NILAI SEBUAH IMTIHAN
Salam ukhwah simpulan mahabbah,
Tanda pautan hati semua,
Final Exam tibalah sudah,
Moga dipermudahkan kejayaan bersama.
“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada kami”. (Al-Anbiya’: 35)
Setiap individu mahupun kaum itu tidak pernah lepas dari ujian. Terkadang Allah menurunkan ujian berbentuk harta,keluarga,kerja,kesihatan,ilmu dan yang paling getir ialah ujian dalam menyampaikan dakwah.Malahan nabi juga tidak pernah lepas daripada ujian Allah dalam menyebarkan risalah kebenaran. Apakah yang dimaksudkan dengan ujian ini? Ujian (fitnah) berasal dari kata bahasa Arab fa-ta-na yang bererti imtihaan, ikhtiyaar, ibtilaa’, yang ertinya ujian. Kalimat fatanu adz-dzahaab bererti membakar emas untuk memurnikannya, ertinya emas perlu dibakar (diuji) dulu sampai di ketahui kualitinya. Demikian juga pembakaran batu bata dan pencucian pakaian dilakukan untuk menguatkannya dan membersihkannya. Demikian ujian bagi manusia diberikan untuk menguatkan jiwanya dan membersihkan dosanya. Mengapa kita di uji?Analoginya adalah ibarat sebuah kereta, bagaimana kita hendak mengetahui bahawa enjin kereta itu baik jika tidak diuji?. Sama sahaja dengan manusia.Makanya untuk mengetahui bagusnya atau mantapnya iman seseorang maka turunlah ujian-ujian Allah. Nilai pentarbiyyah Allah melalui ujian ini sangatlah besar dan bernilai. Allah dengan sifat Ar-Rahim sesekali tidak akan menurunkan ujian kepada mereka yang tidak mampu, ini telah dinyatakan dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
Dalam ujian yang kita tempuhi kebiasaannya ianya amat meruntun hati. Terkadang terasa bahawa diri ini jauh dari rahmat ilahi, malahan ada juga mereka yang merasakan su’uzhon dengan Allah S.W.T. Seharusnya kita bersabar dengan ujianNya, ujian ini diberikan kepada kita hanyalah untuk menguji iman kita samada sabar,redha atau tidak. Firman Allah yang bermaksud “Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (Al-Baqarah:155). Malahan hikmah dari sabar ini dinyatakan oleh Rasullullah S.A.W "Menakjubkan urusan seorang mu'min, jika ia mendapatkan ni'mat maka ia bersyukur dan syukur itu sangat baik baginya. Dan jika ia ditimpa musibah maka ia bersabar dan sabar itu sangat baik baginya." (HR Muslim & Tirmidzi). Tuntasnya ingin saya nyatakan bahawa nilai sebuah imtihan itu amat besar. Malahan bilamana ujian itu diturunkan adalah sebagai kafarah dosa kita yang lampau yang mana dengan ujian itu akan membersihkan dosa-dosa kita.. .
Akhirnya hakikat nilai sebuah imtihan itu adalah berpenghujung dengan keindahan syurga Allah. Akan tetapi marilah kita sama-sama muhasabah kembali diri kita dengan satu ayat Allah ini. “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti yang dialami orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan,penderitaan dan digoncang (dengan pelbagai cobaan), sehingga rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata “Bilakah datang pertolongan Allah”. Ingatlah Pertolongan Allah itu dekat” (Al-Baqarah :214)
p/s buat sahabat-sahabat Good Luck for Ur Final Exam n All the Best! May ALLAH Bless Us Always.
.
0 ulasan:
Catat Ulasan