Syaban Berlabuh Ramadhan Menyingsing
Salam Ziarah Salam ukhwah
Sedar tak sedar bulan syaban akan meninggalkan kita. Syaban yang merupakan bulan dimana banyak fadhilat, bulan yang mana Rasulullah S.A.W banyak berpuasa sunat, bulan dimana perang Badar terakhir berlaku, dan bulan yang terdapat ‘nisfu syaban’ yang berkat. Kini Syaban kian berlabuh, Ramadhan kian menyingsing. Ramadhan bulan mulia yang penuh dengan barokah ini adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh hamba Allah S.W.T. Puasa bulan Ramadhan mula diwajibkan pada tahun ke-2 Hijrah. Ayat yang memerintah umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan iaitu firman Allah S.W.T :
Terjemahannya : “Hai orang-orang yang beriman diwajbkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa, (iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu) : memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan bulan yang didalamnya diturunkan Al Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dan yang batil). Kerana itu, barang siapa diantara kalian hadir (dinegeri tempat tinggalnya) dibulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka) maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain”. (Al Baqarah : 183 – 185)
Maka jelaslah bahawa puasa di bulan Ramadhan itu adalah satu kewajiban malahan telah dipasak sebagai salah satu dari rukun Islam. Jika tiada alasan yang munasabah maka adalah berdosa jika kita tidak berpuasa. Bagi mereka yang mempunyai rukhsah da n wanita maka boleh lah dia tidak berpuasa tetapi wajib di qado pada selepasnya. Banyak amalan yang boleh dilakukan ketika berada di bulan ini. Antaranya ialah solat tarawikh, solat sunat, berzikir, bertadarus, bertukar juadah berbuka, iftar, bersedekah dan banyak lagi. Terdapat banyak juga fadhilat dalam bulan ini. Yang paling besar sekali adalah malam Lailatul Qadar. Malam yang dikatakan amalan diterima amalan seperti malam seribu bulan, malam di mana Al-Quran diturunkan. Terdapat banyak lagi fadhilat bulan Ramadhan ini, tetapi AWAS!!! Hati-hati dengan hadith-hadith palsu yang menceritakan tentang fadhilat di bulan Ramadhan.
Semoga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu di bulan Ramadhan akan datang dan semoga kita dapat beramal sebanyak-banyaknya di bulan ini ketika umur masih ada. Semoga ianya istiqomah dan tidak terhenti di kala Ramadhan sahaja. Amin…
1 ulasan:
salam...cik farhan...
11 Ogos 2009 pada 6:29 PTGcepatnyer dah update blog.. walaupun ayatnyer simple tapi isinya padat..huhu... cumenyer chomey buat perenggan...
takut xsempat...selamat menyambut bulan ramadhan xlame lagi...
allahu yubarik fik...
~komen akak as pembacer =)~
Catat Ulasan