Sikap Yang Memalukan Negara
Assalamu'alaikum..Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kita rafakkan kepada Allah S.W.T tuhan yang menciptakan kita dan melengkapi semua hidup kita, Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W atas usaha Baginda S.A.W dapat kita kenal dan faham tentang Islam. InsyaAllah penulisan kali ini saya ingin bawakan gambar kepada semua sahabat2 berkenaan dengan sikap segelintir masyarakat dunia.
JEPUN
TOKYO- Beberapa penduduk Jepun menyerahkan kepada pihak berkuasa wang tunai yang ditemui mereka berjumlah £50 juta (RM246.41 juta), lapor sebuah akbar semalam. Wang itu ditemui oleh beberapa penduduk selepas gempa bumi dan tsunami melanda timur laut negara itu pada 11 Mac lalu. Sifat jujur rakyat Jepun itu didedahkan oleh media Britain.
Lebih 5,700 peti simpanan yang terdampar di pesisiran pantai telah diserahkan ke balai-balai polis oleh sukarelawan dan petugas penyelamat. Di dalam peti-peti berkenaan, polis menemui sekitar £20 juta (RM98.49 juta) dalam bentuk wang tunai.
Polis juga menemui wang tunai berjumlah £600,000 (RM2.95 juta) dalam sebuah peti simpanan tersebut. Menurut polis, hampir semua wang tunai yang ditemui di kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas akibat tsunami itu telah dipulangkan kepada pemilknya. Ramai yang menyimpan buku akaun dan dokumen hak tanah bersama nama serta alamat mereka dalam peti simpanan tersebut. - Agensi
ENGLAND
Sejumlah golongan muda didakwa di mahkamah-mahkamah di Britain ekoran kes kecurian yang berleluasa dibeberapa bandar utama di negara itu dilanda rusuhan baru- baru ini.
Ulasan
Di Jepun, rakyatnya begitu jujur sekali. Sanggup berbaris memulangkan duit yg dijumpai masa Tsunami lepas..
Di London, pesalah yg mencuri di premis² telah diheret ke mahkamah utk didakwa..
Tapi di Malaysia....apa pandangan sahabat2?
MALAYSIA
2 Kes kemalangan yang berbeza melibatkan lori beras dan lori wang syiling
PELIK, mengapa apabila lori yang membawa khinzir ini terbalik, tidak ada seorang pun yang kutip???
Bukankah ketiga-tiga situasi di Malaysia itu HARAM hukumnya. kita lihatlah bagaimana segelintir dari rakyat yang ada juga diantaranya Islam akan tetapi mengambil sesuatu yang bukan haknya.Beras dan duit syiling itu haram untuk di ambil kerana ianya bukan miliknya. Mengapa ada yang Islam boleh tertewas dengan pujukan syaitan untuk mengambil sesuatu yang bukan haknya? Mengapa kita tidak menjadi seperti rakyat Jepun yang walaupun mereka beragama shinto dan ada sebahagian yang beragama Islam sangat beretika dan berakhlak mulia. Sanggup beratur demi kejujuran yang mereka hadami...
Fikir-fikirkan dan renung-renungkan
1 ulasan:
org Jepun diajar hidup dngn bermaruah, org Malaysia hidup dalam scarcity, org london yg jahat tu semua pendatang, wallahuallam la..
27 Oktober 2011 pada 12:22 PGCatat Ulasan