Muzik...(KAD '09)
Salam ukhwah, salam mahabbah
Muzik seakan menjadi satu fitrah dalam kehidupan manusia di zaman sekarang. Malahan ada yang rasa tanpa muzik tak senang duduk, tak boleh buat kerja, tak dapat belajar macam-macam tak yang lain la… Dalam masa yang sama muzik juga dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi sesetengah orang. Akan tetapi bila kehidupan terlampau bergelumang dengan muzik maka wujudlah golongan hedonism. Budaya hiburan yang melampau. Adakah Islam melarang untuk berhibur? Walaupun tiada dalil yang qatei tentang hiburan ini tetapi Islam masih lagi membenarkan umatnya berhibur. Malahan dalam satu hadis Rasullullah bersabda:
“Hebahkanlah nikah dan pukullah rebana untuk tujuan itu. Mudah-mudahan orang mendoakan perkahwinan tersebut”. (riwayat Tirmidzi)
Ini mungkin salah satu dalil bahawa Rasulullah S.A.W tidak melarang untuk berhibur. Tambahan pula hiburan muzik ini sebenarnya adalah salah satu dari cara untuk menyampaikan dakwah kerana Allah berfirman dalam surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud:
“ Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Rabbmu Dia-lah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”
Maka dipandangan saya, kita tidaklah dilarang untuk berhibur,tetapi gunakan hiburan muzik itu sebagai satu cara dakwah dalam mendekati masyarakat. Muzik hendaklah selaras dengan syarak. Lirik dan lagunya tidaklah melampau, mengghairahkan, melalaikan tetapi mestilah ianya berkonsepkan ketuhanan, terhindar dari percampuran antara lelaki dan perempuan, tidaklah melalaikan dan selamat dari pelbagai aspek maksiat. Sehubungan dengan itu, disini saya mengajak sahabat-ahabat menjayakan KONSERT ANTARA DUNIA (KAD’09) anjuran GAMIS bersama Rabbani pada 1 Ogos 2009 bertempat di Stadium Melawati Shah Alam yang mana mengundang rabbani sendiri disamping Raihan, Hijjaz dan satu jemputan khas Shoutul Harakah. Marilah bersama-sama meriahkannya.
0 ulasan:
Catat Ulasan