Selasa, 25 Oktober 2011

Muhasabah Diri Untuk HIMPUN


Assalamu'alaikum sahabat2..
Alhamdulillah dapat peluang menulis lagi. Baru ini kita sibuk dengar berkenaan HIMPUN. Ada yang kata kita harus pergi bagi menyokong, ada juga yang kata kita WAJIB pergi sebab kita ni pertahankan ISLAM, tapi ada juga yang cakap tak payah pergi sebab tidak mendatangkan faedah pun. Saya lebih suka ambil di pertengahan. Pergi dengan bermotif.. Apa tujuan HIMPUN itu di adakan penting buat saya. Bukan isu politik tapi isu aqidah ummah.

Persoalannya

Aqidah memainkan peranan penting bagi umat Islam.Secara bahasa, ‘aqidah berasal dari kata al ‘aqdu. Ertinya: mengikat, memutuskan, menguatkan, mengokohkan, keyakinan dan kepastian. Secara istilah, ‘aqidah memiliki makna umum dan khusus.

Makna ‘aqidah secara umum adalah, keyakinan kuat yang tidak ada keraguan bagi orang yang meyakininya, baik keyakinan itu haq maupun batik. Sedangkan ‘aqidah dengan makna khusus adalah, ‘aqidah Islam, iaitu: pokok-pokok agama dan hukum-hukumnya, yang berupa keimanan kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para nabi-Nya, hari akhirat, serta beriman kepada takdir yang baik dan yang buruk serta perkara lainnya yang diberitakan oleh Allah dalam al Quran dan oleh Rasul-Nya di dalam hadits-hadits yang sahih. Termasuk aqidah Islam, iaitu kewajiban-kewajiban agama dan hukum-hukumnya yang pasti. Semuanya itu wajib diyakini dengan tanpa keraguan.

Persoalan yang ingin saya bangkitkan betulkah ianya terjadi dalam HIMPUN baru-baru ini? Saya bukan mempersoalkan penganjuran akan tetapi peserta dan beberapa NGO penganjur. Saya sempat pergi sebentar melihat situasi yang berlaku di sana, sedikit kekesalan yang saya lihat dari segi segilintir peserta yang hadir. Kelihatan jelas beberapa NGO menonjolkan keutamaan melayu lebih di utamakan dari Islam itu sendiri. Hasilnya kita dapat lihat banner atas slogan MELAYU sangat menonjol. Bukan itu sahaja, di kalangan segelintir peserta yang datang tidak juga menunjukan akhlak seorang muslim. Dengan beberapa remaja wanita memakai pakaian tidak menutup aurat, malahan ada remaja lelaki memakai rantai yang buah rantainya melampau. Adakah ini yang dikatakan mempertahankan aqidah???

Bukan saya menghukum, mungkin pepatah "akibat setitik nila, rosak susu sebelanga" namapak mempengaruhi penulisan saya. Cuma saya agak terkilan, adakah peserta yang datang memahami erti kata aqidah yang sebenar? Lebih menyedihkan ada dikalangan NGO yang sibuk menjadi penganjur ini lebih suka menghukum dari berdakwah. Persoalan yang di bangkitkan oleh seorang mualaf kepada saya " Ada ke NGO ini berdakwah? Apa usaha mereka masa saya non-muslim dulu?" Tidak perlu untuk saya menyatakan NGO yang mana satu. Persoalan seterusnya mengapa ada dikalangan peserta dan NGO ini sanggup menolak hukum hudud Allah S.W.T dan tidak juga mengikut sunnah Rasullullah S.A.W?

Seharusnya apabila kita mempertahankan aqidah kita sepatutnya membawanya seiring dengan tuntutan ibadah dan akhlaq. Malahan tuntutannya juga bukan hanya sekadar di bibir malahan seiring dengan di hati. Akhirnya ingin mengajak sahabat2 berfikir sejenak selepas dari HIMPUN.

FIKIRKAN...

1. Adakah kita sudah berdakwah?
2. Adakah kita berpegang pada aqidah yang sebenar?
3. Mengapakah kita menolak hukum Allah S.W.T?
4. Adakah kita melaksanakan segala tuntutan ISLAM?
5. Apa usaha kita dalam menyebarkan ISLAM?
6. Adakah ISLAM untuk MELAYU sahaja?

Banyak lagi persoalan yang perlu kita muhasabah kembali. Moga Allah mengampunkan dosa kita, mengukuhkan aqidah kita dan meletakkan kita dalam senarai pejuang yang menegakkan agama dan hukumNya. Ameen

HIMPUN telah menyerahkan 10 Deklarasinya :

p/s : Deklarasi dari HIMPUN ini sangat baik untuk dilaksanakan oleh kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,Owh. Ayah saya pergi himpunan ni dekat shah Alam

31 Oktober 2011 pada 4:55 PTG
MukhLiS berkata...

wa'alaikumussalam.. moga usaha kita diredhai Allah..mantapkan aqidah tingkatkn dakwah :)

1 November 2011 pada 8:46 PTG

Hakikat Post Terbaik


Sahabat

Hakikat Media