GYF vs Konsert AmaL
Salam Kunjungan Salam Ziarah!!!
Pada penulisan kali ini saya ingin menceritakan tentang dua program yang berbeza tetapi dalam 1hari sama yang telah saya sertai lepas. Program 'Grab Your Future' anjuran Alumni Tautan Hati' pada 14.3 dan 15.3 dan program konsert 'Hari untuk Palestin dan Untukmu Rasullullah' anjuran sebuah badan agama kerajaan pada malam 15.3. Alhamdulillah kedua-dua program adalah sangat baik pada dasarnya tetapi bagaimana pada penerimaannya?..
GYB 1 KEMANFAATAN
Alhamdulillah bersyukur atas rahmat Allah S.W.T atas pilihanNya untuk saya berada dalam Jemaah ini. Program yang dianjurkan oleh Alumni Tautan Hati ini memang banyak memberi manfaat dalam diri ini. Agaknya saya paling terkesan dalm slot baitul Muslim rasanya huhu =) Tetapi bukan slot itu sahaja, malah slot-slot KD dan LDK ada kelebihannya. Terutama dalam menerangkan kepada diri tentang kepentingan mengintimakan diri dalam Jemaah apabila sudah graduate nanti. Mungkin agak terasa sikit dalam slot interview, walaupun mangsa adalah kalangan sahabat saya tetapi kata-kata Fasi yang 'maut' tu masuk gak dalam hati ini. Kesian sahbat-sahabat saya,sampai ada yang tension! Buat sahabat-sahabat jangan sedih itu just nak mengajar kita je! Terima kasih gak buat urusetia yang memang setia memasak. Terutama lauk last day, suka pula makan "nak minta resipi bole kak aziyati?" Syukran kepada penggerak-penggerak program. Ini hadiah untuk antum. Sabda Rasullullah S.A.W " Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang di sinari matahari" (Riwayat At-Tabrani)
KONSERT UNTUK PALESTIN DAN RASULLULLAH
Masyaallah... susah saya nak gambarkan keadaan program ini. Tajuk program memang membuatkan kita bersemangat nak pergi, sebenarnya abang Che Amran Raihan yang ajak saya datang program itu untuk berniaga dalam memantapkan lagi ekonomi PMIUTM. Yang ajak diri ini Raihan jadi kita fikir progam mesti penuh dengan unsur ingat-mengingati, nasihat-menasihati dan boleh untuk dijiwai sebab ianya berkisar tentang Rasullullah S.A.W dan keperitan hidup di Palestin. Sangkaan saya meleret sama sekali, sahabat saya Syukri yang ikut serta berniaga dengan saya bertanya "ni program apa ni? Baik kita duduk DS je". Kenapa jadi begitu? Dalam program ini bukan sekadar Raihan yang membuat persembahan, banyak artis-artis lain seperti Zahid,N.A.D.I dan Saujana juga hadir,ini tidak mengapa sebab berpaksi nasyid lagi walaupun lagu yang dibawa tidak ada kaitan dengan tema. Tamparan hebat ialah kehadiran 1group Inova dan Sixth Sence menambah kecelaruan matlamat program. Dalam kekalutan program itu saya melihat pengajur mula tidak senang duduk. Rahmat Allah pada saya apabila di pertemukan dengan mantan imam Masjid As-Syakirin KLCC Ustaz Shazli. Banyak juga kami perbualkan tentang program haritu dan sejarah hidup beliau. Program itu diakhiri dengan persembahan memperingati Gaza oleh Raihan dan zikir munajat serta doa untuk Palestin dari Al Fadhil Ustaz Shazli. Sebelum pulang sempat juga beli cd zikir munajat Ustaz Shazli dan minta autograf beliau. Pada saya program yang dianjurkan ini tidak mencapai matlamat.
*sedap dan merdu zikir munajat ustaz shazli,baik sahabat-sahabat dapatkan cd tersebut.
1 ulasan:
Assalamualaikum, kaifahaluka? em post yg menarik. x sangka byk btl agenda enta. syukurlah msh dberi peluang utk menikmati latihan2 dunia. em terkesan slot baitul muslim? hah...sah la tuh..bakal zaujah pun dah ada kan? huhu.. asif, gurau2 shbt shaja... ok teruskan perjuangan... "Ukhwah Fillah Abadan Abada tulus ikhlas daripada Muslimat... :-)"
20 Mac 2009 pada 3:12 PGCatat Ulasan