Sabtu, 12 Jun 2010

Monolog Diri,Dialog Harian



MANUSIA: EH, DAH SUBUH DAH???

Malaikat: Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...

Syaitan: Alahhhhh, kejap lah, ngantuk nih...

Manusia: Nak makan, laparlah

Malaikat: Wahai anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...

Syaitan: Ahhh, tak payahlah... Dah lapar nih

Manusia: Hari ini nak pakai apa yeak?

Malaikat: Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat...

Syaitan: Ehhh, panas lah, lagi pun tak ada style langsung....

Manusia: Alamak, dah lewat!

Malaikat: Bersegeralah, wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah

Syaitan: Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi.... Baru pukul 8.30am

Manusia: Azan sudah kedengaran...

Malaikat: Wahai anak Adam, bersegeralah...

Syaitan: Baru pukul berapa....

Manusia: Eh, eh... Tak boleh tengok nih, berdosa...

Malaikat: Wahai anak Adam, alihkanlah pandangan mu, sesungguhnya Allah Maha Melihat...

Syaitan: Pergghhhh.... best tu....

Manusia: Saudara ku sedang melakukan dosa...

Malaikat: Wahai anak Adam, cegahlah ia...

Syaitan: Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang...

Manusia: Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain

Malaikat: Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu...

Syaitan: Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah...

Manusia: Aku telah berdosa...

Malaikat: Wahai anak Adam, kamu telah berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun...

Syaitan: Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)...

Manusia: Kalau pergi, mesti seronok...

Malaikat: Wahai anak Adam, kaki mu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu...

Syaitan: Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...

Malaikat: Wahai anak Adam, taatilah Allah dan Rasulnya, kebahagiaan di dunia dan akhirat untuk mu...
Syaitan: Hey anak Adam, Ikutilah aku, kebahagiaan di dunia(sahaja) dan kebahagiaan di akhirat(jangan mimpilah) untuk mu...

Manusia: Dah bulan rejab ni...

Malaikat: Wahai anak Adam,perbanyakkan puasa dan amal soleh...

Syaitan: Tahun depan ade lagi Rejab. Enjoy la dulu...

Sahabat-sahabat
Bulan Rejab sudah tiba. Marilah kita perbanyakan amal soleh dan puasa sunat serta janganlah kita tewas dengan pujuk rayu dan godaan syaitan. Semoga kehadiran Rejab membawa persediaan untuk menghadapi bulan tarbiyyah yakni bulan Ramadhan yang di nanti-nanti.

0 ulasan:

Hakikat Post Terbaik


Sahabat

Hakikat Media