sejauh mana caknanya kita? Dimana jiwa-jiwa pejuang Islam? Kenapa kita mampu berdiam diri ketika batil menentang haq? Marilah bersama-sama kita hidupkan 12/02 dengan azam dan matlamat untuk menegakkan Islam selaras dengan gagasan yang di bawa oleh as-syahid hasan al-bana yang ingin menghidupkan Daulah Islamiah ini semula. Ingatlah bahawa kita merupakan penyambung mata-mata rantai dan kita jua adalah pejuang agama Allah. Disamping itu marilah kita bersama-sama memberi kesedaran tentang agenda yang dibawa oleh kufar pada 14/02 yang ingin melalaikan seluruh umat Islam. Agenda yang merosakkan akhlak dan memesongkan aqidah. Ayuh!!! Marilah kita memberi amaran keras kepada mereka bahawa tentera Muhammad yang membawa panji-panji Islam sudah kembali dan marilah mengingatkan bahawa janji-janji Allah pasti benar... TAKBIR!!!

10 Wasiat As-Syahid Hasan Al-Bana
1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
Read More

Bersara oh Mantan

Salam Ziarah, salam perjuangan dan salam perpaduan..
Akhirnya setelah habis setahun memegang tampuk pimpinan, pada tarikh 07/02/09 bersaralah saya selaku ketua lujnah kebajikan PMIUTMKL bagi sesi 07/08.Dah jadi mantan lah kiranya saya ni...Alhamdulillah sepanjang memegang pimpinan banyak yang saya pelajari dan banyak yang boleh dijadikan pengalaman berharga dalam kehidupan. Kepada semua mantan pimpinan TAHNIAH di ucapkan kerana telah berjaya menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan oleh ALLAh dengan sebaik mungkin. Bagi pimpinan baru PMIUTMKL takziah dan tahniah saya ucapkan. Semoga Islam lebih menyinar di bumi UTM dengan kepimpinan yang antum bawa. Banyak yang perlu antum belajar dan kaji, bagi pimpinan kami saya berharap inilah masa untuk kita bermuhasabah diri sejauh mana kita berjaya mencapai visi dan misi PMI pada kepimipinan kami. Janagn ditinggal adik kita terkapai-kapai, bantulah mereka dalam urusan Islam ini. Bagi pimpinan yang baru, 1teguran ikhlas dari saya ialah teruskan berusaha menegakkan syiar Islam dan jangan cepat berputus asa serta janganlah malu untuk bertanya.
Moga ALLAH merahamati kita semua.Ameen

"Jangan Ditanya Apa Yang Orang Lakukan Tetapi Tanya Pada Diri Apa Yang Kita Lakukan"
Read More

Hakikat Post Terbaik


Sahabat

Hakikat Media