ORKED: Terima Kasih Mahasiswa Malaysia
Salam Ukhawah, Salam Ziarah, Salam Mahabbah, Salam Maal Hijrah
Alhamdulillah, hampir sebulan tidak update blog, akhirnya Allah kurniakan masa untuk update. Penulisan pertama pada tahun baru hijrah dan masihi. Untuk perkembangan terbaru saya, InsyaAllah saya akan mula bertugas sebagi seorang guru di Sekolah Menengah Islam Puchong (SMIP) bermula 04/01/2010. Penulisan kali ini, saya ingin fokuskan tentang gerakan mahasiswa yang turun ke masayarakat untuk xpdc dakwah tahun baru 2010. Atas dasar kasih sayang dan keprihatinan, hampir 800 mahasiswa turun membanjiri dataran merdeka bagi menyertai Operasi Kehadiran Dirasai(ORKED) anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS). Operasi bermula di Masjid Jamek dengan bacaan Yaasin dan Solat Hajat ke atas air yang akan di berikan kepada mad'u.
Kemudian semua mahasiswa berkumpul di luar perkarangan masjid untuk taklimat program dan keselamtan. Pembahagian kumpulan dan cara berhadapan mad'u di beri, kemudian operasi bermula. Sesaknya di Dataran Merdeka mengalahkan sardin di dalam tin. Dengan ragam manusia yang pelbagai, cukup membuatkan saya simpati dan muhasabah diri kembali. Mengapa meraka jadi begitu? Siapa yang perlu disalahkan? Di mana saya ketika mad'u ini perlukan pembimbing? Bermacam-macam direnung di dalam benak minda dan hati saya. Kemuncak ORKED ini apabila semua mahasiswa berkumpul di tengah padang dataran merdeka dan mengadakan ucapan umum secara terbuka. Ucapan yang disampaikan oleh Presiden GAMIS ustaz Idris serta pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ustaz Shazni Munir menaikan semangat dan membuka minda mahasiswa untuk berfikir tentang cara sambutan tahun baru yang sebenar, bagaimana keadaan Malaysia dan apa harapan mahasiswa untuk Malaysia pada tahun baru ini. Pengakhiran operasi ini dengan bacaan doa serta laungan takbir dan STUDENT-POWER.
Fenomena mahasiswa turun ke masyarakat pada awal tahun baru ini bukan berlaku di Lembah Kelang sahaja, malahan hampir di seluruh Malaysia. GAMIS Borneo juga turun ke masyarakat di Labuan atas dasar yang sama untuk menyedarkan dan membimbing generasi ke arah lebih baik. Perkara yang sama turut berlaku di negeri-negeri lain seperti di Perak juga Kedah. Dalam kesempatan ini, saya selaku Majlis Dakwah dan Kebajikan GAMIS mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh mahasiswa tidak kira dari mana kampus dan negeri yang menjayakan ORKED operasi kembara dakwah GAMIS baik di peringkat pusat mahupun negerii. Semoga segala usaha kita dirahmati Allah dan semoga kita lebih komited,thabat dan istiqomah di dalam perjuangan menegakkan agama Allah.
SYUKRAN JAZILAN

0 ulasan:
Catat Ulasan