Isnin, 24 Ogos 2009

Jangan Rugikan Ibadah Ramadhan!



Alhamdulillah Ramadhan yang di nanti telah tiba. Diharap Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Dikesempatan kali ini, saya ingin membawakan tabiat-tabiat yang salah di bulan Ramadhan. Sempat singgah blog abang saya, nampak menarik jadi saya copy masuk entry kali ini. Mari kita renugkan bersama
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
“Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).”
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.
Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
6) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari
Dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinyamenambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkanprodu ktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
7) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
"Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal,
anda ada satu dan saya tetap ada satu.

Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu,
kemudian kita tukar ilmu tersebut,
anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu"

1 ulasan:

H@N!B berkata...

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
"Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya "Aslah" (waktu terakhir di hujung malam.

Imam Ibnu Hajar menegaskan "melewatkn sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yg diletakkan oleh NABI SAW."
(Fathul-Bari,4/138)

8)Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Ini adalah satu kesilapan yg amat besar. Memang benar solat bukanlah syarat sah untuk seseorang berpuasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yg menjadi tunggak kepada keISLAMan seseorang. Sesungguhnya solat itu adalah soalan pertama yg akan ditanya oleh ALLAH kpd kita di akhirat kelak.


9) Tidak mengutamakan solat subuh berjemaah sebagaimana tarawih.
Ramai yang lupa & tidak mengetahui kelebihan besar semua solat Fardhu berbanding solat sunat, terutama sekali solat Subuh Berjemaah yang disebut oleh NABI SAW: "Bagi orang yg mendirikan solat Subuh secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.


10) Memasuki Ramadhan dengan keadaan harta masih lagi dipenuhi dengan harta haram,
sama ada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insurans, pelaburan dan kereta secara riba'.
Ini sudah tentu akan memberi kesan yg amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan. Kerana status orang yang terlibat dengan riba' adalah berperang dengan ALLAH & RasulNYA.. wal'iyazubillahi min zaalik..

pss....
susahnyer nak antar komen kat blog ni... sila wat perubahan sikit..
1)sign in
2)setting
3)comment
4)Comment Form Placement - Pop-up window
5)Show word verification for comments? - no (comment spam susah nak dapat pown)

24 Ogos 2009 pada 8:37 PTG

Hakikat Post Terbaik


Sahabat

Hakikat Media