Isra' Mikraj Pada Perspektif Berbeza
Assalamu’alaikum…
Bila tiba bulan Rejab,pasti kita akan teringat satu peristiwa yang penting dan bersejarah bagi umat Islam. Mana tidaknya, ini kerana bulan Rejab terdapat peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W di isra’ kan dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan dalam masa yang sama di mikrajkan untuk bertemu Allah.
Banyak ceramah-ceramah di adakan bagi menceritakan peristiwa pelik yang berlaku sepanjang isra mikraj itu. Malahan entry saya pada tahun lepas dan sebelumnya juga turut menceritakannya. Cuma pada entry kali ini, saya ingin membawakan isu isra’ mi’raj dari sudut yang berbeza. Kali ini saya ingin mengajak sahabat-sahabat merenungkan apa pentingnya Palestin dalam isra’ mikraj. Kita sedia maklum seperti yang difirmankan oleh Allah dalam surah al-isra’
Subhana (Maha Suci Dia/Allah), yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad SAW) pada suatu malam dari al-Masjidi'l-Haram ke al-Masjidi'l-Aqsa, yang telah Kami (Allah) berkati sekelilingnya, agar Kami (Allah) perlihatkan kepadanya (Muhammad saw) sebahagian daripada tanda-tanda Kami (Allah). Sesungguhnya Dia (Allah) adalah al-Sami’ (Maha Mendengar), lagi al-Basir (Maha Melihat). (Al-Isra : 1)
Palestin yang mana didalamnya ada masjid al-Aqsa adalah sangat bermakna bagi umat Islam. Kota ketiga penting malahan ianya adalah kiblat pertama umat Islam. Bagaimana mungkin kita membiarkan sahaja dan mendiamkan diri membiar isu Palestin ini. Saban waktu kita mengenang isra’ mikraj maka seharusnya kita juga perlu fikirkan bagaimana Palestin penting dan perlu diselamatkan serta dibebaskan daripada yahudi laknatullah.
Bagi mengetahui perkaitan Israel, Islam dan Palestin, disini saya mengajak semua sahabat-sahabat untuk bersama ke forum isra mikraj Palestin Bumi Barakah Bersimbah Darah pada 10/7/2010 bertempat di Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi pukul 8malam. Panel yang dijemput adalah Cikgu Azmi Presiden TERAS dan Mohammed Yusof Dawood Gamy Pensyarah UTAR.
Marilah bersama hadir mendengar penjelasan sambutan Isra Mikraj dari persepktif berbeza.
0 ulasan:
Catat Ulasan