Jumaat, 6 Mac 2009

Usrah Memperingati Rasullullah S.A.W


Salam Ziarah..Salam Ukhwah ..Salam Mahabbah

“Kat cafe???” Terperanjat adik IGG saya ketika saya beritakan tentang perjumpaan usrah kami. Beliau adalah adik usrah yang baru saya ajak menyertai usrah saya. Selepas saya menceritakan bahawa usrah ini bukan di surau sahaja, kami pernah juga buat usrah di Tasik Titiwangsa dan jamuan usrah terakhir di Pizza Hut, adik tadi bertambah terperanjat. Selepas itu dia datang menyertai usrah kami di café pada hari Khamis yang lepas. Alhamdulillah tugasan yang saya berikan kepada mereka untuk mengkaji perang-perang di zaman Rasullullah berjaya disiapkan dengan baik oleh semua ahli usrah termasuk adik tadi. Pada malam itu kami bincangkan tentang perang Badar,Uhud,Mutah,Tabuk,Hunain dan perang Jamal.. Perbincangan yang pada kiraan saya memberi kesan kepada hati kami semua apabila menyusuri perjuangan Rasulullah S.A.W dan para sahabat dalam memperjuangkan Islam.

Kenapa ye pilih peperangan Rasullullah? Sebenarnya kita ni kurang maklum tentang perjuangan Rasullullah S.A.W. Ini memang terbukti apabila usai usrah kami adik-adik ini menyatakan sangat kagum dengan topik usrah pada hari itu. Banyak input baru yang kami dapat. Ok sekarang mari kita kaji sedikit siapa itu baginda. Hanya sedikit pengkajian kerana banyak juga blog menceritakan tentang baginda dengan lebih mendalam.Seperti yang kita sedia maklum tarikh 12 Rabiulawal adalah tarikh keramat yang mana tarikh bersejarah ini lahirlah seorang junjungan yang memberi rahmat ke seluruh dunia. Baginda ialah Nabi Muhammad S.A.W nabi untuk umat akhir zaman ini. Sejauh mana kenalnya kita kepada baginda? Adakah cukup hanya kita tahu lahir baginda,ayah,ibu,tempat lahir dan riwayat umur baginda? Hmm..tetapi jangan cakap sirah nabawi, soalan asas yang tadi pun kalau kita tanya kepada remaja diluar sana pasti ada yang tidak tahu nak jawab. Sungguh besar kesan perlaksanaan Maulud Nabi ni disambut. Akan tetapi ada juga golongan yang menentang perkara ini,dengan menganggap ianya bid’ah maka mereka menghukum penyambut Maulud nabi ini sebagai ahli neraka! Pada pandangan saya ianya hanyalah bid’ah hasanah yang paling bagus dilaksanakan dan bukan neraka tempatnya bagi penyambutnya. Kesan yang paling besar ialah, pada maulidurrasul inilah orang banyak berselawat ke atas nabi dan pada hari ini juga ramai golongan remaja mula ingat semula siapa Rasullullah S.A.W. Hakikat Ketelusannnya ialah sejauh mana kita kenal Rasullullah baik dari segi peribadi baginda, prinsip hidup,peperangan malah seluruh aspek mengenai Baginda. Semoga kita akan mendapat syafaat baginda di akhirat kelak!.

0 ulasan:

Hakikat Post Terbaik


Sahabat

Hakikat Media