Muzik...(KAD '09)


Salam ukhwah, salam mahabbah
Muzik seakan menjadi satu fitrah dalam kehidupan manusia di zaman sekarang. Malahan ada yang rasa tanpa muzik tak senang duduk, tak boleh buat kerja, tak dapat belajar macam-macam tak yang lain la… Dalam masa yang sama muzik juga dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi sesetengah orang. Akan tetapi bila kehidupan terlampau bergelumang dengan muzik maka wujudlah golongan hedonism. Budaya hiburan yang melampau. Adakah Islam melarang untuk berhibur? Walaupun tiada dalil yang qatei tentang hiburan ini tetapi Islam masih lagi membenarkan umatnya berhibur. Malahan dalam satu hadis Rasullullah bersabda:
“Hebahkanlah nikah dan pukullah rebana untuk tujuan itu. Mudah-mudahan orang mendoakan perkahwinan tersebut”. (riwayat Tirmidzi)
Ini mungkin salah satu dalil bahawa Rasulullah S.A.W tidak melarang untuk berhibur. Tambahan pula hiburan muzik ini sebenarnya adalah salah satu dari cara untuk menyampaikan dakwah kerana Allah berfirman dalam surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud:
“ Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Rabbmu Dia-lah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”

Maka dipandangan saya, kita tidaklah dilarang untuk berhibur,tetapi gunakan hiburan muzik itu sebagai satu cara dakwah dalam mendekati masyarakat. Muzik hendaklah selaras dengan syarak. Lirik dan lagunya tidaklah melampau, mengghairahkan, melalaikan tetapi mestilah ianya berkonsepkan ketuhanan, terhindar dari percampuran antara lelaki dan perempuan, tidaklah melalaikan dan selamat dari pelbagai aspek maksiat. Sehubungan dengan itu, disini saya mengajak sahabat-ahabat menjayakan KONSERT ANTARA DUNIA (KAD’09) anjuran GAMIS bersama Rabbani pada 1 Ogos 2009 bertempat di Stadium Melawati Shah Alam yang mana mengundang rabbani sendiri disamping Raihan, Hijjaz dan satu jemputan khas Shoutul Harakah. Marilah bersama-sama meriahkannya.
Read More

AMANAH : Pengajaran Dari Isra' wa Mikraj


Salam Kunjungan,Salam Mahabbah,Salam Ukhwah...
Tanggal 27 Rejab meninggalkan sejarah penting untuk umat Islam keseluruhannya. Pada tarikh inilah Nabi Muhammad S.A.W di isra’kan dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa dan kemudiannya mikraj yang mana Rasulullah S.A.W naik ke Hadhratul-Qudus menemui Allah S.W.T. Selepas dari itu maka solat yang difardhukan kepada kita ada 5 kesemuanya. Dalam peristiwa ini jugalah Rasulullah S.A.W telah diperlihatkan dengan pelbagai perkara aneh dan ganjil. Hakikat Ketelusan kali ini membawakan salah satu daripada perkara yang diperlihatkan kepada baginda iaitu mengenai AMANAH. Dalam ketika nabi di isra’kan, baginda telah diperlihatkan akan lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Lalu Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
Amanah berasal dari akar kata bahasa Arab daripada perkataan iman. Ini bermakna bahawa sifat amanah mempunyai hubungan yang amat rapat dengan iman seseorang. Dalam erti kata lain, orang yang beriman pasti memiliki sifat amanah, manakala orang yang tidak amanah bererti tidak ada kesempurnaan iman dalam dirinya walaupun lidahnya menyatakan beriman kepada Allah. Dalam hal ini, Allah berfirman maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya). (Surah al-Anfal, ayat 27)
Dalam pada itu, Rasulullah S.A.W juga menegaskan dengan sabdanya yang bermaksud:
Tiada iman (sempurna) bagi orang yang tidak memegang amanah dan tiada agama bagi orang yang tidak dapat dipegang janjinya. (Hadis riwayat Ahmad & Dailami)
Maka jelaslah kita bahawa amanah adalah satu perkara yang sangat besar dan berat. Seperti yang diperlihatkan kepada Rasulullah S.A.W tentang orang yang tidak memikul amanah dengan baik, amat besar kemukaan Allah S.W.T kepada mereka. Akan tetapi budaya meminta-minta amanah tetapi tidak dilaksanaklan ini semakin menular. Budaya ini bukan sahaja berlaku di arena politik negara, malahan di syarikat-syarikat dan terus menular ke dalam kampus meresapi jiwa mahasiswa. Persoalannya mengapa jawatan ini diminta? Adakah diri yakin dengan kebolehan atau kerana ada kelebihan disebalik jawatan yang disandang? Dimana ketelusan sebuah sifat kepimpinan yang bertunjangkan amanah dengan berpaksikan keimanan?

Saya kecilkan skop di dalam kampus. Apabila ada pilihanraya kampus, banyak manifestor-manifestor yang dicanangkan oleh para calon. Akan tetapi apabila sudah menang tidak pula dilaksanakan, kalau diusahakan tetapi tidak berjaya kita faham la,tapi dah la tak usaha, tidak berfikir untuk melaksanakan pun. Hanya bertanding sebab ingin dapat kelebihan yang akan diberikan oleh pihak Universiti, bukan berniat untuk menegakkan Islam. Bukan setakat MPM sahaja, malahan persatuan-persatuan lain turut tidak terkecuali termasuklah PMI. Andaikata didalam diri pimpinan PMI itu sendiri tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan maka perlulah dia mengkaji balik dasar Islam. Seharusnya PMI inilah lebih faham tentang amanah dan mereka inilah yang menjadi penerang kepada masyarakat kampus. Pada kebiasaanya kita akan mendengar kenyataan bahawa “saya tidak layak, saya tak de bakat memimpin” Saya juga pernah berkata sedemikian dulu, tapi cuba kita susuli peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar a.s ketika beliau menggantikan tampuk pemerintahan peninggalan Rasulullah S.A.W beliau turut berkata yang beliau tidaklah yang terbaik tetapi beliau tetap berusaha untuk yang terbaik dalam memgang amanah. Persoalan layak atau tidak sememangnya bergantung kepada diri, kalau diri rasa yakin maka boleh lah dia. Akan tetapi pandangan dari orang sekeliling juga adalah penentu kelayakannya. Andaikata orang sekelililng menyatakan dia layak, maka orang yakin dengan kebolehan dia untuk memegang amanah. Peringatan juga ingin saya berikan kepada diri dan sahabat-sahabat, jangan kita perbanyakkan bebanan amanah sedangkan amanah yang ada belum lagi kita selesaikan. Akan tetapi andaikata kalau tiada pilihan lain dan terpaksa untuk kita memikulnya pikullah ia dengan bertunjangkan keimanan. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang menjaga amanah dan mendapat rahmatNya sentiasa.Amiin
Read More

Antara Aku,Dia dan Jemaah(2)

Mengorak langkah mara ke hadapan. Ana yang berazam cuba meninggal segala maksiat tiba di U. Mengharungi sem1 di kampus ana seperti biasa.Bukan dalam taman tarbiyyah Allah,masih mencari-cari dimana entiti diri. Terdengar kewujudan sebuah persatuan mahasiswa Islam (PMI) hanya rasa nak masuk tapi takut.Takut sebab semua dalam PMI ni macam hebat,tinggi ilmu agama,sedangkan ana ni penuh dengan dosa dan maksiat. Ana menjauhkan diri dengan PMI.
Bermula sem 2 yang bersinar.Ana meneruskan pengajian seperti biasa sehingga perkhabaran kem bina insan yang dianjurkan PMI. Disini adalah pemula tarbiyyah ana. Selepas habis kem ana masih seperti biasa. Tertarik dengan seorang muslimat menyebabkan ana menjadi ajk program PMI. Selepas program selesai episod tarbiyyah bermula.Disini mulanya liqo',usrah dan tamrin. Dulunya hati bertaut kepada dunia diganti dengan dambaan syurga,dulunya matlamat adalah muslimat berganti matlamat cinta Ilahi.Sehingga ana berjaya membuang perasaan terhadap muslimat tadi dek kerana Jemaah.
Alhamdulillah ana bersyukur sebab Allah pilih ana dalam Jemaah ini. Kusangka panas berpanjangan,rupa mendung mengundang. Ana ditaklifkan selaku pimpinan PMI. Tekanan tarbiyyah diri,ilmu dan rasa diri menyusahkan Jemaah membuatkan ana stress. Di satu meeting tergempar yang dihadiri mantan presiden,mantan pimpinan serta pimpinan ana,ana mengambil keputusan menyatakan untuk keluar Jemaah. Seminggu ana dihujani panggilan,mesej dan akhirnya pertemuan ana dengan murabbi mengetuk pintu hati ana.'Apa yang enta dapat enta keluar jemaah? Enta ingat enta keluar jemaah masalah enta selesai?enta ingat enta keluar jemaah enta dapat mantapkan tarbiyyah enta?enta ingat enta keluar jemaah,jemaah akan rugi? Enta perlu ingat Islam tak perlukan enta tapi enta perlukan Islam. Enta jangan rasa enta ni menyusahkan jemaah sebab dalam jemaah itu telah digariskan rukun ukhwah dan dalamnya ada lagi 3rukun asas ukhwah yang menguatkannya. Enta tak membebankan jemaah malahan sekarang masa untuk enta belajar.Dalam Jemaah kita menjaga dan kalau rasa ada kekurangan kita lah yang tegur malah kita yang bentuk agar ia selari dan lebih mantap untuk perjuangan Islam' kata-katanya menyebabkan ana mengambil keputusan untuk menyertai semula. Alhamdulillah walaupun selepas itu banyak ujian lagi menimpa tapi ana masih istiqomah. InsyaAllah kalau tak de aral ana akan sambung pengajian dan sambung legasi perjuangan yang tak pernah padam selagi Daulah Islamiah belum tertegak.
Semangat Dia amat mengkagumkan saya,malahan saya rasa diri saya tak cukup ujian lagi seperti Dia.time kat sekolah dulu Dia memang UMNO toktok..
Pelajar yang sokong PAS nak berdebat dengan dia,dia terima malah berpegang teguh dengan apa yang dibawa oleh UMNO.Sekarang dah jadi pemuda PAS.. Semoga kita menjadi orang yang bersyukur dan sentiasa bersabar menghadapi dugaanNya.Moga kisah ini menjadi iktibar bersama.
Read More

Antara Aku,Dia dan Jemaah(1)

Slm ukhwah slm mahabbah
Posting kalini saya ingin bawakan kisah menarik liku-liku kehidupan seorang mahasiswa yang memperjuangkan Islam. Sebenarnya saya sedang MC seminggu atas ujian kesakitan yang Allah berikan.Kesempatan berehat ini saya gunakan untuk bertemu dengan sahabat saya yang juga aktivis pejuangan mahasiswa Islam di kampus.Cukuplah saya gelarkan Dia.Untuk lebih baik jadi saya rahsiakan juga Dia belajar dimana.Saya juga dah minta kebenaran untuk cerita dia ni di dedahkan dalam blog saya untuk tatapan bersama.Baiklah kita mulakan dari zaman jahiliah beliau terlebih dahulu.
Seawal umur ana 11tahun,ana dah mula belajar hisap rokok,habis pusing kampung berlagak hisap rokok,tiba-tiba kena sergah,kelam-kabut lari.Selepas rokok masa ana darjah 6 ada kawan ana ajak hisap gam tapi sebab tengok effect pelik je kat dia ana malas nak join. Masuk form 2 rekod paling buruk ana. Masa ni la ana kenal ponteng sekolah. Time ni gak la ana gaduh besar. Gaduh antara melayu-india. Punca gaduh sebab macha tu pandang pelik kat ana. Apa lagi mula bertembuk la. Habis budka sekolah panggil geng nak gaduh besar. Maybe time tu ana agak waras,ana minta settle sebelum polis sampai. Tak serik buat hal,kalini ana buat maksiat pula,menonton cerita-cerita porno,siap ada markas lagi. Time ni juga ana ketagih rokok. Kadang-kadang malam ana balik rumah tengah malam. Ponteng,buat bising kat sekolah tambah dengan pencinta wanita membuatkan ana hidup dalam tak kehaluan. Kat rumah pijak semut pun tak mati,tunjuk baik konon,munafik gak la kan. Sikap poyo yang ada dalam diri membuatkan ana lebih riya' sehingga sekali lagi gaduh. Kalini gaduh sebab awek member ana kena kacau. Kami kepong laki tu,tak gaduh lagi tapi budak tu nangis bagitahu ayah dia. Esoknya ayah dia datang marah kitorang semua. Rekod keburukan ana mula lentur selepas ana kena rotan dengan cikgu disiplin. Ditambah dengan keretakan tulang tangan time ana main bola menyebabkan ana berubah sedikit. Ana mula berhenti merokok dan berhenti tengok cerita porno malah semakin mula mendalami Islam. Couple tak berhenti lagi huhu:p
Dalam usaha untuk menggapai hidayah Allah ujian masih ada.Acapkali nafsu ana ditekan dengan perempuan-perempuan yang kurang maruah malunya. Walaupun tidaklah kami melakukan berat malahan ringan pun tak pernah tapi nafsu sering melawan iman.
Alhamdulillah Allah membuka jalan untuk ana,ana dapat melanjutkan pelajaran di U. Mungkin disinilah jalan ana..
Read More

Hakikat Post Terbaik


Sahabat

Hakikat Media