Jumaat, 17 Julai 2009

Antara Aku,Dia dan Jemaah(2)

Mengorak langkah mara ke hadapan. Ana yang berazam cuba meninggal segala maksiat tiba di U. Mengharungi sem1 di kampus ana seperti biasa.Bukan dalam taman tarbiyyah Allah,masih mencari-cari dimana entiti diri. Terdengar kewujudan sebuah persatuan mahasiswa Islam (PMI) hanya rasa nak masuk tapi takut.Takut sebab semua dalam PMI ni macam hebat,tinggi ilmu agama,sedangkan ana ni penuh dengan dosa dan maksiat. Ana menjauhkan diri dengan PMI.
Bermula sem 2 yang bersinar.Ana meneruskan pengajian seperti biasa sehingga perkhabaran kem bina insan yang dianjurkan PMI. Disini adalah pemula tarbiyyah ana. Selepas habis kem ana masih seperti biasa. Tertarik dengan seorang muslimat menyebabkan ana menjadi ajk program PMI. Selepas program selesai episod tarbiyyah bermula.Disini mulanya liqo',usrah dan tamrin. Dulunya hati bertaut kepada dunia diganti dengan dambaan syurga,dulunya matlamat adalah muslimat berganti matlamat cinta Ilahi.Sehingga ana berjaya membuang perasaan terhadap muslimat tadi dek kerana Jemaah.
Alhamdulillah ana bersyukur sebab Allah pilih ana dalam Jemaah ini. Kusangka panas berpanjangan,rupa mendung mengundang. Ana ditaklifkan selaku pimpinan PMI. Tekanan tarbiyyah diri,ilmu dan rasa diri menyusahkan Jemaah membuatkan ana stress. Di satu meeting tergempar yang dihadiri mantan presiden,mantan pimpinan serta pimpinan ana,ana mengambil keputusan menyatakan untuk keluar Jemaah. Seminggu ana dihujani panggilan,mesej dan akhirnya pertemuan ana dengan murabbi mengetuk pintu hati ana.'Apa yang enta dapat enta keluar jemaah? Enta ingat enta keluar jemaah masalah enta selesai?enta ingat enta keluar jemaah enta dapat mantapkan tarbiyyah enta?enta ingat enta keluar jemaah,jemaah akan rugi? Enta perlu ingat Islam tak perlukan enta tapi enta perlukan Islam. Enta jangan rasa enta ni menyusahkan jemaah sebab dalam jemaah itu telah digariskan rukun ukhwah dan dalamnya ada lagi 3rukun asas ukhwah yang menguatkannya. Enta tak membebankan jemaah malahan sekarang masa untuk enta belajar.Dalam Jemaah kita menjaga dan kalau rasa ada kekurangan kita lah yang tegur malah kita yang bentuk agar ia selari dan lebih mantap untuk perjuangan Islam' kata-katanya menyebabkan ana mengambil keputusan untuk menyertai semula. Alhamdulillah walaupun selepas itu banyak ujian lagi menimpa tapi ana masih istiqomah. InsyaAllah kalau tak de aral ana akan sambung pengajian dan sambung legasi perjuangan yang tak pernah padam selagi Daulah Islamiah belum tertegak.
Semangat Dia amat mengkagumkan saya,malahan saya rasa diri saya tak cukup ujian lagi seperti Dia.time kat sekolah dulu Dia memang UMNO toktok..
Pelajar yang sokong PAS nak berdebat dengan dia,dia terima malah berpegang teguh dengan apa yang dibawa oleh UMNO.Sekarang dah jadi pemuda PAS.. Semoga kita menjadi orang yang bersyukur dan sentiasa bersabar menghadapi dugaanNya.Moga kisah ini menjadi iktibar bersama.

4 ulasan:

UMMU HAFSIN berkata...

salam.hmm..ni cerita psal enta.yg sblm ni psal kwn enta (yke?)...

xkisah la..mmg btol apa yg enta ckp 2.jemaah xprlukn kta,kta yg prlukan jmaah.tp, buat org yg dh ade jmaah lain dn dh sebati dgnnya,kta xleh kcau.kta xleh tarik dy msuk jemaah kta melainkn klau dy jmaah UMNO...(betul ke?)

kta x tarik dy juga adlh utk mnjaga maslahah hbgn kta dgn jmaah lain.xnk trjadi apa2 prgaduhan ant.jmaah..as long as pegangan jmaah 2 btol dn x mngandungi unsur2 syirik dn mrk x gnggu tanzim kta,xpe...kta prjuangkn Islam dn kta bkn prjuangkn jemaah semata2.diorang pun sama.jmaah adalah wasilah kta utk mncapai matlamat utk tegakkan bi'ah solehah juga daulah islamiyah. insyaALLAH...

ana memberi komentar ni setelah mnjalankn penyelidikan dn mngkaji mengenai jmaah2 yg ada kt mlaysia ni.. smoga jwpn ana ni dpt mnjwb prsoalan yg enta utarakn pd ana sblm ni.

wallahua'lam bissowab.

17 Julai 2009 pada 2:29 PTG
masYie berkata...

Salaam.. hmm.. ada sahabt ana kata jemaah tu ibarat coklat... sbb byk jenis, rasa dan bentuk coklat tu..
ada yg suka had ni, ada yg suka had tu,..

Sama2 kita fikir dan renungkan...
selamat berjuang!!!

17 Julai 2009 pada 3:58 PTG
Mukhlis berkata...

Dua2 pasal cite kwn saya.saya gambarkan cerita dia dlm p'kataan ana.so bole kenal mana 1 dia mana cite saya.berkenaan dgn Jemaah.adalah tak salah untuk mengintimakan diri dengan mana-mana Jemaah.tapi pemilihan Jemaah mestilah mengikut kriteria.cuba lihat buku dr.yusof al-qardhawi tentang jemaah.Juga di ingatkan untuk tidak intima' dan wala' kepada dua Jemaah.pìlih yang terbaik.lakukan solat istikhorah..kalau konsep Jemaah di Malaysia hasil yang terakhir kita pasti dia akan pangkah PAS dalam PilihanRaya ini menunjukkan PAS adalah Jemaah yang sebenar.Saya tidak menolak Jemaah lain malahan tahaluf antara Jemaah adalah 1perkara yang sangat baik.Tak perlu la kita bergaduh untuk mencari ahli usrah dan mad'u,ramai lagi di luar sana yang sama kes dengan sahabat saya yang kita boleh ajak menyertai kita.Harap saudari jelas.Teruskan berkomentar.Ini boleh membuka minda saya dan kita semua.

17 Julai 2009 pada 4:55 PTG
budokplose berkata...

amat terharu....
Hampir menitiskan air mata..
syukran....

4 Ogos 2009 pada 11:22 PG

Hakikat Post Terbaik


Sahabat

Hakikat Media