Raya Jangan Lupa Amalan Sunat
Assalamu'alaikum... Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah S.W.TPanggilan Haji telah tiba lagi...ketika ini ramai insan dari seluruh pelusuk dunia sedang menuju ke Baitullah bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Manakala bagi yang tidak berkemampuan atau berkesempatan pula sedang sibuk sekarang dengan urusan qurban mereka di kampung masing-masing..Hari yang bersejarah di mana peristiwa kesanggupan Nabi Allah Ibrahim a.s untuk mengorbankan anak baginda Nabi Ismail a.s lalu dengan kasih sayang Allah S.W.T digantikan qurban dengan seekor kibas. Didalam kita mengenang peristiwa tersebut dan didalan kita sibuk merayakan AidilAdha masih ramai yang kurang mengetahui akan kelebihan bulan Zulhijjah ini. Sabda Nabi Muhammad S.A.W
“Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya
memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini” (Riwayat Al-Bukhari).
Allah SWT pula berfirman :
“Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh” ( Al-Fajr : 1).
Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama
hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad
Al-Ma’ad, Ibn Qayyim).
Amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah
yang amat besar pahalanya ini antaranya :-
a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah,
La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.
Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam
Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya :
“Supaya mereka menyaksikan
berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati
dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu..” (Al-Hajj : 28).
Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’ adalah sepuluh hari
Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.
b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah
bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula
adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
“Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari
Arafah” (Riwayat Muslim).
Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini
menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.
c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat
sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang
menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.
d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa
yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam
bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi
Allah SWT ini.
Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarilah bahawa hidup ini
sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.
e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa
permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga
hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.
f) Berkorban : Allah SWT berfirman ertinya :
“Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah
dari tanda ketaqwaan hati” (Al-Hajj : 32)
Sebuah hadis menyebut :
Ertinya : “Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada
hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)” ( Riwayat
At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )
Sahabat-sahabat yang ana kasihi.. Bersama-sama kita muhasabah diri sejauh mana kita beramal dengannya. Moga ana dan sahabat-sahabat dapat beramal serta menyampaikan kepada sahabat-sahabat lain.
SALAM AIDILADHA DARI ANA MUKHLIS AL-HURAIRAH
0 ulasan:
Catat Ulasan