Khamis, 8 Oktober 2009

Aidilfitri Riang dan Suram


Salam Aidilfitri Salam Mujahadah, Salam Mahabbah..
Raya betul saya ni, sampai nak up-date blog pun tak sempat. Aidilfitri menjelma seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Walaupun tahun ni saya menyambutnya dengan agak kurang gembira. Tetap gembira cuma rasa kurang sikit. Maklum la kita buat open house dengan hajat sahabat-sahabt dapt hadir dengan gembira, tetapi tiba-tiba je ada yang tidak dapat hadir. Mungkin ini satu ujian walaupun saya faham kenapa mereka tidak hadir. Selain dari itu perkara yang tidak menggembirakan saya ialah perkara seperti tahun-tahun lalu masih berlaku. Habis sahaja Ramadhan maka bermula pesta meraikan syaitan bebas dari belenggu. Banyak konsert diadakan, hiburan di televisyen yang melampau.Yang ni pun mengurangkan gembira ana, pakaian raya perempuan yang melampau. Lepas buat pahala buat dosa pula. Banyak sangat ke pahala masa Ramadhan tadi? Mana KPI Ramadhan kita? Dimana sifat Qanaah kita?

Gembira vs Bencana
Aidilfitri yang datang kali ini benar-benar menguji kesabaran, ketabahan dan sifat kemanusiaan kita. Di masa-masa kita bergembira tiba-tiba kita di gemparkan dengan peristiwa gempa bumi di negara jiran kita Indonesia.Padang yang dulu megah dengan cendiakawan kini tidak ubah seperti padang jarak padang tekukur. Ketika kita enak makan lemang,ketupat dan rendang mereka hanya makan mee segera dan biskut kering sahaja. Ketika kita berpakaian raya baru mereka pula sehelai sepinggang tanpa pakaian. Bukan sekadar di Indonesia sahaja. Perkara yang sama turut di rasai oleh sebahagian warga Filiphina, Vietnam dan Myanmar yang terkana taufan kersana, juga turut di ratap bersama di selatan Amerika yakni Samoa yang dilanda tsunami yng menggila. Ianya tidak habis disitu, Palestin, Al-Quds terus diserang. Mungkin asyik kita bermain mercun di kampung halaman, mereka kini berusaha mengelak bom dari laknat Yahudi. MasyaAllah...

Bagan Pinang Mengundang Perubahan.
Aidilfitri digamatkan lagi dengan kehadiran PRK N.31 DUN Bagan Pinang.Habis satu PRK datang satu lagi PRK. Kini Bagan Pinang pula menjadi taruhan. Adakah BN mamapu mengekalkan kemenangan di situ ataupun kemenangan di tangan PAS yang ketika ini semakin mendapat keyakinan dari rakyat. Situasi yang mana kedua-dua parti ingin menunjukkan mereka sedang berubah dan ingin melakukan perubahan jika diberikan kemenangan. Harapan besar diberikan kepada calon PAS
Zulkefly Mohamad Omar untuk membuat perubahan besar jika diberikan kemenangan oleh Allah S.W.T. Semoga Allah memberikan kemenangan buat Islam khususnya dan PAS amnya.

Akhir nukilan kali ini, saya meminta maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini ini atas semua kekhilafan diri. Mohon diampunkan segala dosa dan dihalalkan segala perkara.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

0 ulasan:

Hakikat Post Terbaik


Sahabat

Hakikat Media