Selasa, 14 April 2009

Jawapan kepada Persoalan


Salam Ukhuwah..Salam Ziarah
Agak lama saya tidak update blog ni. Aktiviti yang tidak pernah lekang dengan keadaan waktu yang terbatas membuatkan saya tidak berkesempatan untuk update. Banyak persoalan timbul bilamana blog ni tidak update. Ada yang cakap saya sudah ingin menamatkan zaman bujang la, ada yang pening lihat background template dan ada juga yang menanti penulisan baru. Hmm… semua jawapan sudah terjawab sekarang. Blog dah update, tinggal menjawab persoalan kahwin je lagi. Baiklah, terus terang saya nyatakan bahawa saya baru sahaja selasai mengikuti kursus kahwin pada awal bulan April tadi. Disini suka ingin saya nyatakan bahawa saya masih belum mempunyai calon lagi. Jadinya desas-desus yang menyatakan saya ingin menamatkan zaman bujang itu hanyalah rekaan (provokasi dan kontroversi). Dalam kesempatan ini, mari kita melihat sudut Islam dalam menentukan pasangan hidup. Firman Allah S.W.T
“Dan kahwinlah orang orang bujang (lelaki dan perempuan) dikalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas ( rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui” (An-Nur: 32.)

Allah S.W.T Maha Pemurah dan Maha Penyayang, dari firman Allah ini jelaslah bahawa Allah akan melimpahkan rahmatNya pada mereka yang bernikah keranaNya. Jika miskinAllah akan menjadikan kaya, mungkin ianya kaya harta tetapi mungkin juga kaya dengan anak ,mungkin juga kaya dengan kehidupan yang membahagiakan dan kaya dengan ketenangan. Ingatlah bahawa Allah tidak akan memungkiri janjiNya. Cuma perlu untuk kita ingati bahawa dalam mencapai kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah berteraskan Islam yang syumul. Tidak tertinggal juga dari aspek pemilihan pasangan hidup buat muslimin dan muslimat. Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud

“Dikahwini akan perempuan itu kerana empat perkara : hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dari kalangan mereka yang beragama nescaya kamu akan selamat” . (Riwayat al- Bukhari dan Muslim )

“Apabila datang meminang kepada kamu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka hendaklah kamu kahwini akan dia, jika kamu tidak melakukannya nescaya akan berlaku fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang besar”. ( Riwayat al-Tarmizi)

Akhirnya ingin ana nyatakan bahawa walaupun kita bercakap kita belum ada calon, akan tetapi bersedialah untuk menghadapi alam rumah tangga. Pilihlah dari mereka yang soleh dan mampu membimbing. Hati-hati dalam memilih pasangan hidup kerana ianya menentukan perjalanan perjuangan Jamaah diluar kelak. Jangan di kampus tarbiyyah mantap, cerita bab perjuangan membara-bara, pergi demo sana-sini, meeting setiap hari, usrah tak pernah tinggal, tapi bila sudah keluar kampus, sudah kahwin, tarbiyyah entah kemana, perjuangan hilang menyepi, usrah susah hadiri, meeting tak pernah pergi, demo jarang sekali, Jamaah terkubur dihati. Sekadar renungan bersama….

1 ulasan:

Ummi Mujahidah berkata...

alhamdulillah, kata2 dihati yg terbuku kini tercatat. penulisan yg sentiasa segar bugar. mga trs istiqamah.

p/s: mga yg buat artikel x jd mcm yg prgn terakhir tuh. yela yg prmpuan ikut suami, jgn yg laki2 pulak ikut hati.. subhanallah..mintak jauhlah.

mga Allah satukan hati2 kita semua dijalanNya..

14 April 2009 pada 5:59 PTG

Hakikat Post Terbaik


Sahabat

Hakikat Media