Isnin, 26 Oktober 2009

Imtihan Menguji Kesabaran


Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan dan kesedihan melahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.” Riwayat Sunan Bukhari dan Muslim.
Seringkali ujian datang melanda. Baik ianya langsung dari Allah mahupun dizahirkan melalui makhlukNya.Ujian yang berat datang menimpa menyebabkan hati selalu bermonolog duka. Syaitan,iblis tidak pernah leka menghasut, nafsu serakah,amarah juga mendesak supaya menyalahkan takdir dari tuhan. Tidak cukup dengan itu, kata-kata sindiran dari kawan-kawan juga lagaknya membuat hati semakin panas. Lantas mencabar keimanan dengan hilangnya konsep sabar. Perkara ini sering berlaku, terkadang ianyanya memberi tekanan yang mendalam sehingga kemurungan, kurang keyakinan dan sering menyalahkan. Persoalannya,adakah ini akhlak islami? Ujian yang melanda. seharusnya mendidik jiwa untuk tabah, sabar dan bersyukur. Malahan Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang berbunyi:

“Menakjubkan urusan seorang mu’min, jika ia mendapatkan ni’mat maka ia bersyukur dan syukur itu sangat baik baginya. Dan jika ia ditimpa musibah maka ia bersabar dan sabar itu sangat baik baginya.” (HR Muslim & Tirmidzi).

Islam agama yang indah, malahan dengan Islam juga membawa kepada kejayaan. Allah juga tidak akan menguji seseorang itu melainkan mereka mampu menghadapi ujian Allah. Akan tetapi Allah sentiasa akan menguji makhluk ciptaanNya bagi melihat siapa yang benar-benar beriman kepadaNya. Ini dibuktikan dalam Ayat Al-Quran:

"Dan sesungguhnya Kami tetap akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang yang berjuang dan bersabar daripada kalangan kamu dan agar Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita mengenai keadaan kamu." (Surah Muhammad: ayat 31)

Firman Allah lagi bermaksud: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan." (Surah Al-Ankabut: ayat 2)
Juga bila direnung kembali pada permulaan penulisan ini, hadith tadi cukup jelas menyatakan bahawa salah satu dari kelebihan ujuian Allah di dunia ini adalah bagi mengurangkan azab kita di akhirat kelak.

Sahabat-sahabat Yang Dirahmati Allah sekalian;
Ketibaan final exam kali ini mungkin sekali menguji kesabaran, keimanan juga tahap kesyukuran kita kepada Allah S.W.T. Semoga kita berjaya memperolehi kejayaan pada peperiksaan akhir yang sudah kunjung tiba ini. Akhir nukilan dari saya, saya memohon ampun atas segala dosa yang dilakukan. Juga mengharapkan doa ikhlas dari sahabat-sahabat buat diri ini dan sahabat-sahabat di sini agar mendakap kejayaan
Rabbi Yassier Wala tu a'ssir wa tammim bi khoir waj a'lna minan najihin fid dunia wal akhiroh..amiin

0 ulasan:

Hakikat Post Terbaik


Sahabat

Hakikat Media