Lahirnya Insan Ini
Alhamdulillah bersyukur atas rahmad ilahi kerana di panjangkan usia saya. Selawat dan salam buat junjungan nabi Muhammad S.A.W ,para nabi dan rasul,kaum kerabat Baginda dan para sahabat Baginda. Alhamdulillah pada 11/03 tadi genap sudah umur saya 21tahun. Terima kasih kepada sahabat-sahabt yang menghantar masej ucapan hari lahir kepada saya. Moga Allah merahmati kita semua dan semoga ukhwah semakin mantap! Alhamdulilah Allah telah memilih saya masih istiqomah dalam perjuangan Islam ini. Semakin kita membesar semakin banyak perubahan diri dirasai, ilmu yang kurang semakin banyak dipelajari, hati yang kotor kini lebih suci, jiwa yang busuk cuba di harumi, minda tertutup telah di bukai, akhlak yang buruk terus di perubahi, fikrah yang kabur semakin diterangi, semangat yang luntur semakin berani, ukhwah terjalin mahabbah disulami, kehidupan di lalui dimantapi kepentingan haraki,moga Allah member Jannati!.
BONDA TETAP DIHATI
Walaupun rumah dan tempat belajar tidaklah jauh tetapi diri ini jarang pulang kerumah, seringkali bondaku meleteri diriku “Bila nak balik? Sibuk mengalahkan Perdana Menteri.” Kadangkala ianya mencuit hatiku, tetapi bila bonda tahu diriku ingin pulang kerumah, bonda ini sibuk memasak yang ‘sedap-sedap’ untuk anak bongsunya ini. Sifat keibuan yang ada padanya membuatku diriku begitu terharu. Terima kasih ibu kerana menggendong anak ini selama 9bulan lebih dan melahirkan anak ini. Tidaka pernah jemu menatang insane ini. Terima Kasih!
AYAHANDA SUMBER INSPIRASI
Ketika berusia 12tahun ayahandaku telah merantau ke Singapura untuk mencari rezeki. Kini usianya mencecah 50tahun,ayahandaku masih gagah berdiri,membanting tulang memerah keringat demi ahli keluarga yang di sayangi. Walaupun dirinya penggerak aktif UMNO cawangan Puchong, walaupun kami seringkali bercanggah pandangan aspek politik di Malaysia (diri ini hijau sikit) tetapi ianya tidak menjadi punca peretakan hubungan kami. Diriku tetap di ajar tentang Islam dari segenap aspek. Nasihatnya digunakan untuk ku Berjaya di dalam hidupku. Terima Kasih Ayahanda!
KEKANDA PENCETUS PERUBAHAN
Ingin diriku membalas herdikannya “Dalam keluarga kita ko yang bengap matematik” tetapi tidak ku lakukan. Malah kata-katanya itu kujadikan kekuatan untuk ku Berjaya. Alhamdulillah dengan herdikan yang lampau dan kejayaan mereka,menjadi kekuatna diriku untuk berubah. Walaupun diriku tidaklah jelas pekerjaan lagi tetapi kekanda-kekandaku boleh berbangga dengan kejayaan adindanya ini. Terima Kasih Kekanda!
Banyak lagi nak rasanya hendak dinyatakan terutama buat guruku,sahabatku,adik-adikku dan BAKAL ZAUJAHku tetapi atas keterbatasan waktu dan ruang maka cukup sekadar ini sahaja penulisan kali ini. Syukran kepada semua yang banyak membantu dalam pentarbiyyahan diri ini. Moga kita tetap istiqomah dalam perjuangan ini dan semoga ukhwah kita berkekalan abadi. Maaf andai kata diri ini pernah menyakiti hati mana-mana individu.
JAZAKALLAH
0 ulasan:
Catat Ulasan