Memaparkan catatan dengan label Program. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Program. Papar semua catatan

Isra' Mikraj Pada Perspektif Berbeza


Assalamu’alaikum…
Bila tiba bulan Rejab,pasti kita akan teringat satu peristiwa yang penting dan bersejarah bagi umat Islam. Mana tidaknya, ini kerana bulan Rejab terdapat peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W di isra’ kan dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan dalam masa yang sama di mikrajkan untuk bertemu Allah.
Banyak ceramah-ceramah di adakan bagi menceritakan peristiwa pelik yang berlaku sepanjang isra mikraj itu. Malahan entry saya pada tahun lepas dan sebelumnya juga turut menceritakannya. Cuma pada entry kali ini, saya ingin membawakan isu isra’ mi’raj dari sudut yang berbeza. Kali ini saya ingin mengajak sahabat-sahabat merenungkan apa pentingnya Palestin dalam isra’ mikraj. Kita sedia maklum seperti yang difirmankan oleh Allah dalam surah al-isra’

Subhana (Maha Suci Dia/Allah), yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad SAW) pada suatu malam dari al-Masjidi'l-Haram ke al-Masjidi'l-Aqsa, yang telah Kami (Allah) berkati sekelilingnya, agar Kami (Allah) perlihatkan kepadanya (Muhammad saw) sebahagian daripada tanda-tanda Kami (Allah). Sesungguhnya Dia (Allah) adalah al-Sami’ (Maha Mendengar), lagi al-Basir (Maha Melihat). (Al-Isra : 1)

Palestin yang mana didalamnya ada masjid al-Aqsa adalah sangat bermakna bagi umat Islam. Kota ketiga penting malahan ianya adalah kiblat pertama umat Islam. Bagaimana mungkin kita membiarkan sahaja dan mendiamkan diri membiar isu Palestin ini. Saban waktu kita mengenang isra’ mikraj maka seharusnya kita juga perlu fikirkan bagaimana Palestin penting dan perlu diselamatkan serta dibebaskan daripada yahudi laknatullah.
Bagi mengetahui perkaitan Israel, Islam dan Palestin, disini saya mengajak semua sahabat-sahabat untuk bersama ke forum isra mikraj Palestin Bumi Barakah Bersimbah Darah pada 10/7/2010 bertempat di Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi pukul 8malam. Panel yang dijemput adalah Cikgu Azmi Presiden TERAS dan Mohammed Yusof Dawood Gamy Pensyarah UTAR.
Marilah bersama hadir mendengar penjelasan sambutan Isra Mikraj dari persepktif berbeza.


Read More

ARMADA'10


Salam Ukhwah salam Mahabbah

Persatuan Mahasiswa Selangor akan mengadakan operasi khidmat masyarakat pada 3.5-8.5 bertempat di Sg.Panjang di daerah Sg.Besar. Nama program pun gempak yakni ARMADA'10 singkatan bagi Anak muda Rai MAsyarakat DesA. Mana-mana sahabat yang nak join or nak memberi sumbangan bole direct call saya. ok selamat bercuti dan selamat berprogram :)
Read More

MALAYSIAN FORUM: “IMPLIKASI PENGGUNAAN KALIMAH ‘ALLAH’ DI MALAYSIA ”

MALAYSIAN FORUM: “IMPLIKASI PENGGUNAAN KALIMAH ‘ALLAH’ DI MALAYSIA ”


Tarikh : 19 Januari 2010 ( Hari Selasa)

Masa : 8 – 11 malam

Tempat : Dewan Cempaka, Bangunan

Kompleks PKNS Bangi

Panel Forum : >> YB Mujahid Yusof Rawa (Pegerusi

Lajnah Perpaduan Nasional PAS)

>> Mohammed Yusof b Dawood Gany

(Pensyarah UTAR)

>> Saudara Mohd Idris b Mohd Yussoff

(Presiden GAMIS)

Anjuran : Gabungan Mahasiswa Islam

SeMalaysia (GAMIS) dengan kerjasama Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (PBBB)




Directions ke tempat program:

Untuk kenderaan awam, naik train kat mana-mana, turun di UKM, kami akan sediakan pengangkutan dari tran UKM ke PKNS Bangi. Boleh hubungi kami seperti tertera dibawah emel ini.

1. UM (PJ) - PKNS Bangi
Naik Federal Highway>> Cari arah KL>>Cari signboard Seremban>>Ikut Signboard seremban>> Tol Sg Besi ambil tiket>>Keluar EXIT kajang>>Straight ke B.B.Bangi>>Sampai Simpang tiga>> masuk kiri ke section 8 B.B.Bangi>> Kompleks PKNS di sebelah kanan

2. UIA (Gombak) - PKNS Bangi
Ikut MRR II>>ke arah Kelang>>Ikut signboard seremban>>Jumpa tol Sg Besi>> ke PKNS (sama macam no 1)

3. UiTM Shah Alam - PKNS Bangi
Ikut Federal highway ke arah KL>> (sama macam no. 1) ke PKNS




Sebarang masalah berkenaan tempat atau sebagainya, sila hubungi Jihaduddin (013-3584561) atau Nadhira (013-6292007) .




Read More

Muzik...(KAD '09)


Salam ukhwah, salam mahabbah
Muzik seakan menjadi satu fitrah dalam kehidupan manusia di zaman sekarang. Malahan ada yang rasa tanpa muzik tak senang duduk, tak boleh buat kerja, tak dapat belajar macam-macam tak yang lain la… Dalam masa yang sama muzik juga dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi sesetengah orang. Akan tetapi bila kehidupan terlampau bergelumang dengan muzik maka wujudlah golongan hedonism. Budaya hiburan yang melampau. Adakah Islam melarang untuk berhibur? Walaupun tiada dalil yang qatei tentang hiburan ini tetapi Islam masih lagi membenarkan umatnya berhibur. Malahan dalam satu hadis Rasullullah bersabda:
“Hebahkanlah nikah dan pukullah rebana untuk tujuan itu. Mudah-mudahan orang mendoakan perkahwinan tersebut”. (riwayat Tirmidzi)
Ini mungkin salah satu dalil bahawa Rasulullah S.A.W tidak melarang untuk berhibur. Tambahan pula hiburan muzik ini sebenarnya adalah salah satu dari cara untuk menyampaikan dakwah kerana Allah berfirman dalam surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud:
“ Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Rabbmu Dia-lah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”

Maka dipandangan saya, kita tidaklah dilarang untuk berhibur,tetapi gunakan hiburan muzik itu sebagai satu cara dakwah dalam mendekati masyarakat. Muzik hendaklah selaras dengan syarak. Lirik dan lagunya tidaklah melampau, mengghairahkan, melalaikan tetapi mestilah ianya berkonsepkan ketuhanan, terhindar dari percampuran antara lelaki dan perempuan, tidaklah melalaikan dan selamat dari pelbagai aspek maksiat. Sehubungan dengan itu, disini saya mengajak sahabat-ahabat menjayakan KONSERT ANTARA DUNIA (KAD’09) anjuran GAMIS bersama Rabbani pada 1 Ogos 2009 bertempat di Stadium Melawati Shah Alam yang mana mengundang rabbani sendiri disamping Raihan, Hijjaz dan satu jemputan khas Shoutul Harakah. Marilah bersama-sama meriahkannya.
Read More

HAKIKAT NIKMAT BERPROGRAM




Salam ukhwah,salam sayang,salam mahabbah.

Susah betul nak balik rumah? Tak pernah la mama dengar kau tak de program. Sibuk mengalahkan Perdana Menteri”. Bondaku mengomel. Hmm…sering kali dia mengeluh. Mana tidaknya, habis sahaja exam jadual program dah tersusun banyaknya. Alhamdulillah dalam banyak sangat program ni, walaupun letih dan memenatkan, tetapi ianya tidak terasa. Malahan saya rasa lebih gembira, seronok, dan rasa nak berprogram lagi. Setiap insan mempunyai rasa nikmat kepuasan masing-masing. Begitu juga dengan saya, pada saya salah satu nikmat kepuasan hidup ialah apabila kita mengadakan progam yang memberi manfaat pada orang lain sekaligus pada diri sendiri. Sabda Rasulullah S.A.W “ Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari” (Riwayat Al-Tabrani). Berikut adalah gambaran program-program yang saya sertai sepanjang bulan ini. Bermula dengan program

Kem Remaja Islam (KERIS) di Masjid Kota Damansara pada 9.05-10.5.09 dengan taklifan pengarah program, gerak kerja program ni kami telah laksanakan seawal final exam lagi. Alhamdulillah Allah memberi first lesson kepada kami dengan hanya 28 orang peserta sahaja yang menyertai. Pada mulanya agak sedih sebab penyertaan sedikit tetapi bila difikir balik kami cukup bersyukur, sebab dengan tidak ramai ini boleh membuat kami belajar pengalaman menguruskan program luar sendiri.

Gathering Expidisi Nurani (GEN’09) di Pulau Pinang dan Kedah seminggu selepas tamrin. Program ini merupakan program yang paling best pernah saya ikuti sepanjang dalam UTMKL. Dengan matlamat ukhwahfillah dan penghargaan kepada sahabat-sahabat, program ini telah berjaya dilaksanakan. Tahniah kepada pengarah merangkap bestsohabah saya akhi syukri. Keterangan lanjut jemput la baca dalam blog dia.

KERIS 2 di Masjid Al-Azim Pandan Indah pada 1 dan 2 Jun. Kali ini ditugaskan selaku ko-ordinator program oleh pengarahnya Akhi Zaki. Komitmen daripada pengarah program dan pihak masjid memang best. Hasilnye peserta kem ini telah melebihi jangkaan asal. Penyertaan bagi kem kali ini seramai 167orang. Memang pening kepala fasi dibuatnye. Teringat respon adik-adik yang aktif bertanya di dalam setiap slot yang diadakan. Rasa ingin buat KERIS 3 pula lepas ni. (siapa la pengarah lepas nie ye)

Diteruskan dengan Muktamar DPP Pusat sebagai pencatit minit muktamar dan Muktamar Agung PAS Pusat pada 4.06-7.06.09 (selaku pemerhati je) –saya sudah ceritakan dalam posting yang lepas.

Program diteruskan dengan Muktamar Agung ISIS Pusat pada hari 13 dan 14 Jun lepas yang mana saya di taklifkan untuk menjadi pengarah program. Kagum sungguh dengan kerjasama daripada panitia dan MT ISIS. Hasil gigih mereka walaupun dalam masa 2minggu lebih program diadakan dengan jayanya. Mantap dan panas. Terutamaya ketika pembentangan perlembagaan dan perbahasan. Dengan peranan Pengerusi Tetap Akhi Merico UNISEL yang tidak jemu buat hadirin berfikir dan ketawa ,muktamar kelihatan begitu rancak. TAHNIAH dan TAKZIAH kepda semua pimpinan baru dan lama.

Akhir program yang baru saya sertai ialah KEM GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM yang baru selesai bermula dari 19.06 hingga 21.6.09. Kali ini lagi menakutkan, rekod pertama menjadi kem komandan. Tak la kejam mana pun, terkadang modul tamrin juga dijadikan bahan. Tetapi program ini sangat menyetuh hati saya. Dengan keadaan pelajar sekolah yang kurang pendidikan agama, program ini betul-betul telah mengetuk pintu hati peserta. Kata-kata yang tidak saya lupakan lebih kurang bunyinya “terima kasih abang farhan,abang dan kakak banyak tolong saya. Saya akan cuba berubah” ketika malam muhasabah. Saya juga nak berterima kasih kepada Ukhwah.com amnya dan KAK SHIDA kerana sudi menjemput saya jadi facilitator program ini.

Nikmat berprogram ini memang sangat bernilai bagi saya. Didalam berprogram kita berukhwah, didalam berprogram kita belajar, malahan yang paling utama di dalam berprogram kita dapat mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T. Banyak lagi kelebihan berprogram jika ianya dilandaskan dengan Islam. Syukran Jazilan kepada semua ajk,panitia, fasilitator, abang dan kakak yang banyak membantu saya dalam mengisi 1bulan program ini. Jasa antum amat besar bagi saya. Andaikata saya melukakan hati,terkasar bicara, terkhilaf perbuatan mohon dimaafkan. Semoga ALLAH menemukan kita di dalam program lain dan yang paling utama semoga kita semua ditempatkan dengan orang yang mendapat lindungan arasy ALLAH yang mana bertemu dan berpisah,berkasih-sayang kerana ALLAH dan seterunya mendapat Syurga ALLAH. Ameen…

Read More

Hakikat Post Terbaik


Sahabat

Hakikat Media