GYF vs Konsert AmaL


Salam Kunjungan Salam Ziarah!!!
Pada penulisan kali ini saya ingin menceritakan tentang dua program yang berbeza tetapi dalam 1hari sama yang telah saya sertai lepas. Program 'Grab Your Future' anjuran Alumni Tautan Hati' pada 14.3 dan 15.3 dan program konsert 'Hari untuk Palestin dan Untukmu Rasullullah' anjuran sebuah badan agama kerajaan pada malam 15.3. Alhamdulillah kedua-dua program adalah sangat baik pada dasarnya tetapi bagaimana pada penerimaannya?..

GYB 1 KEMANFAATAN
Alhamdulillah bersyukur atas rahmat Allah S.W.T atas pilihanNya untuk saya berada dalam Jemaah ini. Program yang dianjurkan oleh Alumni Tautan Hati ini memang banyak memberi manfaat dalam diri ini. Agaknya saya paling terkesan dalm slot baitul Muslim rasanya huhu =) Tetapi bukan slot itu sahaja, malah slot-slot KD dan LDK ada kelebihannya. Terutama dalam menerangkan kepada diri tentang kepentingan mengintimakan diri dalam Jemaah apabila sudah graduate nanti. Mungkin agak terasa sikit dalam slot interview, walaupun mangsa adalah kalangan sahabat saya tetapi kata-kata Fasi yang 'maut' tu masuk gak dalam hati ini. Kesian sahbat-sahabat saya,sampai ada yang tension! Buat sahabat-sahabat jangan sedih itu just nak mengajar kita je! Terima kasih gak buat urusetia yang memang setia memasak. Terutama lauk last day, suka pula makan "nak minta resipi bole kak aziyati?" Syukran kepada penggerak-penggerak program. Ini hadiah untuk antum. Sabda Rasullullah S.A.W " Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang di sinari matahari" (Riwayat At-Tabrani)

KONSERT UNTUK PALESTIN DAN RASULLULLAH

Masyaallah... susah saya nak gambarkan keadaan program ini. Tajuk program memang membuatkan kita bersemangat nak pergi, sebenarnya abang Che Amran Raihan yang ajak saya datang program itu untuk berniaga dalam memantapkan lagi ekonomi PMIUTM. Yang ajak diri ini Raihan jadi kita fikir progam mesti penuh dengan unsur ingat-mengingati, nasihat-menasihati dan boleh untuk dijiwai sebab ianya berkisar tentang Rasullullah S.A.W dan keperitan hidup di Palestin. Sangkaan saya meleret sama sekali, sahabat saya Syukri yang ikut serta berniaga dengan saya bertanya "ni program apa ni? Baik kita duduk DS je". Kenapa jadi begitu? Dalam program ini bukan sekadar Raihan yang membuat persembahan, banyak artis-artis lain seperti Zahid,N.A.D.I dan Saujana juga hadir,ini tidak mengapa sebab berpaksi nasyid lagi walaupun lagu yang dibawa tidak ada kaitan dengan tema. Tamparan hebat ialah kehadiran 1group Inova dan Sixth Sence menambah kecelaruan matlamat program. Dalam kekalutan program itu saya melihat pengajur mula tidak senang duduk. Rahmat Allah pada saya apabila di pertemukan dengan mantan imam Masjid As-Syakirin KLCC Ustaz Shazli. Banyak juga kami perbualkan tentang program haritu dan sejarah hidup beliau. Program itu diakhiri dengan persembahan memperingati Gaza oleh Raihan dan zikir munajat serta doa untuk Palestin dari Al Fadhil Ustaz Shazli. Sebelum pulang sempat juga beli cd zikir munajat Ustaz Shazli dan minta autograf beliau. Pada saya program yang dianjurkan ini tidak mencapai matlamat.

*sedap dan merdu zikir munajat ustaz shazli,baik sahabat-sahabat dapatkan cd tersebut.
Read More

Lahirnya Insan Ini


Alhamdulillah bersyukur atas rahmad ilahi kerana di panjangkan usia saya. Selawat dan salam buat junjungan nabi Muhammad S.A.W ,para nabi dan rasul,kaum kerabat Baginda dan para sahabat Baginda. Alhamdulillah pada 11/03 tadi genap sudah umur saya 21tahun. Terima kasih kepada sahabat-sahabt yang menghantar masej ucapan hari lahir kepada saya. Moga Allah merahmati kita semua dan semoga ukhwah semakin mantap! Alhamdulilah Allah telah memilih saya masih istiqomah dalam perjuangan Islam ini. Semakin kita membesar semakin banyak perubahan diri dirasai, ilmu yang kurang semakin banyak dipelajari, hati yang kotor kini lebih suci, jiwa yang busuk cuba di harumi, minda tertutup telah di bukai, akhlak yang buruk terus di perubahi, fikrah yang kabur semakin diterangi, semangat yang luntur semakin berani, ukhwah terjalin mahabbah disulami, kehidupan di lalui dimantapi kepentingan haraki,moga Allah member Jannati!.
BONDA TETAP DIHATI
Walaupun rumah dan tempat belajar tidaklah jauh tetapi diri ini jarang pulang kerumah, seringkali bondaku meleteri diriku “Bila nak balik? Sibuk mengalahkan Perdana Menteri.” Kadangkala ianya mencuit hatiku, tetapi bila bonda tahu diriku ingin pulang kerumah, bonda ini sibuk memasak yang ‘sedap-sedap’ untuk anak bongsunya ini. Sifat keibuan yang ada padanya membuatku diriku begitu terharu. Terima kasih ibu kerana menggendong anak ini selama 9bulan lebih dan melahirkan anak ini. Tidaka pernah jemu menatang insane ini. Terima Kasih!

AYAHANDA SUMBER INSPIRASI
Ketika berusia 12tahun ayahandaku telah merantau ke Singapura untuk mencari rezeki. Kini usianya mencecah 50tahun,ayahandaku masih gagah berdiri,membanting tulang memerah keringat demi ahli keluarga yang di sayangi. Walaupun dirinya penggerak aktif UMNO cawangan Puchong, walaupun kami seringkali bercanggah pandangan aspek politik di Malaysia (diri ini hijau sikit) tetapi ianya tidak menjadi punca peretakan hubungan kami. Diriku tetap di ajar tentang Islam dari segenap aspek. Nasihatnya digunakan untuk ku Berjaya di dalam hidupku. Terima Kasih Ayahanda!

KEKANDA PENCETUS PERUBAHAN

Ingin diriku membalas herdikannya “Dalam keluarga kita ko yang bengap matematik” tetapi tidak ku lakukan. Malah kata-katanya itu kujadikan kekuatan untuk ku Berjaya. Alhamdulillah dengan herdikan yang lampau dan kejayaan mereka,menjadi kekuatna diriku untuk berubah. Walaupun diriku tidaklah jelas pekerjaan lagi tetapi kekanda-kekandaku boleh berbangga dengan kejayaan adindanya ini. Terima Kasih Kekanda!

Banyak lagi nak rasanya hendak dinyatakan terutama buat guruku,sahabatku,adik-adikku dan BAKAL ZAUJAHku tetapi atas keterbatasan waktu dan ruang maka cukup sekadar ini sahaja penulisan kali ini. Syukran kepada semua yang banyak membantu dalam pentarbiyyahan diri ini. Moga kita tetap istiqomah dalam perjuangan ini dan semoga ukhwah kita berkekalan abadi. Maaf andai kata diri ini pernah menyakiti hati mana-mana individu.
JAZAKALLAH
Read More

Akhirnya, seniman yang selalu menang


Faisal Tehrani
Mon | Mar 09, 09 | 7:32:57 pm MYT

"SAYA kena dekat hidung, mata dan juga kena tolak. Rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa. Ini merupakan kali pertama saya terkena gas pemedih mata dan ia mungkin akan berlaku lagi kerana saya akan terus memperjuangkan misi membantah PPSMI selagi kerajaan tidak memansuhkannya," kata Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI, Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said.

Semua orang rasanya maklum saya seorang pengarang sastera yang selepas pilihanraya umum lalu berasa tidak senang dengan semua parti politik yang ada. Justeru, secara peribadi saya merasakan; untuk menghubungkan tindakan pejuang bahasa yang membantah PPSMI dengan politik pembangkang seperti yang diusahakan oleh media elektronik dalam Buletin Utama dan Buletin 1:30 (Ahad lalu) memang dangkal.

Manipulasi sedemikian hanya akan menyebabkan pejuang bahasa dan intelektual Melayu semakin menjauhi pemerintah. Sesungguhnya kita tidak boleh menafikan yang isu bahasa adalah isu politik. Isu pendidikan adalah isu politik. Di Korea Selatan, Perancis, dan Jerman isu pendidikan adalah isu yang diketengahkan dalam pilihanraya dan selalu membawa pelajar dan pengajar ke jalan raya.

Lama dahulu sebelum saya menjelajah dunia sastera ini, ketika berguru dengan Pak Samad Said di celah-celah tiang Masjid Negara, sebelum mencicip kopi bersama Az di McGoo Deli, sambil menunggu Kak Shidah pulang dari kerja, Pak Samad memberitahu saya: "Untuk menguasai seni menulis itu mudah saja, bapak akan belikan buku-buku yang baik dan Faisal baca. Tetapi yang paling payah ialah menguasai seni bersikap."

Hari ini kita tahu mengapa Pak Samad menjadi ikon sehingga foto beliau dicetak pada t-shirt anak-anak muda yang turun ke jalan raya pada 7 Mac lalu. Seorang seniman hanya dapat dihormati dan dipercayai kerja-kerjanya apabila dia bersikap. Selagi tidak bersikap, kerja atau karyanya (waima menang hadiah) hanyalah satu karangan indah yang tiada makna.

Hayati sikap Datuk A Samad Said ini:

1. Setiap orang Melayu yang mencintai bahasanya harus membuang undi menyanggah pucuk pimpinan yang tidak melestarikan bahasa ibundanya. Ertinya kalau dimana-mana pun kalau ada calon yang menentang bahasa ibundanya, kita harus tentang mereka dengan tidak undi mereka. Kenapa kita mesti pilih orang yang mahu mengucupkan bahasanya. Kita ada undi, ajar mereka dengan undi kita.

2. Saya juga kecewa dengan kenyataan Menteri Pelajaran yang mengatakan dia malu bila pejuang bahasa pergi ke jalanan dan seharusnya menggunakan lorong-lorong tertentu. Pejuang bahasa memilih jalanan kerana sudah tidak ada lagi lorong-lorong yang boleh dimasuki.

3. Saya fikir pemimpin tertentu sahaja begini. Yang saya dengar kalangan akar umbi Umno juga menolak PPSMI. Tetapi bila yang berkuasa terlalu diberi kuasa maka jadinya pucuk pimpinan sentiasa benar. Pucuk pimpinan tidak bersedia untuk berkompromi. Saya fikir penghakisan pengaruh Umno antara sebabnya saya fikir kerana mereka terlalu bertelinga satu dan mereka terlalu berlidah dua.

Oleh kerana persidangan Agung Umno semakin hampir, setiap pemimpin Umno tidak mahu tersilap. Kalau tersilap mereka akan tersingkir lebih awal. Mereka mahu masuk dalam lingkungan itu hingga Mac. Di situ kita boleh lihat wajah sebenar mereka ini. Beruntunglah kalau benar-benar politik rasuah itu dapat disisihkan. Saya mahu lihat yang bukan RM200 ditangkap tetapi yang berjuta ringgit. Yang tangkap jumlah kecil ini cuma wayang gambar tetapi saya mahu lihat yang besar-besar juga ditangkap.

4. Memang ini penghinaan. Bukan saja penghinaan saya fikir ketidakyakinan dan tidak bersedia memartabatkan bahasa oleh pemimpin Melayu itu sendiri. Kalau orang lain atau bangsa lain tidak berbuat begitu, saya tidak kisah dan saya boleh tidur dengan lena. Tetapi yang mengecewakan saya adalah pemimpin Melayu itu sendiri tidak yakin dengan bahasanya.

5. Jadi memang sesuatu sudah terbuku di hati, sudah tetap mahu dilaksanakan supaya bahasa Inggeris itu dijadikan bahasa pengantar. Kalau Menteri Pelajaran kata ada lorong untuk diusahakan sebenarnya lorong itu sudah lama tiada maka sebab itu kami pergi ke jalanan.

6. Kalau dalam Gapena, saya fikir akhir-akhir agak samar. Saya tidak tahu apakah Gapena benar-benar menyokong perjuangan bahasa ini. Terakhir saya dengar Gapena mahu menyaman kerajaan. Saya tidak pasti sama ada itu satu pengucapan yang serius atau tidak. Memang tidak ternampak tokoh-tokoh Gapena berada di tempat-tempat yang sepatutnya. Contohnya di Sogo, saya tidak nampak, mungkin ada di belakang-belakang, saya tidak tahu tapi sepatutnya mereka ke depan.

Saya fikir penyertaan Gapena yang agak total perlu kerana mereka adalah gabungan penulis-penulis Melayu. Kalau tidak ke depan maka ia semacam ada yang tidak kena kerana mereka adalah induk jadi mereka perlu lebih ke depan.

Saya dengan rasa penuh hormat terhadap Professor Ismail Hussein dan rakan-rakannya menyatakan sikapnya dengan jelas dan total. Mereka mahu melestarikan bahasanya atau tidak.

7. Malah ketika dibawah pemerintahan Dr Mahathir selama 22 tahun, beliau tidak cuba melestarikan bahasa. Dan itu tidak dilakukan. Dan saya tidak tahu apakah yang sudah tersusup dalam hati nurani mereka hingga mereka tidak percaya kepada bahasa mereka sendiri. Dikatakanlah bahawa bahasa Melayu itu kuat.

Pertanyaan saya, apakah yang dilakukan oleh elita kuasa Melayu ini untuk menguatkan bahasa Melayu? Apa yang saya nampak mereka semakin menguncupkan bahasa dan menghala kepada penazak bahasa dan akhirnya akan menjadi pengubur bahasa. Yang salah terbukti elita kuasa Melayu ini kerana tidak berusaha melestarikan bahasa Melayu. Yang kita dengar bahasa Melayu ini tidak cukup kuat untuk memberikan rezeki, apa ini? Yang memberikan rezeki itu Tuhan bukan bahasa. Dan ini adalah dosa-dosa bahasa orang-orang yang mengucupkan bahasa ini.

(Begitulah intipati wawancara Harakah dengan A Samad Said.)

Nah, apa hubung kait dengan lelaki berkeris di atas (penulis letakkan gambar Hishamuddin Hussein dalam blognya)? Mengapa Menteri Pelajaran menafikan desas-desus yang peluangnya untuk memenangi Naib Presiden Umno terjejas ekoran bantahan rakyat terhadap PPSMI? Mungkinkah kerana sebetulnya, peluang beliau semakin menipis.

Kata-kata Pak Samad: 'Ertinya kalau dimana-mana pun kalau ada calon yang menentang bahasa ibundanya, kita harus tentang mereka dengan tidak undi mereka. Kenapa kita mesti pilih orang yang mahu mengucupkan bahasanya. Kita ada undi, ajar mereka dengan undi kita' akan menghantui beliau.

Untuk mereka yang tidak hadir sama ke acara tunjuk kasih 7 Mac lalu dengan alasan ia menjadi medan politik, sila baca alasan Pak Samad mengapa beliau ikut sama berarak di jalanraya sehingga sanggup disembur gas pemedih mata.

Ingatlah kata Pak Samad, yang beri rezeki buat kita ialah Tuhan, bukan bahasa. Ini basis keimanan, serlahkan ia terhadap anak-anak.

Mencontohi Pak Samad yang berani menyatakan sikap terhadap teman-temannya dalam GAPENA, saya juga ingin menyatakan sikap terhadap teman-teman pengarang:

Menulis sastera Melayu tanpa menyertai perjuangan mempertahankan bahasa Melayu ,di saat ia memerlukan, adalah bacul. Kerana saat bahasa Melayu ini terkubur kelak, novel yang ditulis pun akan turut terpadam. Membiarkan bahasa Melayu dipertahankan oleh anak-anak muda dari parti politik, sedang kita menyulam pelbagai alasan untuk tidak turun padang, adalah dayus. Ini masanya, bak kata Allahyarham Usman Awang; nama kalian telah diseru, sahutlah sebelum jadi bisu.

Nota Tambahan (saranan Sofwah, terima kasih!):

Bagi sesiapa yang ingin menjawab blog-blog penyokong PPSMI yang semakin bercambah, saya berharap ia dilakukan dengan tenang dan rasional. Saya lihat mereka suka membuat kesimpulan:

1. Ia bermotif politik.

2. Pejuang bahasa pun cakap Bahasa Inggeris, jadi, kenapa nak tentang PPSMI?

3. Pejuang BM anti Bahasa Inggeris.

4. Anak, anak sedara, adik sedara, anak sepupu sepapat, anak dua tiga empat pupu, suka PPSMI, jadi, anak orang lain, anak sedara orang lain, adik sedara orang lain pun akan suka PPSMI.

5. Pakcik makcik sepupu sepapat dua tiga empat pupu papat mengajar Sains dan Matematik dalam BI suka PPSMI, jadi, kenapa pejuang Bahasa tak suka PPSMI?

6. PPSMI akan membantu pengajaran BI.

7. PPSMI tidak akan menganggu-gugat BM; dan banyak lagi persepsi cetek.

Ternyata mereka tidak membaca sebarang kajian. Kita ingin mengingatkan pejuang bahasa bukan bodoh wahai Datuk Seri Hishamuddin, kita bertindak selama enam tahun dengan penuh kesabaran sambil melakukan kajian mendalam. Dan pihak beliau telah menutup jalan rundingan, sehingga Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said yang diketahui bersikap berkecuali dari segi politik telah memilih pentas politik.

Saya ingin menyarankan sesiapa yang bertemu dengan blog-blog penyokong PPSMI untuk memautkan kajian/pandangan alternatif seperti contoh di bawah ini:

1. Kajian Akademik

2. Profesor Shaharir Md. Zain

3. Bahasa Melayu untuk Sains, Matematik tetap realistik

4. Profesor-Profesor Melayu dalam Bidang Sains yang Menentang PPSMI

5. Kosmologi Bahasa

6. Menjawab Gabungan Pro PPSMI; dan meminta mereka berfikir lebih dalam lagi.

Untuk penguasa, saya ingin mengingatkan yang belum ada politikus menang dalam melawan seniman. Di hujung, meski panjang jalannya - seniman selalu akan menang. - tehranifaisal.blogspot.com
Read More

Usrah Memperingati Rasullullah S.A.W


Salam Ziarah..Salam Ukhwah ..Salam Mahabbah

“Kat cafe???” Terperanjat adik IGG saya ketika saya beritakan tentang perjumpaan usrah kami. Beliau adalah adik usrah yang baru saya ajak menyertai usrah saya. Selepas saya menceritakan bahawa usrah ini bukan di surau sahaja, kami pernah juga buat usrah di Tasik Titiwangsa dan jamuan usrah terakhir di Pizza Hut, adik tadi bertambah terperanjat. Selepas itu dia datang menyertai usrah kami di café pada hari Khamis yang lepas. Alhamdulillah tugasan yang saya berikan kepada mereka untuk mengkaji perang-perang di zaman Rasullullah berjaya disiapkan dengan baik oleh semua ahli usrah termasuk adik tadi. Pada malam itu kami bincangkan tentang perang Badar,Uhud,Mutah,Tabuk,Hunain dan perang Jamal.. Perbincangan yang pada kiraan saya memberi kesan kepada hati kami semua apabila menyusuri perjuangan Rasulullah S.A.W dan para sahabat dalam memperjuangkan Islam.

Kenapa ye pilih peperangan Rasullullah? Sebenarnya kita ni kurang maklum tentang perjuangan Rasullullah S.A.W. Ini memang terbukti apabila usai usrah kami adik-adik ini menyatakan sangat kagum dengan topik usrah pada hari itu. Banyak input baru yang kami dapat. Ok sekarang mari kita kaji sedikit siapa itu baginda. Hanya sedikit pengkajian kerana banyak juga blog menceritakan tentang baginda dengan lebih mendalam.Seperti yang kita sedia maklum tarikh 12 Rabiulawal adalah tarikh keramat yang mana tarikh bersejarah ini lahirlah seorang junjungan yang memberi rahmat ke seluruh dunia. Baginda ialah Nabi Muhammad S.A.W nabi untuk umat akhir zaman ini. Sejauh mana kenalnya kita kepada baginda? Adakah cukup hanya kita tahu lahir baginda,ayah,ibu,tempat lahir dan riwayat umur baginda? Hmm..tetapi jangan cakap sirah nabawi, soalan asas yang tadi pun kalau kita tanya kepada remaja diluar sana pasti ada yang tidak tahu nak jawab. Sungguh besar kesan perlaksanaan Maulud Nabi ni disambut. Akan tetapi ada juga golongan yang menentang perkara ini,dengan menganggap ianya bid’ah maka mereka menghukum penyambut Maulud nabi ini sebagai ahli neraka! Pada pandangan saya ianya hanyalah bid’ah hasanah yang paling bagus dilaksanakan dan bukan neraka tempatnya bagi penyambutnya. Kesan yang paling besar ialah, pada maulidurrasul inilah orang banyak berselawat ke atas nabi dan pada hari ini juga ramai golongan remaja mula ingat semula siapa Rasullullah S.A.W. Hakikat Ketelusannnya ialah sejauh mana kita kenal Rasullullah baik dari segi peribadi baginda, prinsip hidup,peperangan malah seluruh aspek mengenai Baginda. Semoga kita akan mendapat syafaat baginda di akhirat kelak!.
Read More

Hakikat Post Terbaik


Sahabat

Hakikat Media