Imtihan Menguji Kesabaran


Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan dan kesedihan melahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.” Riwayat Sunan Bukhari dan Muslim.
Seringkali ujian datang melanda. Baik ianya langsung dari Allah mahupun dizahirkan melalui makhlukNya.Ujian yang berat datang menimpa menyebabkan hati selalu bermonolog duka. Syaitan,iblis tidak pernah leka menghasut, nafsu serakah,amarah juga mendesak supaya menyalahkan takdir dari tuhan. Tidak cukup dengan itu, kata-kata sindiran dari kawan-kawan juga lagaknya membuat hati semakin panas. Lantas mencabar keimanan dengan hilangnya konsep sabar. Perkara ini sering berlaku, terkadang ianyanya memberi tekanan yang mendalam sehingga kemurungan, kurang keyakinan dan sering menyalahkan. Persoalannya,adakah ini akhlak islami? Ujian yang melanda. seharusnya mendidik jiwa untuk tabah, sabar dan bersyukur. Malahan Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang berbunyi:

“Menakjubkan urusan seorang mu’min, jika ia mendapatkan ni’mat maka ia bersyukur dan syukur itu sangat baik baginya. Dan jika ia ditimpa musibah maka ia bersabar dan sabar itu sangat baik baginya.” (HR Muslim & Tirmidzi).

Islam agama yang indah, malahan dengan Islam juga membawa kepada kejayaan. Allah juga tidak akan menguji seseorang itu melainkan mereka mampu menghadapi ujian Allah. Akan tetapi Allah sentiasa akan menguji makhluk ciptaanNya bagi melihat siapa yang benar-benar beriman kepadaNya. Ini dibuktikan dalam Ayat Al-Quran:

"Dan sesungguhnya Kami tetap akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang yang berjuang dan bersabar daripada kalangan kamu dan agar Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita mengenai keadaan kamu." (Surah Muhammad: ayat 31)

Firman Allah lagi bermaksud: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan." (Surah Al-Ankabut: ayat 2)
Juga bila direnung kembali pada permulaan penulisan ini, hadith tadi cukup jelas menyatakan bahawa salah satu dari kelebihan ujuian Allah di dunia ini adalah bagi mengurangkan azab kita di akhirat kelak.

Sahabat-sahabat Yang Dirahmati Allah sekalian;
Ketibaan final exam kali ini mungkin sekali menguji kesabaran, keimanan juga tahap kesyukuran kita kepada Allah S.W.T. Semoga kita berjaya memperolehi kejayaan pada peperiksaan akhir yang sudah kunjung tiba ini. Akhir nukilan dari saya, saya memohon ampun atas segala dosa yang dilakukan. Juga mengharapkan doa ikhlas dari sahabat-sahabat buat diri ini dan sahabat-sahabat di sini agar mendakap kejayaan
Rabbi Yassier Wala tu a'ssir wa tammim bi khoir waj a'lna minan najihin fid dunia wal akhiroh..amiin
Read More

Gerbang Perkahwinan Farhan



Perkahwinan adalah merupakan satu ibadah suci yang termaktub dalam al-Quran dan hadith-hadith Nabi. Dalam perkahwinan itu sendiri mengandungi banyak hikmah dan keistimewaan. Maka sesiapa yang mampu melaksanakannya dengan sempurna, maka ia dan pasangannya akan mendapat ganjaran.

Dalam surah ar-Rum ayat 21, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untuk mu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya; dan dijadikannya antara kamu rasa kasih sayang.

Dalam sebuah hadith, Baginda Rasulallah pernah bersabda yang bermaksud:

"Bahawa dua rekaat solat orang yang beristeri adalah lebih baik daripada tujuh puluh rekaat solat orang bujang".

Dalam memenuhi tuntutan sunah Rasullullah ini, pada tarikh 17.10.2009 merupakan tarikh keramat bagi keluarga kami. Di tarikh ii Farhan telah sah menjadi suami orang sekaligus menamatkan zaman bujangnya. Dijodohkan dengan Nor Azma binti Ghazali graduan UM" dalam bidang pendidikan Islam dari Kuala Nerang Kedah. Majlis besar-besaran yang diadakan di rumah pengantin perempuan menjemput 5000orang dan sebanyak 3ekor lembu menjadi mangsa untuk santapan tetamu yang hadir. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Cuma masa dj sebut nama je yang kurang tepat. Dia sebut nama pengantin lelaki Farhan sahaja, bukan Farhannizam. Sahabat saya Akhi Syukri dan Akhi Tasnim terus memandang saya. Kami tergelak bila dia mengulangi beberapa kali.
Tak kisah la.. yang penting abang saya sudah selamat menjadi raja sehari. Di kesempatan ini juga saya mengucakan terima kasih buat sahabt saya Akhi Tasnim, Akhi Syukri, Ukhti Faten dan Kak Farhana kerana sudi hadir bersama-sama memeriahkan lagi majlis. Buat abang dan kakak ipar saya Muhamad Farhannizam dan Nor Azma, saya ucapkan tahniah dan saya mendoakan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat. Semoga dipertemukan di syurga Allah kelak. Amiin..
Read More

Aidilfitri Riang dan Suram


Salam Aidilfitri Salam Mujahadah, Salam Mahabbah..
Raya betul saya ni, sampai nak up-date blog pun tak sempat. Aidilfitri menjelma seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Walaupun tahun ni saya menyambutnya dengan agak kurang gembira. Tetap gembira cuma rasa kurang sikit. Maklum la kita buat open house dengan hajat sahabat-sahabt dapt hadir dengan gembira, tetapi tiba-tiba je ada yang tidak dapat hadir. Mungkin ini satu ujian walaupun saya faham kenapa mereka tidak hadir. Selain dari itu perkara yang tidak menggembirakan saya ialah perkara seperti tahun-tahun lalu masih berlaku. Habis sahaja Ramadhan maka bermula pesta meraikan syaitan bebas dari belenggu. Banyak konsert diadakan, hiburan di televisyen yang melampau.Yang ni pun mengurangkan gembira ana, pakaian raya perempuan yang melampau. Lepas buat pahala buat dosa pula. Banyak sangat ke pahala masa Ramadhan tadi? Mana KPI Ramadhan kita? Dimana sifat Qanaah kita?

Gembira vs Bencana
Aidilfitri yang datang kali ini benar-benar menguji kesabaran, ketabahan dan sifat kemanusiaan kita. Di masa-masa kita bergembira tiba-tiba kita di gemparkan dengan peristiwa gempa bumi di negara jiran kita Indonesia.Padang yang dulu megah dengan cendiakawan kini tidak ubah seperti padang jarak padang tekukur. Ketika kita enak makan lemang,ketupat dan rendang mereka hanya makan mee segera dan biskut kering sahaja. Ketika kita berpakaian raya baru mereka pula sehelai sepinggang tanpa pakaian. Bukan sekadar di Indonesia sahaja. Perkara yang sama turut di rasai oleh sebahagian warga Filiphina, Vietnam dan Myanmar yang terkana taufan kersana, juga turut di ratap bersama di selatan Amerika yakni Samoa yang dilanda tsunami yng menggila. Ianya tidak habis disitu, Palestin, Al-Quds terus diserang. Mungkin asyik kita bermain mercun di kampung halaman, mereka kini berusaha mengelak bom dari laknat Yahudi. MasyaAllah...

Bagan Pinang Mengundang Perubahan.
Aidilfitri digamatkan lagi dengan kehadiran PRK N.31 DUN Bagan Pinang.Habis satu PRK datang satu lagi PRK. Kini Bagan Pinang pula menjadi taruhan. Adakah BN mamapu mengekalkan kemenangan di situ ataupun kemenangan di tangan PAS yang ketika ini semakin mendapat keyakinan dari rakyat. Situasi yang mana kedua-dua parti ingin menunjukkan mereka sedang berubah dan ingin melakukan perubahan jika diberikan kemenangan. Harapan besar diberikan kepada calon PAS
Zulkefly Mohamad Omar untuk membuat perubahan besar jika diberikan kemenangan oleh Allah S.W.T. Semoga Allah memberikan kemenangan buat Islam khususnya dan PAS amnya.

Akhir nukilan kali ini, saya meminta maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini ini atas semua kekhilafan diri. Mohon diampunkan segala dosa dan dihalalkan segala perkara.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
Read More

Hakikat Post Terbaik


Sahabat

Hakikat Media