Khamis, 13 Januari 2011

Ibnu Abbas:Teladan Insan Berhikmah


Assalamu'alaikum sahabat2 yang rahmati Allah..
Bersyukur kepada Allah yang memberikan ruang waktu untuk up-date blog pada kali ini. Penulisan kali ini ingin saya kongsikan buat sahabat2 berkenaan perihal sahabat Rasulullah S.A.W yang mana nama beliau digunakan untuk kelas pertama bagi SMIP. Insan tersebut adalah IBNU ABBAS. Mari kita soroti serba sedikit perihal beliau....

Riwayat Hidup

Lahir di Sya’b tiga tahun sebelum peristiwa hijrah (Hijriah) pada waktu umat Islam dikepung oleh kaum kafir. Nama lengkapnya Abdullah bin al-Abbas bin Abdul Mutholib al-Quraisyi al-Hasyimi. Biasanya dipanggil Abul ‘Abbas dan digelari “habrul ummah”(ilmuan Umat) dan “Turjuman al-Qur’an”(Penerjemah al-Qur’an). Ibunya bernama Ummul Fadhil Lubabah binti al-Harits al-Hilaliyah. Beliau adalah anak dari pakcik Rasulullah. Sebelum kelahirannya, ibunya pernah berjumpa dengan Rasulullah. Rasulullah mengkhabarkan bahawa kelak akan lahir seorang anak lelaki. Rasulullah pun meminta kepada ibunya agar setelah lahir supaya dibawa ke tempatnya. Setelah lahir, ibunya membawanya berjumpa Rasulullah. Rasulullah memberi nama anaknya, Abdullah. Ibnu Abbas lahir di kota Mekkah 3 tahun sebelum Rasul Hijrah ke kota Madinah. Kelahiran beliau bertepatan dengan tahun pemboikotan Bani Hasyim oleh orang-orang Quraisy. Badannya tidak terlalu tinggi, wajahnya tampan dan kulitnya putih. Ketika bicara sopan dan baik tutur katanya.

Ketika Rasulullah wafat, umur beliau baru tiga belas tahun. Pendapat lain mengatakan umur beliau pada waktu Rasulullah wafat lima belas tahun. Dari Ibn Abbas diceritakan bahwa

Rasulullah wafat ketika saya berumur lima belas tahun.”

(lihat Sair ‘alam an-nubala).


Jadi kurang lebih beliau berjumpa Rasulullah hanya tiga puluh bulan saja. Beliau adalah orang yang sangat alim. Dalam usaha mencari ilmu dan mempelajari ajaran Islam, beliau adalah tauladan dan contoh bagi generasi kita. Beliau sangat serius dan tidak mengenal lelah. Sebab ilmu tidak didapat dengan leha-leha, tapi harus digali secara serius. Di kalangan para sahabat beliau dikenal orang yang paling banyak berfatwa dan berijtihad. Di samping itu beliau juga sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadits Rasulullah bersama Abu Hurairah, Ibn Umar, Jabir, Anas dan ‘Aisyah. Dalam sejarah Islam, beliau termasuk sahabat yang dikenal dengan sebutan ‘abadalah al-arba’ah’ yaitu empat sahabat yang bernama Abdullah. Tiga yang lainnya adalah Abdullah bin Umar, Abdullah bin Zubair dan Abdullah bin Amru.


Mengenai peribadinya, Ibn Mas’ud berkata;

Penerjemah al-Qur’an yang baik adalah Ibn ‘Abbas.”


Mujahid berkata;

Ibn ‘Abbas jika mentafsiri sesuatu, saya melihat cahaya darinya.”


‘Atho berkata;

Saya tidak melihat bulan purnama pada malam ke empat belas melainkan saya teringat dengan wajah Ibn ‘Abbas.”


Pujian lain datang dari Amru bin Dinar,

Saya tidak pernah melihat suatu majlis yang menghimpun semua kebaikan kecuali majlisnya Ibn Abbas; mengenai halal dan haram, bahasa Arab, ilmu nasab dan syair.”


Suatu ketika Rasulullah mendo’akan beliau,

Ya Allah berilah dia kepahaman dalam agama, dan ajarkan dia (ilmu) takwil.”


Di kesempatan lain Rasulullah berdo’a,

Ya Allah, ajarkan dia ilmu hikmah,”


Kerana keluasan ilmu dan pengetahuannya tentang ajaran Islam, Umar tidak segan-segan menanyakan suatu perkara yang mungkin tidak diketahui. Bahkan tidak malu-malu, beliau didudukkan bersama pembesar umat Islam dan syeikh-syeikh Badr. Beliau gemar berkelana ke pelbagai tempat untuk menimba ilmu. Beliau pernah membaca qosidah (rangkuman syair) yang terdiri dari 80 bait dan mampu menghafalnya. Pada tahun 36 H. beliau ditaklif oleh Khalifah Utsman bin Affan untuk menjadi Amirul Haj. Ia tidak berada di kota Madinah ketika Utsman terbunuh. Dalam pertikaian antara Ali dan Muawiyah, Ibnu Abbas memihak kepada Ali dan pernah ikut menyaksikan peristiwa Jamal dan Shiffin. Pada waktu Ali menjawat khalifah keempat, beliau ditaklif untuk menjadi Amir di Basrah. Setelah beliau meletakkan jawatan sebagai Amir di Basrah, beliau menetap di Thoif. Di sanalah beliau mengamalkan ilmunya dan mengajarkan pada orang lain.


Majlis yang diadakan beliau banyak diminati orang. Kebanyakan kitab-kitab tafsir al-Qur’an yang ada banyak menisbatkan kepada beliau. Sebagian ahli-ahli bidang ini mengumpulkan takwilnya. Meskipun tidak lama hidup berdamping bersama Rasulullah, tapi beliau sangat rajin menimba ilmu langsung dari Rasulullah. Sehingga banyak sekali hadits-hadits yang diriwayatkannya. Kurang lebih ada 1660 hadits yang beliau riwayatkan. Diantara riwayat haditsnya, Rasulullah bersabda

Dua kenikmatan yang melalaikan kebanyakan manusia; kesihatan dan waktu lapang.”


Di akhir usianya, Ibnu Abbas mengalami kebutaan,.namun hal itu tidak membuat kendurnya semangat beliau untuk menggali nilai-nila yang terkandung di dalam al Qur’an serta terus bersikap kritis terhadap setiap perkembangan yang terjadi di tengah ummat pada masanya.. Ibnu Abbas wafat pada tahun 68 Hijrah dalam usia 70 tahun. Beliau wafat di kota Thaif dan dimakamkan di kota yang sama. Muhammad bin al-Hanifah ikut sholat jenazahnya. Apa kata al-Hanafiyah mengenai kematiannya pada waktu mau dikubur,

Pada hari ini seorang ahli agama telah meninggal dunia.”


Diatas bumi Thoif itulah tempat jasad beliau dikubur. Putra-putra beliau; al-‘Abbas, Ali as-Sajjad, al-Fadhl, Muhammad, Abdullah, Lubabah dan Asma.

Sahabat-sahabat boleh layari website dibawah untuk lebih kenali secara mendalam.

http://www.uinsuska.info/ushuluddin/attachments/074_IBNU%20ABBAS%20DAN%20PENGARUH.pdf


http://www.2lisan.com/agama/sahabat-agama/abdullah-bin-abbas/

0 ulasan:

Hakikat Post Terbaik


Sahabat

Hakikat Media