Ada Apa Dengan Rabiul Awal
Penulisan kali ini ingin saya menyingkap tirai Rabiul Awwal. Bulan yang penuh barakah, penuh kegemilang juga bulan yang tragis. Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah S.A.W telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.
Ada Apa Dengan Rabiul Awal
Sedia kita maklum bahawa bulan Rabiul Awwal adalah bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Di riwayatkan bahwa Rasulullah S.A.W di lahirkan pada 12 Rabiul Awwal Tahun Gajah. Perkara lain yang berlaku ketika bulan barakah ini adalah peristiwa Nabi Muhammad S.A.W dilantik menjadi rasul. Ketika ini Nabi S.A.W berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah. Kita juga sedia maklum bahawa Hijrah bermula pada bulan Muharram, akan tetapi bila tarikh tibanya Rasulullah S.A.W ke Madinah? Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama di sana. Perkara yang paling tidak kita lupakan ialah wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah S.A.W. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah r.a dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
Kewafatan Nabi Muhammad S.A.W telah memperlihatkan kekalutan pemilihan pengganti Rasulullah S.A.W. Abu Bakar r.a. telah di lantik menjadi khalifah pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar r.a di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah S.A.W yang diketuai oleh Saidina Ali r.a. Peristiwa besar perlantikan Sayidina Abu Bakar r.a pada bulan Rabiul Awwal ini di kukuhkan lagi dengan pembukaan Iraq oleh tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid r.a telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman Saidina Abu Bakar r.a.
Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Antara peperangan yang berlaku di bulan Rabiul Awal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
Rabiul Awwal mengungkap peristiwa paling penting dalam sejarah Islam, pembukaan Baitul Muqaddis oleh Salahuddin al-Ayubi yang telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H. Dalam kepimpinan beliau juga diperlihatkan sambutan Maulidur Rasul yang pertama di adakan. Diperkenalkan oleh Abu Said al-Qakburi, seorang gabenor Irbil, di Irak pada masa pemerintahan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi (1138-1193).Ada yang berpendapat bahwa pendapat itu sendiri berasal dari Sultan Salahuddin sendiri. Tujuannya adalah untuk membangkitkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW, serta meningkatkan semangat juang kaum muslimin saat itu, yang sedang terlibat dalam Perang Salib melawan pasukan Kristian Eropha dalam upaya memrebutkan kota Jerusalem.
0 ulasan:
Catat Ulasan