Akhlaq Berorganisasi
"Demi
sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang
baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan
(balasan baik) Hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah
banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."
[al-Ahzab
33:21]
Islam itu
datang bersama akhlaq. Seperti yang dinyatakan dalam ayat Al-Quran di atas
bahawa Rasulullah S.A.W itu di utuskan sebagai ikutan buat ummatnya. Akhlaq sangat penting bagi kita ummat Islam.
Malahan ianya juga menjadi silang fungsi bagi pembentukan mukmin. Dalam Islam kita cukup faham aqidah dan
ibadah adalah perkara asas utama dalam Islam. Akan tetapi ianya tidak lengkap
tanpa akhlaq. Ibaratnya seperti sebuah rumah.. Aqidah merupakan asas dan tapak
kepada rumah, ibadah merupakan dinding rumah manakala akhlaq merupakan atap
kepada rumah tersebut.
Akhlaq Dalam Organisasi.
Kata-kata yang cukup masyur dari Saidina Umar r.a
"Tidak
tertegak Islam melainkan dengan usaha berjama’ah. Tidak bermakna jama’ah
melainkan dengan pimpinan. Dan tidak bermakna kewujudan pimpinan kecuali diberi
keta’atan oleh anggota kepadanya".
Dalam kita berorganisasi pasti
ada pemimpin(qiadi) dan yang dipimpin (jundi). setiap dari mereka memainkan
peranan masing-masing dalam menghidupkan dan menggerakkan sesebuah organisasi.
Dalam banyak perkara yang di catur dan strategi pengurusan yang dibentuk,
ianaya pasti akan pincang atau lemah tanpa ada akhlaq dalam berorganisasi. Bagi seorang yang berorganisasi,
seharusnya 10 muwasaffat tarbiyyah yang di gariskan oleh As-Syahid imam Hassan
Al-Banna hasil dari rujukan Al-Quran dan As-Sunnah seharusnya di jadikan penerapan
dalam diri kita. Malahan ianya disokong lagi dengan 10 rukun baiah seharusnya
menjadikan seseorang yang berorganisasi baik ianya qiadi atau jundi lebih
berperanan dan amanah.
Lumrah dalam adik beradik pasti
ada sikit pertelingkahan, begitu juga dalam kita berorganisasi. Persoalan yang
timbul ialah bagaimana akhlaq kita menyelesaikan konflik? Perlukan kita
meninggikan suara kepada orang yang lebih tua dari kita? Perlukah kita canang
dan dedahkan kebencian kita serta keaiaban pemimpin kita di dalam media,blog
atau sebagainya? Adakah ini akhlaq yang kita pelajari dari Rasulullah S.A.W?
Bukankah Rasulullah S.A.W melarang kita meninggikan suara kepada orang tua,
menutup aib sahabat, memaafkan orang lain serta berlapang dada?
Imam Ghazali r.a mengatakan:
"Akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di
dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan
pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji
menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya
apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk."
Saya mohon maaf andai ada yang
tidak bersetuju dengan huraian saya, tetapi saya minta kita selaku umat
Rasulullah S.A.W harus fikir untuk mencontohi teladan Rasulullah S.A.W.
Buangkan ego kita yang menebal dalam berorganisasi, tingkatkan rasionalsi dan
kurangkan emosi dalam memimpin, utamaka kepentingan umum berbanding kepentingan
diri dan sentiasalah mendekatkan diri kepada ilahi. Moga Allah S.W.T
mengampunkan dosa kita dan memberi ruang untuk kita memegang amanah dengan
bertanggungjawab serta lebih berakhlaq di dalm berorganisasi. Saya akhiri
penulisan dengan sabda Rasulullas S.A.W :
"Sesungguhnya
orang yang paling aku cintai di antara kalian dan yang paling hampir tempat
duduknya dengan aku pada Hari Kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya. Dan
sesungguhnya orang yang paling tidak aku sukai dan paling jauh tempat duduknya
dari aku pada Hari Kiamat adalah orang yang banyak berbicara, bermulut besar
dan sombong"
(Riwayat al-Tirmizi)
0 ulasan:
Catat Ulasan