Rabu, 1 Jun 2011

Warkah Buat Anak-anak SMIP

Assalamu’alaikum..

Al-’Asr 103: (1-3)

Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Alhamdulillah bersyukur atas rahmat Allah, Selawat ke atas jungjungan besar nabi Muhammad S.A.W.Buat pertama kalinya penulisan ini saya tulis khas buat semua pelajar-pelajar saya yang saya sayangi. Ini pesanan saya untuk semua. Cuti sekolah merupakan perkara yang paling di gemari oleh semua pelajar. Waktu ni pun boleh rehat, main game puas-puas, main facebook puas-puas, up-date blog, melancong dan melupakan belajar buat seketika. Cuma persoalannya adakah pelajar-pelajar saya ni akan jadi macam kumpulan tadi? Harapnya tidak…

Alhamdulillah 26-30 Mei yang lepas, seramai 35 orang pelajar memanfaatkan cuti bersama saya dan guru-guru mengikuti lawatan jangka panjang di Terengganu dan Kelantan. Rasa seronok sangat dapat ke sana terutamanya dapat mendengar kuliah dari A;-Fadhil Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden Pas di Masjid Rusila dan taujihat Al-Fadhil Ustaz Dr.Basit di Pondok Sg.Durian. Tidak lupa juga seronok dapat makan sup belut dan parprik belut :)

Ada banyak masa lagi cuti ni.. apa perancangan cuti semua? Harapnya sudah difikir apa yang perlu dilakukan. Terutamanya pelajar tingkatan 3 yang banyak kerja kursus yang perlu disiapkan. Tidak lupa buat pelajar tingkatan lain yang banyak kerja sekolah dan nota yang perlu disiapkan. Buat pelajar tingkatan 4 dan 5, jangan lupa siapkan assignment presentation. Buka sekolah kita bentang. Saya cadang buat semua pelajar agar siapkan semua kerja-kerja sekolah pada awal waktu. Jadi selepas siap semua kerja baru boleh bersuka ria. Dalam masa yang sama amal ibadah, hubungan kita dengan Allah jangan sesekali kita leka. Solat berjemaah dan baca Al-Quran jangan tinggal ye.
Sabda Rasulullah S.A.W :

"Manfaatkan yang lima sebelum datang yang lima: masa mudamu sebelum datang masa tuamu; masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu; masa kayamu sebelum datang masa miskinmu; masa hidupmu sebelum datang masa matimu; masa luangmu sebelum datang masa sibukmu." (H.R. Al Baihaqi).

Terakhirnya, manfaatkan cuti antum semua dengan membuat kerja-kerja Islam, mengikuti program-program seminar dan motivasi, imarahkan masjid, banyakkan membaca, bantu mak ayah dan masyarakat.Yang paling penting jaga ukhwah dengan sahabat-sahabat.Sampai sini sahaja warkah saya,

JAGA DIRI JAGA IMAN JAGA HATI JAGA AMAL…
Wassalam :)

2 ulasan:

fuad ansari berkata...

mahu pergi langkawi esok.. doa2kan saya ye.. agar beroleh percutian yang bermanfaat.. percutian yang sama sekali tidak melupakan Allah swt..

1 Jun 2011 pada 6:36 PTG
MukhLiS berkata...

Insyaallah..doa ana sentiasa utk semua muslim.moga percutian mendapat redha Allah.Ameen

4 Jun 2011 pada 10:58 PTG

Hakikat Post Terbaik


Sahabat

Hakikat Media