12/02 vs 14/02
Salam Ukhwah, Salam Jihad Salam Mujahadah..Bulan februari ini banyak peristiwa menarik yang belaku dalam kehidupan kita. Dalam kita seronok menghitung hari bahagia terkadang kita lupa peristiwa hitam dalam bulan ini. Hari ini penulisan saya berkisarkan 2 tarikh keramat. Seandainya ada kekurangan sila komen ye!
St.Valentine Dalam Kenangan
Acapkali bila sampai bulan Februari,pasti hangat dibincangkan tentang pemergian St.Valentine. Malahan ramai yang menyambut hari kematiannya sempena hari kekasih. Maka tepat pada tarikh 14/02 setiap tahun berbondong-bondong pasangan kekasih keluar bermadu asmara, bertukar bunga dan hadiah, menempah restoran-restoran mahal dan tidak tertinggal hotel-hotel turut penuh tanpa kosong pada hari tersebut. Bulan menjadi saksi pesta seks yang dilakukan pada malam itu. Maka bagi membendung gejala itu banyak ceramah-ceramah, blog-blog, surat khabar dan risalah dikeluarkan bagi menceritakan peristiwa di sebalik 14/02 ini. Akan tetapi sejauh mana keberkesanannya? Mungkin blog lain ada jawapannya. Pada penulisan kali ini, saya lari sedikit dari kejelikan "Hari Kekasih" ini. Bukan tidak penting, tetapi ada isu tenggelam yang ingin diimbau bersama.
Siapa Dia???
Dilahirkan pada 14 Ogos 1906 di Mesir,insan ini yang berusaha menghimpunkan zikir-zikir Rasullullah S.A.W dan dibukukan dan dibaca oleh kita setiap selepas solat subuh dan asar, insan ini antara pengasas dan merupakan Mursyidul Am pertama Ikhwan Muslimin dan insan ini juga merupakan mujaddid abad ke 20. Insan yang dimaksudkan ialah As-syahid Iman Hasan al-Bana. Beliau merupakan insan yang dipilih oleh Allah bagi menghidupkan sistem khilafah yang sudah hilang. Tetapi sejauh mana insan ini di ingati? Jika ditanya kepada 10 orang remaja zaman sekarang tentang as-syahid hasan al-bana, hampir pasti hanya 2 orang sahaja yang mengenali beliau. Cerita tentang beliau telah cuba ditutup oleh kaum kafir dan yahudi laknatullah. Maka tidak hairanlah jika hari ini orang tidak mengetahui sejarah hitam perginya insan agung ini. Pada waktu Zohor bertarikh 12/02/1949 beliau telah ditembak oleh SB kerajan Mesir di bawah pemerintahan Raja Farouk selepas keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin, tetapi syahidnya beliau bukan disitu, beliau dibawa ke hospital dan di sanalah beliau dibunuh dan telah syahid untuk bertemu Allah. Solat jenazah beliau hanya di imamkan oleh bapanya dan bermakmumkan anaknya kerana rumah beliau dikawal ketat oleh tentera Mesir dan tiada seorang pun dibenarkan untuk menziarahi rumah beliau. Pusaranya telah disembunyikan dan tidak diketahui dimana terletaknya sehingga kini.
Antara 12/02 dan 14/02
Antara 2 tarikh keramat ini, kedua-duanya membawa makna penting bagi umat Islam dan bagi penentang Islam. Tarikh 12/02 golongan menentang Islam ini bersukara ria, bergelak ketawa kerana perginya seorang peniup dan pembakar semangat Islam dan pada tarikh 14/02 mereka juga berpesta ria menyambut kemenangan tentera Salib yang menewaskan Islam. Sejauh mana caknanya kita? Dimana jiwa-jiwa pejuang Islam? Kenapa kita mampu berdiam diri ketika batil menentang haq? Marilah bersama-sama kita hidupkan 12/02 dengan azam dan matlamat untuk menegakkan Islam selaras dengan gagasan yang di bawa oleh as-syahid hasan al-bana yang ingin menghidupkan Daulah Islamiah ini semula. Ingatlah bahawa kita merupakan penyambung mata-mata rantai dan kita jua adalah pejuang agama Allah. Disamping itu marilah kita bersama-sama memberi kesedaran tentang agenda yang dibawa oleh kufar pada 14/02 yang ingin melalaikan seluruh umat Islam. Agenda yang merosakkan akhlak dan memesongkan aqidah. Ayuh!!! Marilah kita memberi amaran keras kepada mereka bahawa tentera Muhammad yang membawa panji-panji Islam sudah kembali dan marilah mengingatkan bahawa janji-janji Allah pasti benar... TAKBIR!!!
10 Wasiat As-Syahid Hasan Al-Bana
1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
0 ulasan:
Catat Ulasan