Sabtu, 17 September 2011

Kembara Ukhwah Ke Bumi Riau

Assalamu’alaikum..
Alhamdulillah, syukur atas rahmat yang Allah S.W.T berikan. Selawat daan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
Titipan kali ini berkenaan dengan Kembara Ukhwah Di Riau bersama Ust.Soffiean Al-Madani dan Ust.Afindi Ar-Rayyan pada 12 Sept 2011 hingga 15 Sept 2011 yang lepas. Kembara kami juga di iringi adik Ust.Afindi (Kibtiyah Hasyim) dan anak Ust.Afindi (Ajwad Ar-Rayyan). Kembara ukhwah ini menjadi lengkap dengan kehadiran Pak Khairul Anuar Musa (Pak Anuar )yang merupakan penduduk asal bumi Lancang Kuning ini.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Surah Ali 'Imran:190)

Maha Benar kalam Allah S.W.T. Allah menciptakan langit dan bumi,di situ juga kita dapat melihat Maha Luas ciptaan Allah S.A.W. Bumi Riau yang kami pergi melihatkan pada saya sedikit darinya. Perubahan masa yang lewat 1jam dari Malaysia, perbezaan bahasa dan budaya membuatkan saya teruja.

Ketibaan kami di bumi bertauh Riau ini disambut oleh Pak Anuar, ‘orang besar’ Riau yang menguruskan kami di sana. Selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Syariff Kasim Riau kami langsung ke Rumah Makan (Restoran) di sekitar Pekan Baru. Menu yang paling sedap di restoran tu ialah kari kambing.Memang mantop.. Kami kemudian di bawa ke tempat penginapan di Wisma 45.(macam hotel 3 bintang la)

Satu perkara yang menarik berkenaan Indonesia ini ialah budaya ilmu. Boleh juga saya katakan ibarat syurga bagi pencinta buku. Dalam tempoh 4 hari kami di sana,banyak kedai buku yang kami masuk, yang paling besar ialah Gramedia,penerbit buku Negeri 5 Menara dan Ranah 3 Warna. Lagi bertambah seronok beli buku di Indonesia ini pilihan buku yang banyak malah harga buku sangatlah murah. Salah satu keunikan kedai buku di sini , mereka menyediakan ruangan untuk membaca kepada para pelanggan.(kalau kedai buku Malaysia, xde ruang bacaan,malahan sesetengah tempat tu kena halau lagi kalau baca)

Satu penyakit baru yang menimpa saya sepanjang berada di sana, setiap 3 jam saya akan lapar. Jadi banyak la kedai makan yang kami singgah. Antara makanan yang tiada di Malaysia seperti ‘Piscok’ Apa tu piscok? Pisang Coklat. Indonesia ni suka buat akronim, contoh macam rumah kedai, di sana panggil RuKo singkatan bagi Rumah Toko. Kembali ke Piscok,nama pelik tapi sedap.Selain tu ade fastfood yang xde di Malaysia,California Fried Chicken (CFC)-sedap la juga. Bumi Indonesia, seperti yang kita tahu pernah di jajah oleh Belanda, mungkin depa suka makan roti jadi banyak kedai roti yang ada di sana. Malahan bertingkat-tingkat kedai roti di sana.Antara kedai roti yang ada ialah Hollano Bakery dan VanHollano.Roti-roti pun sedap, sampaikan saya bawa balik rumah jadikan ole-ole buat keluarga.

Cerita makan tak habis lagi, makanan tegahari kami sepanjang berada di sana sangatlah special. Hari kedua di sana dihidnag dengan Ikan Baung Salai dan Ikan Baung Masak Lemak. Alhamdulillah, jarang dapat rasa masak lemak sesedap itu.Makan tengahari hari ketiga makan Ikan Patin pula.Patin masak lemak dan patin bakar,sangat sedap. Kalau bab sarapan mungkin kena pastikan kedai yang sedap dan masakan yang kena pada tekak orang Malaysia. Cuma bagi saya lontong sayur dia sedap :)

Sepanjang duduk di sana, kehadiran Pak Anuar menceriakan suasana, pemegang Master UTM Skudai ini banyak ilmunya. Manakan tidak, beliau sangat gemar membaca sehinggakan dalam sehari beliau akan menghabiskan 200 muka surat buku dan kerap buka internet selama 4jam mencari ilmu.Kedahagaan ilmu dan kehebatannya menyebabkan saya kagum dengan beliau. Banyak perkongsian ilmu dan banyak tempat berjalan yang beliau bawa kami.

Sebenarnya tujuan kami Riau sebenarnya hanya ingin pergi melihat Universiti Islam Negeri (UIN) SUSKA RIAU. Melihat kampus,pengajian dan cara hidup pelajar di sana. Ust.Soffiean dan Ust.Afindi ingin berjumpa timb.dekan UIN Pak Ali Akhbar tetapi tidak berkesempatan. Selain dari UIN kami juga berjalan melewati Universiti Riau dan melalui Universiti Islam Riau. Seronok juga rasanya belajar di sana…

Kebebasan bersuara yang ada di Riau ini memang mantop. Kita boleh lihat demonstrasi terbuka yang mana jalan dikawal oleh polis, malahan mahasiswa turut berdemo dengan menaiki bas universiti.Rasanya kalau mahasiswa Malaysia….. Sebelum kembali ke Malaysia sempat juga kami singgah ke membeli ole-ole untuk keluarga. Kalau di sana, batik Riau atau bataik Jawa la yang paling sesuai dibawa pulang tambahan satu lagi makanan yang ‘famous’ untuk dibawa balik ialah lempuk durian.

Hari terakhir kami di Riau kami singgah di Masjid Agung An-Nur Riau. Masjid yang besar dan mempunyai pemandangan yang indah merupakan masjid negeri Riau. Satu lambang kemegahan Islam di bumi bertuah Lancang Kuning. Akhirnya Pak Anuar menghantar kami ke Lapangan Terbang dan kami berpisah di sana. Flight AirAsia kami delay sejam,maka tunggulah kami di situ sambil melihat jet pesawat tentera Indonesia yang membuat penerbangan di situ. Ketika dalam flight Ajwad banyak pula soalan yang di tanya. Salah satu soalannya di jiwab Ust Afindi dalam Quran ada menceritakan berkenaan dengan awan.Firman Allah S.W.T
Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya... (Surah An-Nuur:43)

Alhamdulillah 4hari di Pekan Baru Riau memberi banyak pengalaman baru buat saya yang kali pertama melangkah keluar dari Malaysia. Seinfiniti terima kasih buat Ust.Soffiean yang banyak mengeluarkan duit beliau untuk belanja saya (tiket penerbangan, penginapan dan makan), terima kasih juga buat Ust Afindi yang mengundang saya bersama ke sana. Tidak dilupakan Pak Anuar yang banyak membantu semasa kami di sana. Moga jasa kalian semua dirahmati dan di berkati Allah S.W.T. Jazakallah..

P/s: rasa nak pergi lagi lepas ni :)

2 ulasan:

Hadi Muslim berkata...

salam..perkongsian yg mnarik..macam di indonesia time baca..teringin juga ke sana//doakan dimurahkan rezki

13 Ogos 2012 pada 12:23 PG
MukhLiS berkata...

Akhi Hadi Muslim..InsyaAllah semoga tercapai hasrat enta.ameen

18 Ogos 2012 pada 9:45 PTG

Hakikat Post Terbaik


Sahabat

Hakikat Media