Kiamat 2012 Hampir Pasti???
Assalamu’alaikum sahabat2 yang dirahmati Allah S.W.T
dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya; dan bahwasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur. (Al-Hajj : 7)
Pada penulisan kali ini saya ingin membawa semua untuk merasakan bahawa hari kiamat itu hampir tiba. Ramalan suku kaum maya yang menyatakan bumi akan musnah dan dimurnikan lalu diganti dengan peradaban baru telah menjadi bualan masyarakat umum. Filem 2012 telah merealisasikan gambaran ramalan kaum maya telah menyebabkan ramai yang tertanya-tanya adakah 2012 ini kiamat? Malahan ada yang sangat meyakininya apabila beberapa peristiwa-peristiwa hitam yang berlaku selepas filem ini ditayangkan pada 2009 berlaku.
Gempa Bumi
Tahun 2010 melihatkan kepada kita banyak sekali gempa bumi. Tanggal 12 Januari 2010 permulaannya, dengan kekuatan 7 skala Richter ini telah mengakibatkan kemusnahan bagi Haiti dan kawasan-kawasan berdekatan dengannya. Seramai 16 kaki tangan PBB terkorban dalam bencana tersebut, iaitu 11 askar Brazil, seorang anggota pengaman Argentina, 3 polis Jordan serta seorang pegawai tentera Chad. Sementara itu, Perdana Menteri Jean-Max Bellerive hari ini memberitahu, angka kematian akibat gempa bumi di Haiti hari ini dilapor mencecah 212,000 nyawa. Banyak lagi gempa bumi yang berlaku selain dari di Haiti, contohnya di Acheh pada 7 April 2010 dengan kekuatan 7,2 skala Richter.
Taufan
Pada 28 Jun 2010, Taufan Alex membadai pantai Texas, selatan Teluk Baffin dan Port O'Conner. Gabenor Texas mengumumkan bencana di 19 buah daerah. Sebenarnya bencana ini sudah dikesan sejak dari 12 Jun lagi, yang mana tiupan taufan ini dibawa dari Afrika menuju ke Afrika Atlantik. Taufan Alex ini telah mengakibatkan 28 kematian dan kerosakan yang teruk pada Negara yang terlibat seperti Amerika dan mexico.
Pada 18 Oktober 2010, Taufan Megi melanda Wilayah Isabela, timur laut Filipina. Berukuran lebih daripada 600 kilometer (370 batu) di seberang, Megi adalah taufan tropika ke-15 dan ke-7 musim taufan di Lautan Pasifik Barat. Itu adalah siklon tropika paling kuat sepanjang tahun 2010.
Tsunami
Bermula di chile pada 27 Februari 2010 pada 8.8 skala Richter kemudian selang sehari tsunami terus memukul ombak ke Hawaii, adalah permulaan bencana tsunami pada tahun 2010. Lalu ianya berterusan ke Acheh dan terkini di Jepun. Jepun kini dilanda tsunami setinggi empat meter (13 kaki) ekoran daripada gempa bumi berukuran 8.9 pada skala richter yang berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun. Malahan dari perisiwa gempa bumi dan tsunai ini telah menyebabkan letupan loji janakuasa nuklear di Daiichi, Fukushima. Jumlah rasmi kematian terkini musibah berkembar di Jepun dicatatkan melebihi 4,300 nyawa, manakala lebih 8 ribu yang lain dilaporkan masih hilang.
Banyak lagi peristiwa-peristiwa selain dari yang disebutkan tadi, contohnya letusan Gunung Merapi dan kejadian yang lainnya berlaku pasca filem 2012 yang hampir menepati ramalan kaum maya yakni 2012 akan berlaku pemurnian dan dunia akan musnah dan diganti peradaban yang baru sehingga ada sebahagian lainnya menyatakan 21/12/2012 adalah hari Kiamat.
Adakah persoalan bila hari kiamat penting atau apakah persiapan kita menghadapi hari akhirat penting? Rasulullah S.A.W sendiri tidak mengetahui bilakah hari kiamat berlaku, hatta malaikat israfil juga tidak mengetahuinya. Ini terbukti dalam hadis nabi yang bermaksud :
“Suatu hari seorang lelaki Arab Badwi datang bertanya kepada Nabi: “Bilakah hari kiamat?” Ketika itu Nabi sedang berucap, dan tidak mengendahkan soalan itu. Namun setelah tamat berucap Nabi berkata: “Manakah orang yang bertanya mengenai hari kiamat tadi?” Lelaki itu berkata: “Aku wahai Rasul Allah”. Nabi menjawab: “(Kiamat akan datang) Apabila amanah telah disia-siakan”. Orang itu bertanya lagi mendapatkan penjelasan: “Bagaimanakah mensia-siakan amanah itu?” Nabi menjawab: “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Ahmad)
Malahan malaikat Jibrail pernah menyerupai manusia dan bertanya tentang hari kiamat?
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam menjawab:
“Tidaklah yang di tanya tentang hal itu lebih tahu dari yang bertanya”
Hadis ini dan juga banyak hadis menjelaskan bahawa Nabi sendiri tidak mengetahui bila hari kiamat akan berlaku secara tepat. Nabi S.A.W juga menjelaskan dalam satu hadis malaikat Israfil tertunggu-tunggu arahan daripada Allah untuk meniup sangkakala.
“Bagaimana boleh aku berasa tenteram dan tenang, sementara Malaikat Israfil telah meletakkan trumpet ke dalam mulutnya, menumpukan perhatian dan memusatkan pendengarannya sambil menunggu perintah untuk meniupnya…” (Hadis Tirmizi, dinilai sahih oleh Al-Albani)
Atas dasar apa kita sanggup menggoyahkan aqidah dengan mempercayai bahawa 2012 adalah hari kiamat? Dengan melihatkan peristiwa-peristiwa hitam yang berlaku, masih tidak cukup lagi menyatakan kiamat itu 2012. Yang pasti kiamat itu sememangnya dekat.menurut hadis shahih berkenaan kiamat ini Rasulullah S.A.W bersabda :
Jibril alaihisalam berkata… Khabarkan kepadaku hal tanda tandanya. Rasulullah sallallahu alaihiwasalam menjawab :
“Apabila seorang perempuan melahirkan tuannya, dan apabila orang yang bertelanjang badan, penggembala kambing berlumba lumba meninggikan bangunan (HR Muslim)
Selain itu
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
Banyak lagi hadis yang menyatakan kiamat hampir berlaku, Cuma tiada hadis yang menyatakan ianya berlaku pada 2012. Cukup kita meyakini bahawa dari hadis-hadis nabi yang sekian banyaknya menjuruskan kepada kita bukti bahawa kiamat sudah dekat., Pandangan peribadi saya menyatakan adalah lebih baik kita fokuskan persiapan bekalan kita menghadapi hari bertemu Allah berbanding kita memikirkan bilakah kiamat akan berlaku. Takutlah akan Allah dan pembalasannya bagi mereka yang ingkar perintahNya. Perbanyakkanlah amalan kita dan banyakkanlah memuji kebesaranNya serta berdoa atas keredhaanNya.Penulisan kali ini adalah bertujuan menyanggah pandangan berkenaan keyakinan bahawa 2012 pasti berlaku kiamat. Moga sama-sama kita ambil iktibar.
"Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api” ( Hadis dari Anas bin Malik, riwayat Tirmizi )
3 ulasan:
tanda2 tu memang dh banyak dik,tetapi kita (sya la) dok lalai lagi....doakan sy ye...
19 Mac 2011 pada 3:31 PTGthank,s for the nice sharing.mohon dikongsi bersama temna-teman saya.syukran.
25 Mei 2011 pada 2:42 PTGSama2 kita berdoa n berkongsi utk kebaikan bersama.
4 Jun 2011 pada 11:01 PTGCatat Ulasan