Judi Amalan Mulia
Judi itu Amalan Mulia Tanggungjawab Bersama.Agaknya itu ayat yang paling sesuai saya gunakan untuk menggambarkan apa yang dikatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan Malaysia Yang Berhormat Awang Adek berkenaan kebenaran Malaysia memberi lesen judi sempena perlawanan bola sepak piala dunia FIFA 2010.Lesen yang diberikan kepada Vincent Tan itu telah membuktikan dan mengukuhkan lagi kenyataan saya tadi bahawa Yb.Awang Adek membenarkan malah mengajak serta mengajar orang bahawa judi itu dibenarkan. Sememangnya beliau tidak menyatakan bahawa boleh berjudi tetapi apabila beliau memberi lesan judi kepada Vincent Tan maka tidak ada bezanya dengan menghalalkan judi tersebut. Kenyataan Awang Adek yang menyatakan bahawa dengan memberi lesen judi ini kepada syarikat BERJAYA di bawah Vincent Tan adalah untuk mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.Alasan yang tidak bernas.
Sejak bila judi itu halal?
Siapa yang menghalalkan judi?
Judi itu sememangnya haram dan tidak ada kebaikannya. Seperti mana firman Allah S.W.T surat Al-Maidah ayat 90 - 91 yang bermaksud:
“Hai orang-orang mukmin! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam adalah keji berasal dari perbuatan syaitan; oleh krn itu jauhilah supaya kamu beruntung. Sesungguhnya syaitan hanya bermaksud akan menjatuhkan kamu dalam permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan solat; oleh krn itu apakah kamu mahu berhenti?”
Adakah dengan pemberian lesen judi masalah ini selesai?
Hakikatnya jika judi yang dihalalkan oleh kerajaan ini tetap dilaksanakan, ianya tidak memberi kesan positif malahan semakin banyak kesan negatif. Dengan kebenaran judi ini boleh meningkakan peratus masyarakat untuk berjudi. Selain dari itu, penghalalan judi ini juga tidak mampu menyekat pertaruhan haram dan perjudian di negara kerana hanya 1 syarikat sahaja yang diberi lesen mengundi. Pasti lagi banya syarikat dan individu yang gemar mencari duit secara haram ini ingin meminta kerajaan memberi lesen berjudi kepada mereka juga. Tambahan lagi,mungkin kini adalah permulaan untuk menghalalkan judi, mungkin esok atau lusa pelacuran juaga boleh dihalalkan.
Tambah Awang Adek lagi jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini. MasyaAllah!!!
Ini bermakna harta perbendaharaan sukan negara yang digunakan untuk membangunkan sukan dinegara datangnya dari sumber yang haram. Dimana berkatnya sukan kita? Kita mengharap Allah memberi kemenangan buat atlit-atlit kita sedangkan segalanya aspek sukan itu tidak diredhai Allah S.W.T.
Harapnya kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Najib Tun Razak menarik kembali dan memberhentikan hasrat memberi kebenaran lesen judi ini. Jangan terus biarkan negara dan rakyat Malaysia ini dimurkai Allah kerana memghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah S.W.T. Saya juga meminta agar Mufti-mufti dan NGO-NGO serta semua parti politik bersatu untuk isu judi ini. Yang haram tetap haram, jangan biarkan judi ini terus dijadikan amalan mulia rakyat Malaysia yang dipertanggungjawab bersama bagi menjayakan judi yang halal.
0 ulasan:
Catat Ulasan