Salam Eidulfitri Buat Sahabat2
الله اكبر الله اكبر لا إله إلا الله، والله اكبر،
الله اكبر ولله الحمد
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
tidak ada ilah (Tuhan) yang berhak disembah selain Allah. Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar, dan segala puji hanya bagi Allah.
Alhamdulillah Segala pujian kepada Allah azzawajalla, Tuhan semesta alam, selawat
dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W ,keluarga serta para sahabat yang mulia.
Alhamdulillah tiba kita pada Syawal yang mulia. Eidul fitri yang bermaksud
kembali kepada fitrah. Fitrah asal kita yang suci bersih, patuh dan taat kepada
perintah Allah S.W.T. Inilah Eidulfitri yang kita rayakan selepas sebulan kita ditarbiyyah
untuk menjadi insan yang bertaqwa dalam Madrasah Ramadhan. Perlu kita muhasabah
diri andaikata keluar kita dari bulan Ramadhan, tiada perubahan kebaikan pada
diri kita. Semoga amalan seperti solat tahajud,sunat witir, qiamulail, tadarus
al-quran dan sadaqah yang kita lakukan tidak sekadar berhenti pada bulan
Ramadhan. Berkata Imam Hassan Al-Basri:
"Jadilah kamu hamba Allah (yang beribadah sepanjang masa,
tempat dan suasana) jangan menjadi hamba Ramadhan (yang hanya tekun beribadah
di bulan Ramadhan)".
Di kesempatan ini juga saya memohon kemaafan buat semua followers, readers Hakikat Ketelusan dan juga buat semua yang mengenali diri ini diatas penulisan yang
tidak disenangi, tutur bicara yang melukai dan tingkah laku yang tersakiti.
Semoga semua teguran, nasihat dan kritikan dari sahabat-sahabat menjadi
tazkirah dan nasihat agama yang bermanfaat buat diri ini dalam meniti kehidupan
hingga ke akhir hayat begitu juga sebaliknya buat sahabat-sahabat. Semoga
tarbiyyah Ramadhan dan keberkatan Syawal ini menjadi titik tolak kepada ukhwah
yang lebih mantap dan saling bermaaf-maafan sesama kita .
Jemput datang beraya ke rumah saya di Puchong Permai. =)
Jemput datang beraya ke rumah saya di Puchong Permai. =)
Taqabbalullahu minna waminkum
Kullu Am Wa Antum Bil khair
Salam Eidulfitri Maaf Zahir Batin.
0 ulasan:
Catat Ulasan