Memaparkan catatan dengan label Ukhwah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ukhwah. Papar semua catatan

Kembara Ukhwah Ke Bumi Riau

Assalamu’alaikum..
Alhamdulillah, syukur atas rahmat yang Allah S.W.T berikan. Selawat daan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
Titipan kali ini berkenaan dengan Kembara Ukhwah Di Riau bersama Ust.Soffiean Al-Madani dan Ust.Afindi Ar-Rayyan pada 12 Sept 2011 hingga 15 Sept 2011 yang lepas. Kembara kami juga di iringi adik Ust.Afindi (Kibtiyah Hasyim) dan anak Ust.Afindi (Ajwad Ar-Rayyan). Kembara ukhwah ini menjadi lengkap dengan kehadiran Pak Khairul Anuar Musa (Pak Anuar )yang merupakan penduduk asal bumi Lancang Kuning ini.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Surah Ali 'Imran:190)

Maha Benar kalam Allah S.W.T. Allah menciptakan langit dan bumi,di situ juga kita dapat melihat Maha Luas ciptaan Allah S.A.W. Bumi Riau yang kami pergi melihatkan pada saya sedikit darinya. Perubahan masa yang lewat 1jam dari Malaysia, perbezaan bahasa dan budaya membuatkan saya teruja.

Ketibaan kami di bumi bertauh Riau ini disambut oleh Pak Anuar, ‘orang besar’ Riau yang menguruskan kami di sana. Selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Syariff Kasim Riau kami langsung ke Rumah Makan (Restoran) di sekitar Pekan Baru. Menu yang paling sedap di restoran tu ialah kari kambing.Memang mantop.. Kami kemudian di bawa ke tempat penginapan di Wisma 45.(macam hotel 3 bintang la)

Satu perkara yang menarik berkenaan Indonesia ini ialah budaya ilmu. Boleh juga saya katakan ibarat syurga bagi pencinta buku. Dalam tempoh 4 hari kami di sana,banyak kedai buku yang kami masuk, yang paling besar ialah Gramedia,penerbit buku Negeri 5 Menara dan Ranah 3 Warna. Lagi bertambah seronok beli buku di Indonesia ini pilihan buku yang banyak malah harga buku sangatlah murah. Salah satu keunikan kedai buku di sini , mereka menyediakan ruangan untuk membaca kepada para pelanggan.(kalau kedai buku Malaysia, xde ruang bacaan,malahan sesetengah tempat tu kena halau lagi kalau baca)

Satu penyakit baru yang menimpa saya sepanjang berada di sana, setiap 3 jam saya akan lapar. Jadi banyak la kedai makan yang kami singgah. Antara makanan yang tiada di Malaysia seperti ‘Piscok’ Apa tu piscok? Pisang Coklat. Indonesia ni suka buat akronim, contoh macam rumah kedai, di sana panggil RuKo singkatan bagi Rumah Toko. Kembali ke Piscok,nama pelik tapi sedap.Selain tu ade fastfood yang xde di Malaysia,California Fried Chicken (CFC)-sedap la juga. Bumi Indonesia, seperti yang kita tahu pernah di jajah oleh Belanda, mungkin depa suka makan roti jadi banyak kedai roti yang ada di sana. Malahan bertingkat-tingkat kedai roti di sana.Antara kedai roti yang ada ialah Hollano Bakery dan VanHollano.Roti-roti pun sedap, sampaikan saya bawa balik rumah jadikan ole-ole buat keluarga.

Cerita makan tak habis lagi, makanan tegahari kami sepanjang berada di sana sangatlah special. Hari kedua di sana dihidnag dengan Ikan Baung Salai dan Ikan Baung Masak Lemak. Alhamdulillah, jarang dapat rasa masak lemak sesedap itu.Makan tengahari hari ketiga makan Ikan Patin pula.Patin masak lemak dan patin bakar,sangat sedap. Kalau bab sarapan mungkin kena pastikan kedai yang sedap dan masakan yang kena pada tekak orang Malaysia. Cuma bagi saya lontong sayur dia sedap :)

Sepanjang duduk di sana, kehadiran Pak Anuar menceriakan suasana, pemegang Master UTM Skudai ini banyak ilmunya. Manakan tidak, beliau sangat gemar membaca sehinggakan dalam sehari beliau akan menghabiskan 200 muka surat buku dan kerap buka internet selama 4jam mencari ilmu.Kedahagaan ilmu dan kehebatannya menyebabkan saya kagum dengan beliau. Banyak perkongsian ilmu dan banyak tempat berjalan yang beliau bawa kami.

Sebenarnya tujuan kami Riau sebenarnya hanya ingin pergi melihat Universiti Islam Negeri (UIN) SUSKA RIAU. Melihat kampus,pengajian dan cara hidup pelajar di sana. Ust.Soffiean dan Ust.Afindi ingin berjumpa timb.dekan UIN Pak Ali Akhbar tetapi tidak berkesempatan. Selain dari UIN kami juga berjalan melewati Universiti Riau dan melalui Universiti Islam Riau. Seronok juga rasanya belajar di sana…

Kebebasan bersuara yang ada di Riau ini memang mantop. Kita boleh lihat demonstrasi terbuka yang mana jalan dikawal oleh polis, malahan mahasiswa turut berdemo dengan menaiki bas universiti.Rasanya kalau mahasiswa Malaysia….. Sebelum kembali ke Malaysia sempat juga kami singgah ke membeli ole-ole untuk keluarga. Kalau di sana, batik Riau atau bataik Jawa la yang paling sesuai dibawa pulang tambahan satu lagi makanan yang ‘famous’ untuk dibawa balik ialah lempuk durian.

Hari terakhir kami di Riau kami singgah di Masjid Agung An-Nur Riau. Masjid yang besar dan mempunyai pemandangan yang indah merupakan masjid negeri Riau. Satu lambang kemegahan Islam di bumi bertuah Lancang Kuning. Akhirnya Pak Anuar menghantar kami ke Lapangan Terbang dan kami berpisah di sana. Flight AirAsia kami delay sejam,maka tunggulah kami di situ sambil melihat jet pesawat tentera Indonesia yang membuat penerbangan di situ. Ketika dalam flight Ajwad banyak pula soalan yang di tanya. Salah satu soalannya di jiwab Ust Afindi dalam Quran ada menceritakan berkenaan dengan awan.Firman Allah S.W.T
Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya... (Surah An-Nuur:43)

Alhamdulillah 4hari di Pekan Baru Riau memberi banyak pengalaman baru buat saya yang kali pertama melangkah keluar dari Malaysia. Seinfiniti terima kasih buat Ust.Soffiean yang banyak mengeluarkan duit beliau untuk belanja saya (tiket penerbangan, penginapan dan makan), terima kasih juga buat Ust Afindi yang mengundang saya bersama ke sana. Tidak dilupakan Pak Anuar yang banyak membantu semasa kami di sana. Moga jasa kalian semua dirahmati dan di berkati Allah S.W.T. Jazakallah..

P/s: rasa nak pergi lagi lepas ni :)
Read More

Warkah Buat Anak-anak SMIP

Assalamu’alaikum..

Al-’Asr 103: (1-3)

Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Alhamdulillah bersyukur atas rahmat Allah, Selawat ke atas jungjungan besar nabi Muhammad S.A.W.Buat pertama kalinya penulisan ini saya tulis khas buat semua pelajar-pelajar saya yang saya sayangi. Ini pesanan saya untuk semua. Cuti sekolah merupakan perkara yang paling di gemari oleh semua pelajar. Waktu ni pun boleh rehat, main game puas-puas, main facebook puas-puas, up-date blog, melancong dan melupakan belajar buat seketika. Cuma persoalannya adakah pelajar-pelajar saya ni akan jadi macam kumpulan tadi? Harapnya tidak…

Alhamdulillah 26-30 Mei yang lepas, seramai 35 orang pelajar memanfaatkan cuti bersama saya dan guru-guru mengikuti lawatan jangka panjang di Terengganu dan Kelantan. Rasa seronok sangat dapat ke sana terutamanya dapat mendengar kuliah dari A;-Fadhil Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden Pas di Masjid Rusila dan taujihat Al-Fadhil Ustaz Dr.Basit di Pondok Sg.Durian. Tidak lupa juga seronok dapat makan sup belut dan parprik belut :)

Ada banyak masa lagi cuti ni.. apa perancangan cuti semua? Harapnya sudah difikir apa yang perlu dilakukan. Terutamanya pelajar tingkatan 3 yang banyak kerja kursus yang perlu disiapkan. Tidak lupa buat pelajar tingkatan lain yang banyak kerja sekolah dan nota yang perlu disiapkan. Buat pelajar tingkatan 4 dan 5, jangan lupa siapkan assignment presentation. Buka sekolah kita bentang. Saya cadang buat semua pelajar agar siapkan semua kerja-kerja sekolah pada awal waktu. Jadi selepas siap semua kerja baru boleh bersuka ria. Dalam masa yang sama amal ibadah, hubungan kita dengan Allah jangan sesekali kita leka. Solat berjemaah dan baca Al-Quran jangan tinggal ye.
Sabda Rasulullah S.A.W :

"Manfaatkan yang lima sebelum datang yang lima: masa mudamu sebelum datang masa tuamu; masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu; masa kayamu sebelum datang masa miskinmu; masa hidupmu sebelum datang masa matimu; masa luangmu sebelum datang masa sibukmu." (H.R. Al Baihaqi).

Terakhirnya, manfaatkan cuti antum semua dengan membuat kerja-kerja Islam, mengikuti program-program seminar dan motivasi, imarahkan masjid, banyakkan membaca, bantu mak ayah dan masyarakat.Yang paling penting jaga ukhwah dengan sahabat-sahabat.Sampai sini sahaja warkah saya,

JAGA DIRI JAGA IMAN JAGA HATI JAGA AMAL…
Wassalam :)
Read More

Sajak buat teman


Sajak buat teman

Teman, aku ingin…

Teman tersayang,

Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq,

Persahabatan dijalinkan kerana al-khaliq,

Harta dikorban bukan sedikit,

Cintakan kebenaran, sanggup bersakit.

Serta tawakkal Ibrahim mulia,

Ketika meninggalkan insan tercinta,

Di bumi tandus tanpa bicara,

Meyakini Allah sebagai penjaga.

Aku impikan antara kita seorang Umara,

Berdiri tatkala tunduknya manusia,

Bersuara tatkala diamnya mereka,

Menggerunkan musuh durjana.

Serta senyuman Syed al-Qutb,

Ketika berhadapan dengan tali maut,

Akidah mantap tidak terenggut,

Roh dakwahnya tidak surut.

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,

Menahan panahan Hajjah dengan rela,

Bersama si ibu tua,

Lantas syahid, rohnya ke syurga.

Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,

Fikrahnya jernih, menggegar dunia,

Membiarkan tubuhnya dimamah peluru,

Demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.

Aku cintakan pemuda Giffari,

Menentang kezaliman walaupun diancam,

Moga kan lahir di abad ini,

Jiwa pemuda yang tak pernah suram.

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,

Tetap mencintai saudaranya,

Walaupun dihumban ke perigi tua,

Terpisah ayahda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita harum mewangi,

Bagai harumnya pusara Masyitah,

Semerbak kasturi.

Aku ingin persahabatan indah ini,

Bias menjadi syafaat,

Di Mahkamah Mashar nanti.

Read More

Ukhwah Di Hati



Assalamu'alaikum... Masa demi masa, detik demi detik, saat demi saat berlalu. terkadang kita meniti waktu ajal, menanti waktu tiba bertemu Cinta Agung yakni ALLAH. Dalam tempoh itu Allah meletakkan satu jangka masa yang panjang untuk kita meneruskan kehidupan di dunia. Kasih sayang Allah itu Maha Besar kepada hambaNya. Itu yang saya dapat rasakan kini. Penulisan kali ini saya ingin membawa sahabat-sahabat untuk menghayati erti ukhwah yang sebenar buat diri ini. Apa Itu Ukhwah?

Bahasa : Berasal dari perkataan akhun yang bermaksud saudara,teman,sahabat dan yang sama waktu dengannya.

Istilah: Perasaan kasih sayang,tolong menolong,Bantu membantu, bertolak ansur bermesra dan cinta mencintai diantara sesama umat Islam tanpa terkecuali, Allah berfirman
“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara , maka damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (surah al-Hujurat : 10)

Malah Rasullullah juga bersabda ukwah sebenar ialah :
“ Daripada Nu’man bin Bashir r.a : Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan uang satu , apabila satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.

Bila kita bercerita tentang ukhwah pasti kita semua mempunyai cerita masing-masing. Begitulah dengan saya, malah saya rasa sangat-sangat bersyukur kerana Allah menghidupkan saya dengan menemukan sahabat-sahabat yang selalu menaikkan semangat, memberi dorongan, pandangan dan pendapat. Soal perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam berukhwah, isunya hanya samada kita hadam atau tidak rukun ukhwah itu. seperti yang digariskan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Bana yang menyatakan bahawa Ukhwah itu berteraskan 3 tunjang utama.

1) Berlapang Dada

2) Bersangka Baik(Husnuzhon)

3) Melebihkan Sahabat(al-Itsar)

Jika 3 rukun ini berjaya kita hadami, maka tidak timbul masalah marah, kecil hati dan kecewa dengan sahabat. Bermula dengan ukhwah di UTMKL yang sentiasa mekar di hati, Allah pertemukan saya dengan anak-anak negeri Selangor pula. Ukhwah yang unik dan sukar untuk diterjemah ini mengikatkan dan asbab saya masih di landasan ini. Setiap Dari ujian pasti ada hikmahnya.. Pernah satu ketika ukhwah kami di uji dengan begitu hebat ketika dalam satu program. Tatkala itu seorang sahabat sakit dan dimasukkan ke hospital, dalam masa yang sama ada juga sahabat pergi ke umrah dan ada juga yang sedang praktikal. Maka tinggal beberapa orang sahaja dari kami yang menjayakan program. Program yang besar dan memerlukan kerahan wang, masa, tenaga, idea dan jiwa raga. Disinilah bibit ujian ukhwah itu bermula. Salah faham dan konflik mula berlaku sejak dari awal program sehingga akhirnya. Alhamdulillah rupanaya Allah sengaja menurukan uian begitu. ada hikmah disebalik yang berlaku,ukhwah itu bertaut semula malah ianya membuatkan lebih erat lagi persahabatan antara kami.

Setiap dari pertemuan pasti ada perpisahan. Mungkin itu yang saya boleh ungkapkan. Program terakhir yang menhimpunkan kami 15 orang ini di adakan. Itulah hari bersejarah bagi kami.Itu adalah program kami bertemu setahun yang lepas dan itu juga adalah program kami berpisah tahun ini. adakah mungkin ada lagi perjumpaan selepas ini antara kami? Adakah ada lagi kesempatan untuk kami bersama? Yang pasti yakin kami dengan apa yang dikatakan oleh Allah bagi mereka yang bertemu berpisah keranaNya:

"Sesungguhnya Allah SWT berfirman pada hari kiamat, "Dimanakah orang-orang yang mencintai kerana keagunganKu? Hari ini Aku akan menaunginya dalam naunganKu, pada hari yang tiada naungan selain naunganKu." (Hadith Riwayat Muslim)

Pengakhiran post kali ini, ingin saya meminta maaf kepada semua sahabat-sahabat yang bersama-sama saya dalam perjuangan ini, diharap halal semua yang diberikan kepada saya.Terima kasih sahabat-sahabat.


Ya Allah...
Ukhwah yang Kau kurniakan ini unik,
Ukhwah yang Kau tautkan ini besar nilainya,

Maka Ya Allah redoilah ukhwah antara kami,

Maka Ya Allah ampunilah segala dosa yang kami lakukan,

Ampunkanlah kelalaian,kealpaan

gelak tawa,senda gurau yang memungkinkan Kau murka,
Ya Allah...
Tempatkan kami di syurgaMu,
Naungkan kami di hari pembalasanMu,
Temukan kami sentiasa baik di dunia mahupun di akhirat.
Kau Tuhan yang mengkabulkan permintaan,
Perkenankanlah,Ameen..

Read More

Hakikat Tentang Diri


SALAM UKHWAH, SALAM MAHABBAH SALAM ZIARAH…
Alhamdulillah bersyukur atas rahmat Ilahi yang mana Allah masih lagi member nikmat Islam,Iman dan masa dalam kehidupan ini. Dalam kesempatan ini saya minta maaf sangat kepada sahabat2 kerana sudah hamper 2bulan tidak di up-date blog ni. Nak kata sibuk sangat tak juga, mungkin pembahagian masa yang tidak berkesan. InsyaAllah lepas ni ok rasanya. Hmmm… banyak nak cite ni tapi amik yang penting jela.


Alhamdulillah pada 28 Mac 2010 adalah tarikh bersejarah buat saya keranma pada tarikh tersebut saya telah digelar graduan. Pada tarikh itu saya telah menerima sijil Diploma Mekatronik saya. Gembira rasanaya pada hari tersebut. Bukan sekadar dapat menerima segulung sijil diploma tetapi dapat berjumpa dengan sahabt2 yang berjuang di bumi UTMKL dulu yang kini menyambung pengajian di UTM Skudai. Dengan sedikit sambutan dari mereka untuk kami yang grad ni membuat kami terharu dan bersemangat untuk bergerak kerja Islam. Syukran buat sahabat2 sekalian.
Tidak lupa juga di ucakan terima kasih buat semua sahabat2 yang mengingati hari kelahiran saya yang ke 22 pada 1 Mac 2010 yang lepas. Moga ukhwah kita berkekalan. Ameen.
InsyaAllah lepas2 ni, saya akan aktif kembali mengupdate blog. ASIFF WA SYUKRAN

Read More

KONVO : Tahniah Sahabat Ukhwahku


Tahniah, Congratulation
Tahniah buat sahabat-sahabt yang baru sahaja bergelar graduate. Semoga selepas ini antum semua berjaya dalam urusan hidup masing-masing. Ada yang sambung ijazah, ada yang sudah bekerja dan ada juga yang sudah kahwin. Harapnya apa sahaja dugaan, ujian, kejayaan, kebahgiaan tetap tidak melemahkan dan melonggarkan ukhwah di antara kita semua. Maaf tidak dapat hadir masa antum konvo. Walaupun saya antara perancang perjumpaan kita, tapi last-last minit baru tau ada test malam tu. Tak pelah, yang penting kita semua saling ingat-mengingati dan sayang-menyayangi.


Ya Allah,
HambaMu bersyukur dalam landasan ini,
HambaMu ini bersyukur atas segala kurniaanMu,
HambaMU bersyukur atas pemberianMu,
Sahabat-sahabtku,
Jamaahku,
Perjuangku,
Ya Allah,
Kekalkanlah ukhwah kami,
Berilah keterikatan antara hati-hati kami,
Naungilah kami diatas bertemu dan berpisah keranaMu di akhirat nanti,
Ketemukan kami di syurgaMu yang abadi.


Ukhwahfillah Abadan Abada
Read More

HATI'O8 Dekat Di Hati

salam ukhwah..
alhamdulillah dengan nikmat kerahmatan yang diberi sekali lagi ana dapat mencoretkan penulisan kali ini. dikesempatan kali ini ana ingin melafazkan rasa syukur kerana pada tarikh 17/10/08 yang lepas,kami dibawah lujnah kebajikan telah berjaya mengadakan program jamuan HAri raya Tautan IGG (HATI'08) bertempat di rumah penasihat lujnah kebajikan Akhi Zaki dan Akhi Shah Jahan selaku pengarah program. Rangka program sangat cantiK tetapi pelaksanaannya kurang memuaskan.Ini berpunca dari kesilapan ana yang tidak mengurus bahagian pengangkutan dengan baik. Sehingga ada yang tak pergi dan merajuk taknak pergi kerana bosan menunggu kenderaan lambat tiba. Alhamdulillah walau masalah demi masalah ketika program berlangsung tetapi program masih berjalan dengan jayanya. Lebih dari jangkaan ana peserta yang hadir memang ramai. Hampir 80ahli IGG temasuk naqib&naqibah hadir. Program malam itu memang mencapai matlamat utama yakni merapatkan ukhuwah diantara semua ahli dan naqib/ah. Senja belum berakhir.kereta yang dipinjam untuk pengangkutan rosak..kami terpaksa mengeluarkan duit untuk membaiki kereta tersebut..walaupun program ini terlampau banyak ujiannya akan tetapi inilah program yang ana takkan lupa kerana ukhuwah dan kemantapan tarbiyah semua yang menjayakan program, program ini terus berjalan. Syukran kepada semua yang menjayakan program ini.maaf atas sebarang kekurangan diri,kasar dalam pertuturan dan khilaf dalam perbuatan.

ASIF JIDDAN WA SYUKRAN JAZILAN
Read More

UNTUKMU TEMAN














Di Sini Kita Pernah Bertemu

Mencari Warna Seindah Pelangi

Ketika Kau Menghulurkan Tanganmu

Membawaku Ke Daerah Yang Baru

Dan Hidupku Kini Ceria

……Kini Dengarkanlah

Dendangan Lagu Tanda Ingatanku

Kepadamu Teman

Agar Ikatan Ukhwah Kan Bersimpul Padu

Kenangan Bersamamu Takkan Ku Lupa

Walau Badai Datang Melanda

Walau Bercerai Jasad Dan Nyawa

Mengapa Kita Ditemukan

Dan Akhirnya Kita Dipisahkan

Mungkinkah Menguji Kesetiaan

Kejujuran Dan Kemanisan Iman

Tuhan Berikan Daku Kekuatan…….

Mungkinkah Kita Terlupa

Tuhan Ada Janji-Nya

Bertemu Berpisah Kita

Ada Rahmat Dan Kasih-Nya

Andai Ini Ujian

Terangilah Kamar Kesabaran

Pergilah Gelita, Hadirlah Cahaya…….


Read More

UKHWAHFILLAH



SALAM UKHWAH…

DISINI ANA AKAN SAMPAIKAN SATU CERITA YANG SGT MERUNTUN JIWA ANA…TERINGAT ANA KEPADA SEMUA SAHABAT2 ANA SELEPAS ANA BACA CERITA NI, ANA MINTA MAAF KEPADA SEMUA SAHABAT2 SEANDAINYA ANA PERGI DULU MENINGGALKAN ANTUM. MOGA UKHWAH KITA BERKEKALAN DAN MENDAPAT MARDHATILLAH…SEMOGA KITA DIKETEMUKAN DI SYURGA ALLAH S.W.T ATAS KEIZINAN-NYA. INSYAALLAH…

MALAM TADI KAMU DAN KAWAN BAIKMU BERTENGKAR. KAMU MEMBUAT KEPUTUSAN TAK MAHU BERCAKAP DGNNYA KEESOKAN HARINYA. DIA SENYUM KEPADAMU.SEBALIKNYA KAMU MENGETAP GIGIMU KPDNYA.DIA MENCERITAKAN PERKARA YG BAIK TENTANG KAMU KPD KWAN2NYA YG LAIN.KAMU PULA MENYEBARKAN KHABAR ANGIN MENGENAINYA.DIA CUBA MENDEKATIMU DAN MENEGURMU. TAPI KAMU TOLAKNYA KE TEPI.BAGINYA KAMU SEORG KAWAN YG TERBAIK.KAMU PULA RASA DIA SEORG KAWAN YG PALING TERUK PERNAH KAMU JUMPA. DIA PUN MENULIS NOTA KPDMU DAN MENCERITAKAN SEMULA KENANGAN MANIS YG PERNAH KAMU DAN DIA KONGSI BERSAMA. KAMU PULA MENULIS SEMUA SAAT BURUK YG KAMU INGAT SEPANJANG BERSAMANYA.JAUH DI SUDUT HATIMU KAMU MENGASIHANINYA. TAPI DI HATIMU SUDAH PENUH DGN KEBENCIAN.KEESOKAN HARINYA KAMU JUMPA SATU NOTA DRPDNYA:

DEAR_________,

SAYA CUBA MEMBERITAHU KAMU SEMLM TAPI KAMU TAK BERI PELUANG UTK SAYA BERCAKAP. SAYA CUBA BERITAHU KAMU BERITA GEMBIRA TAPI KAMU TAKUT UTK MENDENGARNYA.SAYA CUBA UTK SENYUM KPDMU TAPI KAMU SAMBUT SENYUMAN SAYA DGN KEBENCIAN. SKRG NI KEADAAN SAYA SGT TERUK DAN MAKIN TERUK.

SAYA MINTA MAAF SBB HARI NI SAYA TAK DPT BERJUMPA DGN KAMU. SAYA TULIS SURAT SEMASA SAYA DI HOSPITAL.SAYA SUDAH KESUNTUKAN MASA. SAYA MINTA MAAF SBB TERPAKSA BERITAHU KAMU SKRG. SAYA MINTA MAAF ATAS PERGADUHAN KITA,KAMU MMG SEORG KAWAN YG HEBAT. SAYA JANJI SAYA AKAN SENTIASA MEMERHATIKAN KAMU.

SALAM KASIH SAYANG,

_______________

KAMU PUN BERLARI KE HOSPITAL UTK MEMINTA MAAF PDNYA. TAPI HANYA IBUNYA SAJE YG ADA DI SITU. IBUNYA MENEKAP MUKANYA DGN KEDUA BELAH TGNNYA.DAN DIA PUN MENANGIS.DIA MELUTUT DAN BERDOA SUPAYA TUHAN KEMBALIKAN ANAKNYA.KAMU SUDAH TERLAMBAT. KAMU BERHARAP DPT BERITAHU KAWANMU YG KAMU MINTA MAAF DAN UCAPKAN SELAMAT TINGGAL.

PENGAJARANNYA:

SEMUA KAWAN ADA MASA NAIK DAN TURUN.DAN KADANGKALA ANTUM PERLU MEMINTA MAAF.JGN TUNGGU ORG LAIN MELAKUKANNYA DULU.SBB ANTUM TAKKAN TAHU APE. AKAN TERJADI ESOK HARI. KALAU ANTUM BENAR2 SYGKAN KAWAN ANTUM DAN SANGGUP BERKAWAN HINGGA NAFAS TERAKHIR, SENTIASALAH BERLAPANG DADA, BERSANGKA BAIK (HUSNUZHON) DAN MELEBIHKAN ORG LAIN (AL-ITSAR). HADAMLAH 3 RUKUN ASAS UKHWAH INI. INGATLAH BAHAWA SALAH SATU RUKUN DARI 10 RUKUN BAI’AH YANG DINYATAKAN OLEH AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA IALAH ‘UKHWAH’ (RUKUN KE-9).. DAN INGATLAH SAHABAT2 SEKALIAN, SETIAP INDIVIDU MEMPUNYAI HATI DAN PERASAAN. JAGALAH HATI SAHABAT2 ANTUM…

"INDAHNYA UKHWAHFILLAH DALAM PERJUANGAN ISLAM"

Read More

Hakikat Post Terbaik


Sahabat

Hakikat Media