Hakikat Biasa Yang Luar Biasa

Alhamdulillah pertama dan selamanya marilah kita memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah tuhan yang memberikan segala nikmat dan kehidupan kepada kita. Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud :
"Islam itu dimulai dalam keadaan asing, dan suatu saat akankembali menjadi asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing tersebut." (Hadits Riwayat Muslim)
Penulisan kali ini, ingin saya ketengahkan beberapa perkara biasa tetapi hakikatnya perkara ini luar biasa pada kaca mata Islam. Mungkin ada yang bersetuju dengan pandangan saya, mungkin juga tidak. Kita bersetuju untuk perkara yang kita tidak setuju dengan rasa hormat.
Pakaian Yang Biasa
Lumrah kini cara pemakaian kebiasaanya cukup dengan pakai baju dan seluar. Malahan tudung juga sudah tidak dipakai. Tambahan malang lagi apabila jika tudung itu dipakai hanya kerana fesyen. Perkara ini sangat biasa kita lihat. Sehinggakan jika seorang ayah atau ibu menegur anaknya untuk berpakaian menutup aurat, respon si anak akan menyatakan ibu bapa mereka kolot dan ketinggalan zaman. Sedangkan Islam sangat menitik beratkan elemen pemakaian ini. Firman Allah S.W.T :
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain jilbab ke dada mereka...”(An-Nur: 31)
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain jilbab ke dada mereka...”(An-Nur: 31)
Jika dilihat dari kaca mata Islam, perkara ini perlu dibimbangi oleh kita. Bukanlah jawapan “biasalah tu tak pakai tudung”, “biasalah tu seluar jeans ketat,ni kan fesyen”yang kita harapkan. Akan tetapi perkara ini telah jadi budaya, malahan semakin hari cerminan diri seorang muslim itu semakin pudar jika fenomena ini masih berleluasa.
Hakikat Filem Hari Ini
Hakikat Filem Hari Ini
Filem-filem di Malaysia ini,pada pandangan saya sangat-sangat luar biasa akan tetapi ianya fenomena biasa di Malaysia. Sedangkan jika kita lihat, elemen-elemen dakwah Islamiyyah tidak banyak diketengahkan. Ditambah pula dengan lakonan-lakonan, penggunaan bahasa yang tidak elok juga pakaian yang mencolok mata yang digunakan pelakon mencerminkan lagi kepincangan elemen Islam dalam diri pelakon. Hadith yang mungkin tempias pada filem di Malaysia ialah:
Dari Abu Sa'id Al-Khudri Ra. ia berkata: Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya. "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang Tuan maksudkan?" Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab, "Siapa lagi?" (kalau bukan mereka). (HR. Muslim)

Biasalah Berdua-duaan
"Ingatlah, janganlah sekali-kali seorang lelaki berdua-duaan (berkhalwat) dengan seorang wanita. Tiada yang bersama mereka kecuali syaitan yang ketiga". H/R Bukhari

Terjemahan: Persoalan anak Adam berkaitan zina telah ditentukan. Tidak mustahil, ia pasti melakukannya. Dua mata berzina dengan melihat, dua telinga berzina dengan mendengar, lidah berzina dengan berkata-kata, tangan berzina dengan menyentuh, kaki berzina dengan melangkah, hati berzina dengan angan-angan (kehendak), dan kemaluanlah yang akan membenarkan (merealisasikan) atau mendustakan semua itu. (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 13/125, no. 4802)
Kesimpulan
Banyak lagi perkara luar biasa menurut syariat Islam di anggap biasa oleh orang Islam di Malaysia. Seperti yang dinyatakan pada hadith pengawalan tadi, kita akan kembali asing. Yakni golongan-golongan yang mempertahankan Islam yang syumul hasil dari kemasukan dirinya ke dalam Islam secara kaffah. Inilah golongan asing yang tidak mengamalkan perkara-perkara biasa umat akhir zaman lakukan. Hakikatnya, perkongsian peristiwa yang saya ketengahkan di atas, apa yang perlu direnungi dan dihayati adalah iktibar dari situasi umat akhir zaman yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api” ( Hadis dari Anas bin Malik, riwayat Tirmizi )
0 ulasan:
Catat Ulasan