Sabtu, 12 September 2009

KPI Ramadhan


Salam Ukhwah Salam Ramadhan.
Alhamdulillah Allah beri lagi kesempatan untuk saya up-date blog ni. Lama juga tak up-date. Sedar tak sedar Ramadhan kini sudah masuk ke fasa terakhir. Dikesempatan ini saya ingin mengajak sahabat-sahabat renung kembali sejauh mana ibadah kita di bulan mulia ini diterima Allah. Apa KPI yang kita dapat mahukan setelah bulan Ramadhan ini berlalu? Adakah amal ibadah kita diterima oleh Allah atau tidak? Beriku adalah nilai KPI kita yang sebenar hasil dari universiti tarbiyyah ini:

1.Nilai Ketaqwaan -
Seharusnya di penghujung ramadhan ini tahap prestasi ketaqwaan kita semakin tinggi. Malahan Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".Dalam erti kata lain, sudahkan diri kita terlindung dengan perisai ketaqwaan yang mana kita juga sentiasa takut akan laranganNya dan taat atas segala perintahNya. Adakah puasa kita telah menjadi perisai taqwa dari kepanasan api neraka?

2.Mendekatkan diri dengan Allah-
Kemestian apabila bulan Ramadhan menjelang amalan-amalan harian akan ditingkatkan.Akan tetapi seandainya di bulan Ramadhan ini, amalan kita masih berada dalam takuk yang lama, maknanya ada 'something ' tak kena dengan Ramadhan tahun ini. Seharusnya kesempatan Ramadhan digunakan untuk amalan fardhu disamping dilengkapi dengan amalan-amalan sunat.Malahan Al-Quran juga sentiasa membasahi bibir.

3.Kemurahan bersedekah-
Sedekah berbuka pahalanya besar.Makanya ini juga adalah kayu ukur utama.
Ibn ‘Abaas berkata, “Rasulullah adalah orang yang paling banyak bersedekah dan baginda memperbanyakkan sedekah di bulan ramadhan iaitu bulan di mana Jibrael bertemu baginda setiap malam dari awal hingga akhir Ramadhan.” (alBukhari). Sabda Rasulullah SAW “Barangsiapa yang memberi makan (berbuka) untuk orang yang berpuasa ia akan mendapat pahala yang sama banyaknya dengan pahala puasa orang yang diberi makan itu, tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang itu.”. Riwayat (at-Tirmidzi)

4.Memupuk sifat sabar dan keteguhan iman-
Pada waktu dan ketika ini, ujian dari Allah sangat banyak malahan terkadang ujian itu juga sangat berat. Ditambah dengan rasa lapar dan dahaga, iman kita sentiasa memberontak. Jika amalan puasa kita ini di terima Allah nescaya sifat sabar akan mendominasi dir akan tetapi jika iman kita tidak kuat dan sifat sabar yang lemah maka mudah untuk nafsu mengawal diri.

5.Kemantapan akhlaq,kejujur dan keikhlasan-
Perubahan sikap dan memperelokan perangi adalah salah satu faktor yang penting. Malahan ada satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Wajib ke atas kamu bersifat jujur kerana kejujuran itu menuju kepada kebaikan, dan sesungguhnya kebaikan itu menuju kepada syurga.” Betapa pentingnya akhlak dalam kehidupan umat Islam dapat dimengertikan melalui doa Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud “Ya Allah, jadikanlah pada akhlakku mulia seperti Engkau menjadikan jasadku baik” (hadis riwayat Ahmad). (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya banyak perkara yang harus kita muhasabah dan nilai kembali sejauh mana amalan kita dibulan Ramadhan ini diterima oleh Allah atau tidak. Teliti sedalam-dalamnya KPI Ramadhan kali ini. Saya menyeru dan mengajak sahabat-sahabat untuk kita pertingkatkan amalan kita di 10 malam terakahir ini. Berusaha dan berlumbalah untuk mndapat malam 1000bulan yakni malam lailatul qadar. Perlu juga kita ingat bahawa kita ini adalah orang yang rugi andai kita mempersiakan bulan ramadhan. Mudah-mudahan Allah pertemukan kita dengan Ramadhan yang seterusnya.

Ramadhan kehadiranmu dinanti,
Pemergiaanmu ditangisi.

0 ulasan:

Hakikat Post Terbaik


Sahabat

Hakikat Media