Jumaat, 15 Januari 2010

Kita Adalah Murabbitun


Assalamu'alaikum ya ustaz...
Ucapan yang di lontakan oleh ketua tingkatan,disusuli sahabat-sahabat kelasnya yang lain sebaik sahaja saya masuk ke kelas. Selepas bacaan doa, semua pelajar pun duduk. Kemudian sesi pengajaran dan pembelajaran bermula. Kini ianya menjadi rutin harian saya dari hari Isnin sehingga Jumaat. Minggu ini adalah minggu kedua saya di Sekolah Menengah Islam Puchong (SMIP) Minggu pertama saya mula mengajar kerana minggu lepas hanya sesi ta'aruf. Alhamdulillah Allah campakkan saya untuk berkhidmat di SMIP ini. Bukan sekadar dapat mengajar dan membimbing malahan saya juga dapat belajar banyak perkara.Saya kini di taklifkan untuk mengajar mata pelajaran sejarah dan kemahiran hidup bersepadu(khb)di SMIP ini. Alhamdulillah walaupun baru seminggu hubungan ustza dan ustazah lain serta pelajar-pelajar sangat memberangsangkan. Hubungan saya dengan pelajar semakin baik kerana hampir kesemua kelas saya masuk.

Sahabt-sahabat yang dirahmati Allah,
Kita ini ibarat benih, dicampak di lautan menjadi pulau yang besar, dicampak di daratan menjadi pohon yang merimbun dengan daun dan buah serta melindungi dan memberi sokongan kepada tumbuhan lain. Alhamdulillah Allah menjadikan kita hidup menjadi seorang manusia yang sempurna, umat nabi Muhammad dan yang paling penting dicampakkan keimanan dan Islam di dalam jiwa dan diri kita. Bersyukurlah kita atas pemberianNya kepada kita. Saya hanya ingin menekankan kita haruslah menjadi golongan-golongan MUROBBITUN. Jangan hanya meletakkan tugas kepada orang lain. Jangan hanya bersikap sambil lewa dalam urusan manusia lain apatah lagi dalam urusan-urusan Islam. Janganlah di tinggalkan mad'u-mad'u kita. Bangkitlah menjadi golongan MUROBBITUN, mengajar dan mendidik serta membimbing. Bukan sekadar nasihat lalu dibiarkan sahaja. Kita semua adalah satu badan, andai tangan kiri sakit, tangan kanan turun terasa. Maka sama-sama bantu sahabat dan mad'u kita.

Saya bercakap bukan kerana saya baru menjadi guru, tetapi saya bercakap atas dasar kita ini Islam. Bagi mereka yang mendapat taklifan di kampus sebagai pimpinan PMI, maka bantulah mad'u kita. Adakan program dan aktiviti samada besar mahupun kecil. Yang penting terkesan didalam hati. Usrah jangan kita tinggalkan. Adakan usrah, tanamkan dalam diri untuk jadi naqib, jika tidak pun kerapkanlah datang usrah. Usrah adalah medan terbaik untuk melatih diri menjadi murabbi. Bukan hanya pimpinan sahaja harus merasakan diri ini murabbi tetapi ahli malahan kita semua ummat Islam haruslah merakan diri ini adalah murabbi. (Ingat Allah berfirman dalam surah Al-Imran ayat 110)

Sekadar ini dulu penulisan kali ini. Semoga kita dirahmati Allah dan iberi kekuatan oleh Allah S.W.T. Syukran Jazilan Wa Asiff Jiddan


2 ulasan:

Ummi Mujahidah berkata...

salam ustaz, tahniah dpt peluang mengajar. em sejarah dan kh? mantap. jarang cikgu sejarah atau kh dpgl ustaz. ni mst sbb anak2 murid tu tgk janggut ustaz. sbb tu pgl ustaz. :-) ok, selamat mengajar..

blog pun brbh wajah? tp still hijau tu..

17 Januari 2010 pada 1:34 PG
pencinta ilmu berkata...

salam..teruskan mendidik & mentarbiah anak bangsa..INDAH HIDUP PADA MEMBERI..=)

27 Januari 2010 pada 1:15 PG

Hakikat Post Terbaik


Sahabat

Hakikat Media