Jumaat, 20 November 2009

Air Mata Terakhir di UTMKL


Salam Ukhwah, Salam Mahabbah, Salam Ziarah…
Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan untuk saya up-date blog ni. Lama juga tidak di up-date. Sibuk dengan final exam dan beberapa program yang di atur selepas exam. Sedar tak sedar sudah tiba sem akhir saya di bumi UTMKL. Sebelum kaki melangkah keluar dari UTMKL, sempat juga buat program terakhir untuk adik-adik di sini. Hati rasa tak tenteram jika tinggalkan adik-adik ni macam tu je sebelum selesai masalah. Alhamdulillah program yang kami buat untuk adik-adik ni memberi kesan positif kepada mereka. Malam terakhir program sangat menyentuh hati saya. Jarang saya menangis depan adik-adik ni. Malam tu menjadi saksi ukhwah di antara kami, malam tu juga menjadi saksi semangat adik-adik untuk berubah dan semakin laju dalam bergerak kerja. Alhamdulillah air mata terakhir saya di bumi UTMKL membolehkan saya melangkah keluar dengan syukur, lega dan bersemangat. Keyakinan saya kepada adik-adik mula bertambah dan saya dapat rasakan roh baru mereka untuk bergerak kerja. Alhamdulillah syukur kepada Allah atas semua yang ditentukannya. Perit maung, mehnah dan tribulasi dihadapi bersama-sama akhirnya membuahkan hasil. Terima kasih kepada semua ajk, penceramah, penta’aruf dan peserta kerana menjayakan program ini dengan jayanya.

Bumi UTMKL yang dicintai kini tinggal kenangan terindah dalam ingatan. Keputusan exam walaupun tidak sehebat mana,tetapi saya yakin dengan bantuan Allah. Sekarang ni fokus saya akan diberikan kepada GAMIS dan anak negeri yang rasanya banyak tanggungjawab tidak terbuat sebelum ni. Walaupun kini jadi pengangur terhormat tetapi tugas sebagai da’I tetap akan diteruskan. Tiba masa untuk berkhidmat di lapangan ummah sepenuh masa disamping berbakti buat ayahanda dan bonda. Akhir kalam, semoga segala gerak kerja, ukhwah, mehnah, tribulasi dan pengalaman serta perkongsian bersama tetap tersemat di kalbu dan dijadikan iktibar dalam meneruskan ranjau kehidupan akan datang.

Ukhwah Fillah Abadan ‘Abada.

7 ulasan:

Nur Hanisah Binti Abdul Hadee berkata...

salam alaik....tahniah buat enta dan shbat2 krn berjaya mereliasasikan matlamat pgrm utk adik2 ni..ana turut rasa bersyukur kerana allah mempermudahkan urusan antum..asif jiddan krn tdk berkesemptn untk turut serta membantu....tahniah juga kerana bakal bergelar graduan x lama lagi..semoga terus berjaya menggapai impian ke mercu kejayaan dunia akhirat....

22 November 2009 pada 7:22 PG
abu uwais alkamuntinji berkata...

ana menguchapkan terima kaseh banyak2 kepada enta dan sahabat2 yang se'batch' dengan enta kerana dari kalianlah ana di-perkenalkan dengan penghayatan Islam dan mula mencari erti ka-hidupan..jika tiada kalian yang mendakwahi ana mungkin ana menjadi manusia yang lagha kini sama seperti mahasiswa lain..kadang2 dulu mungkin nampak berselisih sedikit tetapi dari situlah membawa pengalaman untok mematangkan diri..melalui usrahlah ana kenal serba sedikit dengan ugama Islam..ana uchapkan Jazakallahukhoir..

23 November 2009 pada 11:37 PTG
Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah...moga tarbiyyah yg kita dapat di kampus utmkl menjadikan kita untuk terus bersama perjuangan islam hingga ahir hayat..insyaallah..sama-sama tingkatkan ilmu, amal...moga redha allah bersama kita semua...air mata tarbiyyah utmkl...

24 November 2009 pada 2:16 PTG
Tanpa Nama berkata...

tahniah kepada sahabat ku yang terus menghulur pundak dalam perjuangan hakiki...mengangkasakan islam dimata dunia(pinjam ayat mengangkasakan buadaya ilmu-gagasan utm)

Air mata adalah simbolik kepada perjuangan,adakalanya air mata yang gugur ke bumi ini,menafsirkan kejayaan dan juga tidak lepas dengan kekecewaan ...

sahabat2 yakin dan penuh percaya,didikan dengan kelangsungan tarbiyah dibumi utmkl dapat dizahirkan dengan mengimplimentasikan dalam segenap kehidupan,smada semasa dan selepas menempuh zaman menuntut diutmkl...

maka wajarlah air mata yang jatuh membuktikan,hasil daripada cernaan tarbiyah membentuk peribadi kita seorang mukmin sejati....

kerana anda seorang dai'e

1 Disember 2009 pada 12:11 PG
Ummi Mujahidah berkata...

tahniah sahabat.. ana terharu dgn usaha antum/na semua.. moga ukhwah kita terus berpanjangan selamanya.. :-)

1 Disember 2009 pada 12:25 PG
masYie berkata...

Salaam sekalung tahniah diucapkan!
Then, what's ur plan after this?
semoga terus thabat dalam perjuangan...

10 Disember 2009 pada 2:41 PTG
Tanpa Nama berkata...

salam..tahniah dah abis belajar,mga trus istiqamah..doakan kjayaan shbat2 yang masih di bumi utmkl.syukran

14 Disember 2009 pada 5:31 PTG

Hakikat Post Terbaik


Sahabat

Hakikat Media