DEBU CINTA DI GURUN SAHARA
Salam Ukhwah…
Dalam arus moden yang penuh dengan ranjau berduri mehnah dan tribulasi,dan gosip-gosip yang menjelikkan hati, ana lari sedikit dari segala isu nasional dan kontroversi dunia. Ketika ana sibuk berfikir isu yang hendak dicoretkan pada kesempatan ini, ana ketawa seketika. Monolog hati berkata-kata ‘emm..dah tiba masanya untuk bercerita tentang cinta. Ada apa dengan cinta? Bila cinta bertasbih? Adakah ianya berputik ketika ayat-ayat cinta berbicara?’ ha semuanya bermain di minda ana. Terkenang juga time muda-muda dulu (mcm dah tua je) sibuk masa zaman sekolah dengan cinta monyet. Masuk je dalam UTMKL mula kenal PMI lepas tu kena pergi KBI kena soal boleh ke ‘couple’?(ni kat check point 5)..huhu=) kenangan yang sukar dilupakan. Selepas itu ALLAH buka pintu hati ini untuk menerima tarbiyyah. Ana semakin kenal apa itu cinta sebenar. Jika dilihat perspektif cinta zaman sekarang, pastinya perkara-perkara macam ni buat orang cakap tak sempurna couple kalau tak buat. Contohnya pegang tangan, naik motor sama-sama, bersms menjela-jela, cakap dalam telefon selagi tak habis kedit atau tak kena potong ‘line’ selagi itu bersembang sakan. Islam tidak pernah mengajar semua perkara-perkara ini..Alangkah baiknya jika kita dapat mengemudikan bahtera cinta itu pada jalan yang diredhai Allah. Pertemuan diatur bersama mahram, bercakap melalui telefon bila benar-benar perlu sahaja, masej-masej yang masuk adalah adalah masej yang berunsur tazkirah dan mendekatkan kita kepada Ilahi. Bila rindu menjengah, alangkah baiknya kalau kita tidak mengikut perasaan sebaliknya sujud panjang memohon pada ALLAH agar kita diberi kekuatan. Ah! ALLAH itu Maha Mengetahui apa yang terdetik dalam hati kita. Kita tidak sendirian menahan sakit rindu padanya, ALLAH juga tahu dan pasti ALLAH akan membantu kerana Dia tahu kita ingin mencari keredhaan-Nya.Sememangnya sukar mendidik nafsu. Nafsu itu ibarat taman-taman indah tetapi jalannya menuju ke neraka. Maksud fiman ALLAH S.W.T:
“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal itu amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu amat buruk bagimu. ALLAH Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah : 216)
Oleh itu, untuk menjadi seorang yang teguh mengawal diri, kembalilah kepada Allah. Kembalilah kepada Allah sebenar-benarnya dan serahkan diri kita kepada-Nya dengan sebenar-benar penyerahan. Sewajibnya kita melakukan apa yang disuruh oleh Allah biarpun suruhan itu sukar untuk kita lakukan. Kesukaran itu selalunya bila hati kita sudah dirantai oleh syaitan, kerana itulah Allah berpesan, jangan kita ikut suruhan syaitan.
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
“ Hai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata.’”
(Surah Al-Baqarah :208)
Gurun Sahara merupakan padang pasir yang tandus dengan air. Begitulah juga dengan diri kita yang ketandusan cinta. Akan tetapi cinta apa yang kita tanduskan? Seharusnya diri ini di semai dengan benih cinta yang agong yakni cinta Ilahi, cinta dimana membawa ke syuga yang abadi, cinta yang tiada penyesalan menanti dan cinta yang membawa seribu erti. Berpegang teguhlah dengan Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran itu akan membersihkan diri kita daripada sebarang halangan ke arah mencintai Ilahi. Bila kita memahami Al-Quran, kita akan lebih mencintai Allah dan bila telah cinta, InsyaAllah hubungan kita dengan-Nya bertambah erat. Bila hubungan kita dengan Allah bertambah kuat, secara tidak langsung kita tidak sanggup melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh-Nya.
Maka jadilah kita seorang Muslim yang sentiasa teguh memegang amanah-Nya. Lalu cinta kita kepada si dia pun tiada lagi pertemuan saban hari, bercakap melalui telefon berjam-jam atau khayal dengan kedatangan masej rindu. TETAPI YANG WUJUD ADALAH TAUTAN HATI YANG BERBICARA TANPA SUARA DAN KATA-KATA. DISULAM KEIMANAN DAN DIBALUT KETAQWAAN. MAKA LAHIRLAH KEINDAHAN CINTA YANG DIREDHAI.
0 ulasan:
Catat Ulasan