Hakikat Semalam Yang Menyedihkan
لحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه، وبعد
Bagaimanakah kita hari ini? Adakah hari ini lebih baik dari semalam? Adakah semalam lebih baik dari sebelumnya? terkadang hati ini bermonolog sendirian, bimbang hari ini kurang baik dari semalam. Maka muhasabah diri adalah yang terbaik untuk diri.
“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.
Setiap dari tingkah laku kita adalah ibadah kepada Allah S.W.T. Maka adakah ibadah kita hari ini lebih baik dari semalam? Seharusnya hari ini lebih banyak kita lakukan amalan soleh. Jika semalam kita membaca dan menuntut ilmu seharusnya hari ini lebih banyak yang kita dapat lakukan berbanding semalam. Seperti mana hadith yang kita lihat di atas, Rasulullah menyatakan jika hari ini kita lebih baik dari semalam, maka kita akan tergolong dalam golongan2 mereka yang beruntung. Seperti mana dalam lirik lagu ini :
Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita punya Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh
Umat Islam SENTIASA BOLEH!!
Maka seharusnya kita boleh cemerlang jika kita menjadi lebih baik dari semalam. Walaupun hakikatnya untuk lebih baik dari semalam dan istiqomah itu ternyata berat dan susah, firman Allah S.W.T:
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita. Mereka itulah penghuni-penghuni surga, mereka kekal di dalamnya;sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan.”(QS 46:13-14)
Semoga kita menjadi insan yang istiqomah dan berusaha untuk hari ini lebih baik dari semalam.Baik dari segi amalan wajib,sunat,muamalat dan cara hidup agar kita menjadi insan yang beruntung dan cemerlang serta berjaya di dunia dan di akhirat. :)
2 ulasan:
salam alaik..
24 November 2010 pada 2:36 PTGsalam perjuangan.. kai fa hal ya syabab?
hm...tampak simple intipati ni, impress ur self ye? la tahzan dik.
beginilah kehidupan...dianalogi btk bulat bak roda..bak air pasang surut.. siang malam.. panas hujan dan pelbagai sua musim yg beredar mgikut turutanNya.
walakin, kita sebagai little khalifah, perlu terus..dan terus utk meneruskan saki baki perjuangan yg bernama D.A.K.W.A.H. insyaallah kita di jalan yg lurus juga insan yg dipiihNya utk terus pasakkan istiqomah di jalan yg bernama dakwah.
Allahu yubareek feek!
Salam perjuangan..
26 November 2010 pada 9:54 PGAlhamdulillah sihat.moga kak shida sihat di samping suami tercinta.
Mungkin penulisan ini ditulis atas dasar bimbang dan takut diri ini tergolong org yg rugi dan paling di takutkan tergolong dgn golongan yg celaka lantas dicampakkan ke dlm neraka. Naúzubillah...
Moga Alaah sentiasa memberkati n merahmati serta meredhai kita. ameen
Catat Ulasan